Minat makan telor itik jeruk (telor asin/masin)? Ia agak mahal sekarang. Jika beli telor itik, dan buat sendiri telor asin/jeruk, murah sedikit, dan mudah untuk didapatkan, serta lebih terjamin kebersihannya:
Caranya:
Rebus garam 2 cawan bersama secawan air. Biarkan garam hancur, sejukkan (pastikan betul-betul sejuk), dan masukkan telor itik yang telah dibersihkan. Pastikan telor-telor itik tersebut tenggelam sepenuhnya di dalam larutan garam tersebut. Peramkan selama antara 4-6 hari, dan bolehlah dimakan, Ops, direbus dan dimakan...
Ini telor masin berkenaan yang saya hasilkan sendiri...
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts
Wednesday, December 16, 2015
Wednesday, February 4, 2015
Salah satu ikhtiar membuang batu karang (dari dalam badan)
Pada 4 Februari 2015, seorang bekas pelajar saya, Dr Osman, yang kini pensyarah di sebuah universiti di tengah Semenanjung, mengirimkan saya petua, hasil pengalamannya sendiri, bagi ikhtiar (yang berjaya) dalam mengeluarkan batu karang dari hempedunya. Di bawah, saya kongsikan petua dan ikhtiar beliau, yang meminta saya kongsikan dengan para pembaca:
1. Makan epal hijau 5 biji sehari selama 5 hari (jangan bantai
semua dalam satu masa)
2. Hari ke 6 - malam jangan makan. Pukul 6 petang bancuh 1
sudu teh garam epsom dengan segelas air dan minum. Pukul 8 malam ulang sekali
lagi.
3. Pukul 10 malam, minum 1/2 gelas minyak zaitun (olive oil cold pressure, virgin
oil) yang dicampur dengan 1/2 gelas lemon.
Esoknya, insyallah batu karang akan keluar.
(Catatan Dr Osman: Tujuan epal tu untuk melembutkan batu di dalam hempedu, garam
epsom untuk mlancarkan pembuangan air besar dan campuran lemon dan minyak
zaitun sebagai pelincir untuk keluarkan batu di hempedu, Insyallah pada hari ke
7 batu karang akan keluar.... banyak atau sedikit batu tersebut bergantung kepada
pemakanan kita selama ini. Melalui pengalaman ...lebih dari 200-300 biji yang kecil-kecil).
Garam epsom boleh dibeli di farmasi.
Garam epsom boleh dibeli di farmasi.
Monday, September 22, 2014
Puasa Elak Otak Mengecut
Artikel berikut, yang tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia pada 29 Februari 2012 amat menarik, dan dapat merungkai sebahagian daripada justifikasi kenapa kita disunatkan, atau dimestikan berpuasa (dalam bulan ramadan)
Subscribe to:
Posts (Atom)

