Tuesday, July 8, 2014

Ikan patin babi?????



Ramai berebut kutip ikan ‘babi’
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris
Ipoh: “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya.

Katanya, ketika kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam.
“Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.




NORAISHAH (tiga dari kanan) bersama empat pegawainya meninjau kolam ikan patin berhampiran kawasan Lahat selepas dipercayai menggunakan babi sebagai makanan ikan.


“Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,” katanya.
Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09
http://www.hmetro.com.my/articles/Ramaiberebutkutipikan__8216_babi__8217_//Article?BeritaUtamaMetroAhad

NOTA:
ITULAH, KITA PERLU JUGA USUL PERIKSA HAL YANG RELEVAN. DULU, PERNAH JUGA KAWAN SAYA PERGI KE SEBUAH PUSAT TERNAKAN IKAN KELI DI PERAK, DAN DIANTARA MAKANAN YANG DIBERIKAN KEPADA IKAN KELI TERSEBUT ADALAH SISA BUANGAN DAN BANGKAI TERNAKAN (DIANTARANYA, AYAM DAN BABI)

Tuesday, July 1, 2014

Ketabahan dan kelembutan hati seorang wanita bergelar "ISTERI"

Sila baca 2 cerita di bawah:



CERITA 1:
Isteri maafkan suami demi anak-anak

AAINA mencium tangan suaminya selepas selesai prosiding di Mahkamah Majistret Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Demi kasih kepada anak-anak, seorang wanita sanggup memaafkan suami yang memukul dan mengugutnya dengan pisau sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata pada bulan lepas.
Tindakan Aaina Azura Rosli, 30, menyebabkan Majistret Nik Habri Muhamad kelmarin membuat keputusan untuk melepas serta membebaskan Mohd. Zailani Kari, 30, daripada pertuduhan selepas tertuduh membayar kompaun RM100 kepada isterinya.

Cerita 2:
Isteri lari rumah tak tahan dipukul
Kuala Terengganu: Tidak sanggup menjadi mangsa belasahan suaminya selain kerap diugut, seorang wanita nekad melarikan diri dari rumah bagi mendapatkan bantuan dalam kejadian di Kampung Wakaf Beruas, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.20 petang ketika mangsa berusia 28 tahun menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dan suaminya.
Katanya, dalam pertengkaran itu, suspek berusia 28 tahun yang gagal mengawal kemarahannya memukul muka mangsa.
“Kemarahan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek bertindak memukul belakang badan mangsa menggunakan kayu menyebabkan wanita itu sakit di seluruh badan.
“Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, mangsa segera keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan bagi melarikan diri.
“Pada masa sama, mangsa menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan rumahnya dan meminta pemandu terbabit menghantarnya ke balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendakwa suaminya kerap memukul dan mengugutnya sebelum ini jika berlaku pertengkaran antara mereka walaupun ia membabitkan hal kecil.
Katanya, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek direman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Bukanlah niat saya untuk membuka keaiban orang, atau menghina seorang bergelar "suami"
Namun, itulah hakikat seorang wanita bergelar "isteri" yang berhadapan dengan pelbagai kerenah suami yang menyakitkan tubuh badan, hati dan perasaan, namun dia (isteri) masih dapat bertahan (sehingga ke satu tahap tertentu), demi satu ikatan suami-isteri, demi anak, demi mencari tempat berlindung....
Wahai "suami" termasuk saya, berfikir dan bertindaklah sebagai seorang suami yang mempunyai akal bistari yang bagus dan munasabah, rasa bertimbang rasa, menghormati seorang wanita bergelar "isteri", dan jangan lupa janji kita dahulu sebelum memperisterikan dia....

NOTA:
Mesej yang nak ditunjukkan daripada drama pendek berikut juga amat berguna, terutama tentang sikap kita sebagai :SUAMI":


Alangkah indahnya dan bahagianya jika sikap dan sifat berikut dapat dipupuk dalam hubungan suami-isteri...


Friday, June 20, 2014

NASI BRIYANI EKSPRES

Nak makan nasi briyani yang disediakan sendiri?
Berikut, ramuannya
Beras basmathi (yang bujur panjang)(basuh dan toskan)
Bahan-bahan yang di dalam gambar ni...
Ayam yang dipotong besar dan/atau daging (seeloknya daging batang pinang) yang dipotong sedang.
Caranya?
Baca dan ikut apa yang ditulis pada kulit pembungkus rempah briyani tuuuuu...


Maka, jadi laaaa macam niiii...

Lepas dimasak, apa lagi, ngap jer la masa masih panas (tapi jangan masa terlalu panas sebab makruh makan makanan yang masih terlalu panas)


Thursday, June 19, 2014

Menduduki Peperiksaan

Pada 16 Jun2014, pelajar saya menduduki peperiksaan, RMK354 Undang-undang Binaan. Semoga mereja berjaya cemerlang dalam kehidupan, dan tidak melupakan para guru mereka.


Thursday, June 12, 2014

Retreat Akta 605 Di MPOB

Pada 9-10 Jun 2014, saya mengendalikan kursus Pengurusan Tatatertib (Retreat Akta 605) untuk pegawai-pegawai kanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kali ke-7. Alhamdulillah kursus berjalan lancar.









Saturday, June 7, 2014

Pencari Kerja: BERHATI-HATI

Para pencari kerja, SILA BERHATI-HATI kerana kemungkinan anda terperangkap dalam skim tertentu...
Cuba perhalusi iklan berikut:


Perhatikan beberapa keanehan yang saya tandakan dengan warna merah, termasuk juga,
1. Saya tidak temui dalam sesawang, syarikat bernama qatar foundation for construction and oil services;
2. Kenapa mahu "bersembunyi dengan alamat,
qatarprojectsfor2022 (AT) geemail DOT cUm
3. Pengirim emali adalah Lisa Brown <lisa19804@gmail.com>, perlu dihantar kepada MR. DUSTIN LOGAN qatarprojectsfor2022@gmail.com, dan siapa pula Ahmed Thi Kim Hoan (Mr.) 30357586 - Ext: 974?
4. Cuba perhatikan Bahasa Inggerisnya, misalnya...
Below are are various listed Vacancies.... to avoid loosing your application.......

Sunday, June 1, 2014

Anggota Polis Menyapu Jalan?

 Berikut berita daripada akhbar Harian Metro 2 Jun 2014:

Hina anggota polis bersih jalan

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 20-an yang didakwa menghina dan memperlekehkan tindakan sekumpulan anggota polis trafik membersihkan serpihan kaca menerusi laman sosial miliknya akan dipanggil bagi diambil keterangan.
Ia berikutan tindakan lelaki berkenaan memuat naik entri dalam Facebook (FB) miliknya kelmarin yang didakwa menggelar anggota berkenaan sebagai anjing kerana menyapu kaca bertaburan di Jalan Skudai di sini.
Lelaki berkenaan turut didakwa memuatkan gambar anggota berkenaan ketika menjalankan tugas.
Perbuatan lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ramai terutama keluarga anggota terbabit yang berkongsi luahannya bersama pengguna FB lain.
Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang anggota trafik terbabit menyatakan suaminya bertugas dengan ikhlas bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/02


Saya hairan: Kenapa perbuatan kumpulan angota polis tersebut dihina?
Bukankah itu kerja yang mulia, yang amat jarang orang sanggup melakukannya...
Saya dan ramai rakyat Malaysia tentunya bangga dan menyanjung tinggi pelaksanaaan kerja sedemikian. Saya doakan semoga rezeki kumpulan anggota polis tersebut diberkati Allah s.w.t.

Berikut pula, tugas "jiwa murni" seorang anggota polis yang patut kita contohi dan hargai...