Wednesday, May 25, 2016

Persembahan Kajian Kes Perundangan RMB 512

Berikut suasana semasa persembahan (presentation) Kajian Kes (Case Study) RMB 512 Sarjana Sains Pengurusan Projek, USM:






Tuesday, May 24, 2016

Ribut Dahsyat Di Perlis

Pada sekitar jam 1.30 petang sehingga jam 3 petang, selasa 24 Mei 2016, hampir seluruh Negeri Perlis dilanda ribut yang kuat.

Berikut rakaman peristiwa tersebut, yang gambarnya dikirimkan oleh beberapa sahabat di Perlis kepada saya:















Tuesday, May 17, 2016

Suasana Dalam Kuliah Sarjana

Berikut dirakamkan suasana dalam kuliah kursus RMT 555 Legal Environment, yang dihadiri para pelajar Sarjana Sains Pengurusan Projek, USM, sesi 2015/2016. Ceriaaaa, kannnn.....








Wednesday, May 4, 2016

Kursus “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS"

Pada Khamis, 28 April 2016, saya mengendalikan kursus/bengkel berjodol “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS kepada 70 staf USM pelbagai peringkat/kategori dari beberapa kampus cawangan dan kampus induk USM. Kursus/bengkel dijalankan di Pusat Transformasi Insan, USM Kampus Induk.



Kursus selama satu (1) hari ini merangkumi, antaranya, menyediakan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah ke arah berbaik sangka:
          Pengenalan, isu, dan keperluan baik sangka dalam pelaksanaan tugas harian
          Elemen dan spektrum “baik sangka”  & perspektif dari diri untuk berbaik sangka
          Kecukupan fakta dalam menjadikan diri berbaik sangka
          Komunikasi yang efektif dalam mengelak atau mengurang buruk sangka
          Tanggapan, betul tempat-masa, analogi, dan munasabah & logik
Peserta akan melaksanakan beberapa “permainan pengurusan” kerja kumpulan untuk memahami aplikasi semua prinsip dan kaedah di atas.






Monday, May 2, 2016

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi

Dengan matlamat utama mengeratkan dan mengekalkan semangat setiakawan dan persahabatan, maka sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan tahun 1972/1973 telah bersetuju menubuhkan koperasi yang mengabungkan ahli, suami/isteri, anak dan menantu. Maka pada 16 April 2016, telah diadakan Mesyuarat Agung penubuhannya, bertempat di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya. Koperasi berkenaan dinamakan sebagai KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN BHD. (KASMET). Berikut dirakamkan galagat kemesraan dan keceriaan para hadirin...