Showing posts with label undang-undang dan pengurusan. Show all posts
Showing posts with label undang-undang dan pengurusan. Show all posts

Sunday, January 14, 2018

Forest City: some facts:

*Forest City*

Here are some facts:

Fact 1: The number one attraction marketed by the Forest City in Johor is the close proximity to Singapore. The project is minutes to the bridge to Singapore, will have special immigration facilities to speed up border crossings and will be 40 mins to the middle of the Singapore's Central Business District.

Fect 2: This is the closest land in Malaysia to Singapore. The Forest City project will be nowhere near as ambitious or as large or as attractive to foreigners if it is situated anywhere else in Malaysia.

In fact, a project like Forest City would not be viable anywhere else in Malaysia.

Fect 3: The top two foreign buyers of residential property in Singapore are from China (about 30% to 40% of all transactions) and from Malaysia (20% to 30%).

The buyers of Forest City would have bought units in Singapore instead of Forest City. Given Singapore's aggressive land reclamation in the past, if Malaysia did not reclaim and build Forest,  the Singaporeans would have done this project.

If Singapore had done this instead of us, all the money would have gone to Singapore. Malaysia would get nothing.

Fact 4: The land is reclaimed. It was never an existing Johor land. This is not existing land at all - so no question of our existing land being "sold" to foreigners. After reclamation, the total size is only 0.01% of the land mass of Johor. 

The foreigners do not buy landed properties there. They buy strata-titled condominiums.

Fact 5: The Forest City project is a 60-40 joint venture between a China company and locals comprising of the Johor State Govt and the Sultan of Johor. The China company will be the one providing most of the huge funding required for the project as well as bear most of the responsibility to market the units.

Fact 6:. Once fully reclaimed the entire forest city project is just 3,000 acres - more than 18 times smaller than the 54,000 acres of land that Tun Mahathir gadai to Singapore for 71 years in his 1990 agreement in return for RM700mil upfront payment and a rental of just 3sen per square feet per year. 

These are existing land that Tun Mahathir signed away  not reclaimed land. 

No one ever accused him of jual negara then but he now accuses us for jual negara when the land size is much smaller, is not actually sold away and was not even land in the first place.

Fact 7: Unlike the sale of Singapore centuries ago, there is no sovereignty rights ceded to Forest City. The entire Forest City is still under the state govt and its laws - including the land acquisition act which allows the Johor Govt to seize back the land at any time is needed.

Those who attack Forest City do not understand the  immediate economic impact and the impact on revenues on the long run.

If we did not do this project and the buyers go to Singapore as usual, we will get zero revenues while there will be more capital outflows to Singapore - especially from Malaysians who are the second biggest buyers of Singapore residential properties.

There will be no revenue for the locals to supply materials for the project nor will there be jobs for the locals during construction.

There will also not be any revenue such as quit rent or assessments for the Johor Govt to collect every year from Forest City - a figure than can easily reach hundreds of millions per year.

There will also be no profit for the Johor Govt and the Sultan of Johor if this project does not exist.

And when Forest City is populated, the demand and purchasing power from the richer population there will be flow to the local merchants on a daily basis.

Those who attack the Forest City project seems to have the best interest of our southern neighbors in mind instead of the interest of the Johor state Govt or Malaysia.

Eric See-To.

Monday, November 13, 2017

Agihan Faraid

Seseorang ada mengirimkan saya Kaedah Agihan Faraid. ianya amat berfaedah kepada orang Islam


Sunday, September 17, 2017

Hak pengguna lebuh raya buat tuntutan kerosakan

Isnin, 12 September 2016 | 9:31am

Hak pengguna lebuh raya buat tuntutan kerosakan

FOTO hiasan.
TAHUKAH anda bahawa pengguna lebuh raya boleh membuat tuntutan ganti rugi daripada PLUS Malaysia Bhd, jika cermin kereta anda pecah terkena batu ketika menggunakan lebuh raya yang dikendalikannya?
Sebenarnya jika berlaku kerosakan pada kenderaan di lebuh raya PLUS ekoran objek asing atau disebabkan keadaan lebuh raya berkenaan, contohnya batu, tayar celup, kayu, binatang liar dan sebagainya, maka pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi kerosakan daripada pengendali lebuh raya berkenaan.
Berdasarkan pengalaman, pada akhir tahun lalu kereta Proton Inspira penulis mengalami kerosakan yang teruk pada bumper hadapan setelah terlanggar tayar celup ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) selepas susur keluar Setia Alam menuju ke Klang.
Sejurus selepas kejadian, penulis menelefon pihak PLUS bagi membuat aduan dan mereka meminta penulis berhenti di plaza tol paling hampir iaitu Tol Bukit Raja untuk membuat laporan.
Sesudah mengisi borang aduan, pihak Plus Ronda mengambil gambar kerosakan pada kereta penulis dan membuat salinan kad Touch 'n Go (resit tol jika tidak menggunakan Touch 'n Go), lesen memandu dan kad pengenalan.
Bagaimanapun, pampasan kerosakan berkenaan tidak diperoleh serta-merta, penulis perlu membawa kereta ke pusat servis untuk dibaik pulih terlebih dahulu dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.
Apabila siap baik pulih, penulis dikehendaki membawa salinan asal kos baik pulih kenderaan atau bukti pembayaran, salinan asal laporan polis, resit tol atau nombor siri kad Touch n' Go, gambar kerosakan kenderaan sebelum dan selepas dibaiki, salinan geran kenderaan dan salinan polisi insuran kenderaan.
Dalam tempoh kurang sebulan selepas menghantar semula dokumen yang diperlukan, penulis akhirnya menerima cek ganti rugi baik pulih.
PLUS menerusi laman web rasminya, ada mengeluarkan kenyataan pendek mengenai prosedur tuntutan ganti rugi jika berlaku perkara sebegitu, antaranya semua tuntutan kerosakan yang dikemukakan kepada PLUS akan disiasat dengan teliti dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, PLUS jelasnya, berhak untuk menolak tuntutan berkenaan jika siasatan yang dilakukan mendapati bahawa PLUS sudah mengambil langkah munasabah dalam menyediakan perjalanan yang selesa untuk semua pengguna lebuh raya.

Friday, June 2, 2017

Jalan Maarof, Bangsar

Berikut adalah salinan semula daripada Grup x-BPG tentang Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur:

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991). Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

 Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh Maarof Zakaria yang juga seorang peguam.

Inilah bank pertama yang khusus untuk orang Melayu. Bank ini terletak di Klang Street, Kuala Lumpur. Bank ini ditubuh dengan bermodalkan 27 ekar tanah dan mempunyai 2 juta saham yang hanya dibuka kepada orang Melayu. 

Semasa penubuhannya, bank asing yang beroperasi adalah The Chartered Bank (milik British) dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Kedua-dua bank ini tidak memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu terpaksa berurusan dengan ceti-ceti untuk mendapatkan pinjaman wang dan dikenakan kadar faedah yang tinggi. Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya, Maarof telah diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur menuju ke rumah ibunya di Seremban, Negeri Sembilan.

Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati, digantung pada sebatang pokok dalam hutan, berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.

Jam Rolex yang baru dibelinya serta wang tunai tidak diusik, ini menunjuk pembunuh hanya berniat untuk melenyapkan mangsa dan bukan menjadikan mangsa sebagai tebusan atau mangsa rompakan

Untuk pengetahuan pembaca , En. Maarof Hj. Zakaria ini adalah bapa kepada seniman veteran Allahyarham Mustapha Maarof, ketika kejadian ini Allahyarham masih menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Sehingga ke hari ini kes ini masih menjadi misteri... 
Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.

Sunday, January 15, 2017

Mesyuarat ALP Koperasi KASMET

Berikut adalah rakaman keseriusan perbincangan ahli lembaga dalam Mesyuarat ALP Koperasi KASMET yang diadakan di Batu Cave pada 14 Januari 2017. Nota: Saya bertindak sebagai Juruaudit Dalaman:





Monday, July 18, 2016

Demi Mencari Rezeki v. Keselamatan/Pematuhan Undang-undang

Gambar berikut saya rakam pada jam 5.32 petang Rabu, 13 Julai 2016, di simpang empat, Jalan Batu Uban-Jalan Sungai Dua-Lebuh Sultan Azlan Shah, Sungai Dua, Pulau Pinang:




Semasa saya mengambil gambar-gambar ini, perkara-perkara berikut bermain di fikiran saya...
1. Eh, sempat pula dia ni menciluk diantara beberapa kenderaan, termasuk kenderaan saya, dengan barangan niagaanya (roti dan lain-lain) "melibas" dinding-dinding kenderaan-kenderaan;
2. Eh, mana nombor pendaftaran motosikalnya?
3. Eh, tak jatuh ker, barangan yang dibawa tu?
4. Barangan yang "bersidaian" tu, tak mengganggu perjalanannya ker?
5. Macam mana jika dia di jalan lurus, dan kenderaan lain, terutama motorsikal, ingin memotongnya?
6. Bagaimana dia nak memberi isyarat untuk membelok (ke kiri atau ke kanan)?

Semua soalan di atas menjurus kepada SATU TOPIK UTAMA, iaitu KESELAMATAN DI JALANRAYA.

Mungkin ini jawapan dan prinsip yang penunggang motosikal (penjual roti?) tersebut pegang:
1. Encik..kalu bawa dalam tong (kotak) sahaja, ia sikit... Mana saya mau cari makan?
2. Ah...dah berzaman saya buat kerja macam ni..Taka aa masaalah pun...
3. Siapa mau saman? Mereka kesian sama saya...
4. Tak tau la pulak, muatan ini "mengganggu" orang lain
5. Saya selesa macam ini
6. Ini keslahan kecil saja...no hal la....
7. Ada saya kesah!!!!

Dari aspek undang-undang dan prinsip yang tegas, mungkin peruntukan-peruntukan berikut, relevan:
1. Rule 16, Road Traffic Rules, 1959  (Obstruction). (1) No driver in charge of a vehicle shall cause or permit the vehicle on a road so as to cause any unnecessary obstruction thereof;
2.  Rule 17, Road Traffic Rules, 1959 (Driver to have proper control of vehicle). No driver while actually driving a vehicle shall be in such a position that he cannot have proper control over the vehicle or that he cannot retain a full view of the road and traffic ahead or that he cannot by means of hand signals or direction indicators give signals to traffic to the rear of the vehicle;
3.  Rule 20, Road Traffic Rules, 1959 (Use of suitable vehicle). No vehicle shall be used for any purpose for which it is so unsuitable as to cause or be likely to cause danger to any person on the vehicle or on a road;
4.  Rule 21, Road Traffic Rules, 1959 (Load projecting beyond the rear, front or side). No motor vehicle shall carry any load that projects beyond the rear, front or side of the body of the vehicle unless prior approval as been obtained from the Director General on the ground that on a certain route that the owner of the vehicle wishes to operate it is suitable in the circumstances to do so;
5.  Rule 50, Road Traffic Rules, 1959 (Prohibition of obstruction). No person, article, goods or materials shall remain on any public road or footpath so as to obstruct or prevent the free passage of traffic or pedestrians;
6.  Section 14, Road Transport Act 1987 (Display of registration number).
(1) The registration number assigned to a motor vehicle upon registration or a new registration number assigned under section 11 shall be displayed and illuminated on the number plate in the manner prescribed by rules made under this Act.
(4) If a registration number is not displayed in accordance with this section, the driver or person in charge of the vehicle while it is being used shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than three hundred ringgit and not more three thousand ringgit.


Q: PRINSIP MANA YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN SECARA MUNASABAH DAN ADIL?

Sunday, January 24, 2016

Lori Hantu Dicuri Hantu Dan Mengakibatkan Kemalangan

Pada 13 Januari 2016, sekitar jam 1 petang, senuah "lori hantu" telah melanggar tiga kenderaan dan 15 motosikal di hadapan SMK Bandar Damai Perdana, Kajang, Selangor. Rempuhan lori tersebut mengakibatkan dua pelajar perempuan  tersepit di bawah sebuah van yang remuk dilanggar lori hantu tersebut. Dua wanita lain yang kebetulan berada di situ juga mengalami kecederaaan.









Terdapat berita yang menyatakan bahawa loro hantu tersebut dicuri oleh seseorang sebelum kemalangan berlaku.


NOTA: Istilah "lori hantu" merujuk kepada lori yang tidak dilesenkan (tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insurans) untuk kegunaan atas jalan raya, dan biasanya digunakan di jalan tanah merah, jalan balak, jalan perlombongan, jalan ladang dan seumpamnya. 

Monday, October 26, 2015

"HAK" (?) Setinggan

Setinggan pun ada hak?


Di atas adalah cabutan dari buku, Abdul Aziz Hussin. 2015. Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Edisi Ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, di hlm. 10-11.

Sunday, February 22, 2015

Kegigihan Polis Trafik

Biasanya, dimusim perayaan atau cuti panjang, kadar bilangan kenderaan yaang menggunakan jalan raya akan meningkat berbanding hari biasa. Maka biasanya wujudlah segelintir pemandu/penunggang yang "menyumbang" kepada kemalangan jalan raya, dimana salah satu faktor/penyebab yang dikenalpasti adalah memandu/menunggang (terutama motosikal berkuasa tinggi) laju. Salah satu cara berkesan mengatasi/menguranginya adalah melalui kuatkuasa undang-undang, dimana salah satu caranya adalah melalui tindakan menyaman pelaku melebihi had laju. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa, termasuk seperti yang dipaparkan di bawah (yang memaparkan kegigihan mereka):






Kecelaruan Hujah. Celaru Pemikiran?

Para pembaca boleh menilai sendiri tentang hujahan "orang" yang berpidato ini. Cuma saya ingin bertanya: Adakah ini contoh Kecelaruan Hujah. dan/atau Celaru Pemikiran?

JIKA DIA TIDAK BERCELARU FIKIRAN)(gila)....Kita doakan agar "orang" ini diberikan hidayat oleh Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan agama Islam yang kita amat sanjungi....

Monday, February 16, 2015

Membangunkan Semula Penempatan Mangsa Banjir

Salah satu cabaran utama pihak berkuasa selepas banjir (kini disebut "pasca" banjir) adalha membangunkan semula penempatan mangsa banjir. Dengan lebih tepat, menyediakan tempat tinggal yang sesuai ditempat yang sesuai kepada mangsa banjir. Di sni Kaedah 4M (Manusia, material, Money (kewangan), dan Metod) adalah fokusnya.
Siapakah yang kana menyediakan tapak (tanah)? dan di mana yang sesuai?
Siapakah yang akan perlu diberikan keutamaan dahulu?
Dana kewangan ditanggng oleh siapa dan kadar tanggungannya
Kaedah pembangunannya:
Bahan dan alatan pembinaannya?
Dan sebagainya...
(Utusan Malaysia, Isnin 16 Februari 2015)

Sunday, January 25, 2015

Nasib Malang Pelajar Kolej.... Maut yang menunggu

Apakah ini satu contoh di mana menurut undang-undang, ia di klasifikasikan sebagai "kejadian berlaku kerana malang (misfortune)"? Kejadian masih dalam siasatan polis. Namun ia seakan-akan terjadi kerana sedemikian. Apapun, kita ucapkan takziah kepada keluarga terbabit, dan KITA SAMA-SAMA MEMBACAKAN AL-FATIHAH UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA PENUNTUT YANG MALANG INI...
Apapun, kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap BERHATI-HATI, JANGAN GOPOH, DAN SENTIASALAH BERDOA KE HADRAT ALLAH SWT AGAR KITA SENANTIASA DILINDUNGI-NYA DARIPADA SEBARANG MUSIBAT....






Pelajar KPTM Terlibat Kemalangan Di Gua Musang Dapat Pampasan
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) yang menjadi mangsa tragedi rempuhan bas di Gua Musang, Kelantan semalam, akan menerima bayaran pampasan insurans, kata Pengerusi KPTM Mohd Azis Jamman.
Beliau berkata pelajar berkenaan dilindungi Skim Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok.
"KPTM sangat komited dalam menjaga kebajikan pelajar dan menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), bayaran pampasan insurans akan dibuat dengan segera bagi pihak pelajar yang terlibat," katanya dalam kenyataan.
Beliau yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa turut mengesahkan bahawa kesemua mangsa merupakan pelajar semester satu yang mengikuti pengajian diploma di KPTM.
Mohd Azis turut menggesa pihak berkuasa menyiasat punca bas yang dipandu hilang kawalan.
Dalam kejadian 6.50 petang semalam, seorang penuntut KPTM Gua Musang maut manakala dua rakannya cedera dilanggar bas di Hentian Bas Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.
Ketika kejadian, pemandu bas dari Kuala Krai ke Gua Musang, Mohd Rashid Yaacob, 53, yang tidak sihat sedang memberhentikan basnya di hentian itu bagi menurunkan penumpang.
Bagaimanapun, beliau tiba-tiba pengsan menyebabkan bas itu hilang kawalan dan bergerak menuruni bukit sebelum merempuh lima penuntut KPTM yang kebetulan melalui kawasan itu.
-- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1104001

Monday, January 19, 2015

Blogger Dan Peruntukan seksyen 505 Kanun Keseksaan

Cuba amat-amati berita berikut, yang tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia, 20 Januari 2015:



Seksyen 505 Kanun Keseksaan:
Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita-
(b) Dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman; atau
(c) Dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain;
hendaklah diseksa dengan dipenjarakan yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.