Saturday, January 10, 2015

USM Turut Membantu...

Berikut gambar-gambar, yang menerangkan ceritanya sendiri, tentang penglibatan staf (pensyarah dan bukan akademik) Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM (termasuk Dekannya) dan juga pelajar-pelajar (termasuk pelajar luar negara). Tumpuan mereka adalah institusi sekolah di kawasan Tumpat dan Kota Bharu, dengan aktiviti bermula 4-10 Januari 2015.














Friday, January 9, 2015

Ada Lagi, SKIM CEPAT...(Kaya? @ Miskin)

Pagi ini, 10 Januari 2015, saya menerima iklan berikut melalui aplikasi telefon bimbit saya:

Ada pula di catatkan, "Interested..let me know"
Lalu saya terangkan kepada pengirimnya bahawa itu Skim Cepat Kaya@Miskin, ada elemen penipuan, dan saya katakan, "Kita mencari rezeki yang halal...Silap haribulan, jadi kes jenayah."

Berikut, FATWA berkaitan:



Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa Hukum Skim Cepat Kaya dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini.
Fatwa Negeri Berkaitan: 
Bil
Tajuk
Negeri
Penwartaan
Tarikh Keputusan
1
Tidak Diwartakan
4 Jul, 2001
2
Tidak Diwartakan
30 Apr, 2007
3
Diwartakan
25 May, 2006
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-skim-cepat-kaya-dan-seumpamanya

Hukum Pelaburan Internet Dan Skim
Cepat Kaya
Tarikh Keputusan: 30 Apr, 2007
Keputusan: 
Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
  1. Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam
  2. Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah: i-   Menetapkan kadar peratusan pulangan ii-  Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba' dan gharar
  3. Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.
  4. Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal
Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
  1. Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
  2. Tiada penjualan barang yang sebenar
  3. Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-pelaburan-internet-dan-skim-cepat-kaya-0

Thursday, January 8, 2015

Keprihatinan Seorang Sahabatku

Pada 7-8 Januari 2015, salah seorang sahabat saya, Dato' Nordin Awang dan para sahabat beliau telah mengambil inisiatif membantu para penduduk dan pihak sekolah di Kusial Baru, Tanah Merah dan Manek Urai, Kula Krai untuk membersihkan dan memulihkan kawasan serta barangan berkaitan... Semoga usaha murni mereka (dan semua pihak lain) dibalas Allah dengan pahala berganda dan keberkatan. Aamiin...
Berikut foto-foto yang Dato' Nordin kirimkan kepada saya:







Dilarang Memancing Di Atas Bot????

Cuba buat analisa sendiri tentang LARANGAN INI...

Dilarang Memancing Di Atas Bot????

Wednesday, January 7, 2015

Kesan banjir Di Pekan Temangan, Machang, Kelantan

Berikut adalah video yang memaparkan kesan banjir di Pekan Temangan, Machang.
NOTA: Video ini disampaikan ke whatsapp saya oleh seorang sahabat (tanpa dapat dikenalpasti siapa perakamnya), pada 6 Januari 2015:


Tuesday, January 6, 2015

Demi Berkongsi Derita...

Pasa selasa sekitar jam 10.30 pagi, 6 Januari 2014, sahabat saya saudara Said Ashari (sahabat yang juga merupakan AJK Surau VSK, Batu Uban, Pulau Pinang), bersama pasukan "4WD Support Community" telah mengunjungi Pulau Setelu, Gua Musang. Perjalanan beliau ke sana adalah melalui Kuala Lumpur ke Gua Musang (dimana Pusat Sivik Gua Musang dijadikan markas operasi) dan bergerak ke Pulau Setelu melalui Dabong. Berikut sebahagian catatan saudara Said yang dihantar kepada saya...

"Assalamualaikum wbt prof.....Said Ashari nie storm merah. Alhamdulillah.....hajat di hati utk ziarah mangsa banjir kg pulau setelu tercapai.....Kami buat base kat pusat sivik gua musang.....drive all the way ke dabong & ke pulau setelu.....sabtu minggu lepas. 32 units 4x4 plus 2 lori 3 tan. OTW pi kg pulau setelu ikut dabong.....😃..Byk halangan utk sampai......Bersama penduduk kg pulau setelu yg berteduh di masjid tepi sungai....10 keluarga.....sedih sgt.....tp kami disambut & dpt minum air kopi o & biskut.....😃. Gambo kami tak ceria....letih 40 jam tak mandi & pakai baju smlm......👌 Alhamdulillah.....mission accomplished. Cuma ralat takde lilin.....sampai ada geng nak pergi lg....buat team lilin utk bg cahaya kat mangsa banjir pulau setelu..... Sy pi dgn 4wd Support Community......"

Berikut gambar-gambar yang beliau hantar kepada saya...











 NOTA: Semoga bantuan mereka atas dasar sesama Islam dan rakyat Malaysia itu direkodkan Allah sebagai amal jariah yang bagus.

Thursday, January 1, 2015

Kesan Banjir Di Kg Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan

Pada rabu 31 Disember 2014, sahabat saya Wan Sofian Sori dan ahli keluarganya (dari Pulai Chondong) menziarahi keluarga saudaranya di Kg Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan. Berikut gambar yang dikirimkan kepada saya....