Wednesday, March 18, 2015

Kenduri Perkahwinan Cucu Mak Njang Minah Di Arau

Pada tengah hari 18 Mac 2015, saya menghadiri kenduri penkahwinan cucu Mak Njang Minah yang di adakan di Dewan Masyarakat, Arau, Perlis. Meriah riuh la juga kenduri tu...Alhamdulillah... Sempat juga sahabat taulan dan saudara mara...






Monday, March 16, 2015

Perjalanan Ziarah Sahabat dan Ahli Keluarga

Mulai sekitar jam 4.50 pagi, sabtu 14 Mac 2015, saya memulakan perjalanan ziarah sahabat dan ahli keluarga. Sekitar 6.10 pagi, saya singgah di Hentian Hijau, Baling untuk solat subuh, dan meneruskan perjalanan ke Jeli. Singgah makan di sebuah warung dekat Batu Gajah, dan menyusur jalan Kasban untuk terus ke rumah seorang sahabat bernama Che Omar di Kg Tempoyak, Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat. Beliau akan mengadakan kenduri perkahwinan anak pada Isnin 16 Mac, tetapi kerana saya ada tugasan di pejabat maka sya menziarah keluarga ini lebih awal. Sebelum bertolak balik, mereka memberikan buah tangan ikan kering pelbagai jenis... Alhamdulillah...

Kemudian, saya menziarahi sahabat lama saya semasa di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan (ambilan 1972/1973) iaitu sdra Cikgu Che Kamarudin di Kampung Padang Mandol, Chabang Empat Tok Mek Ngah. Sempat makan tengah hari dengan sajian khas kerabu mempelam, ikan sepat Kedah pengkasam, masak lemak kunyit ikan keli + haruan, dll.

 Beliau memberikan saya ikan pekasam sepat Kedah dan ikan darat kering pelbagai spesis (sepat, haruan dll) .. Terima kasih Din ("Ike ni kawe cari sendiri, dan proses sendiri, Ziz," katanya kepada saya).

Sekitar 4 petang, saya memasuki Thailand melalui CIQ Bukit Bunga. Saya tinggalkan kereta di CIQ dan berjalan kaki merentas sempadan. Kemudian kakak saya, Mek Gayah dan anaknya, Rozilah menjemput saya dengan kereta Thailand. Kami singgah makan mihun sup di sebuah gerai...


Malam itu saya bermalam di rumah kakak di kampung Temesu, Buketa. Makan pagi tu, kami makan beramai-ramai pulut dengan kelapa dan ikan kering, dll.

 Di dalam bilik yang saya tidor, saya terjumpa "Catatan" ini, yang ditampalkan di dindingnya:

Kemudian saya dan abang Mamat (abang ipar) menziarahi kubur bonda (Mek Limah) yang terletak sekitar 150 meter dari rumah tersebut.



 
Sekitar jam 10 pagi, Zilah (anak saudara), menghantar saya ke CIQ sempadan. Mereka ramai-ramai mengucapkan selamat jalan sambil melambai-lambai. Rasa sayu la pula....  InsyaAllah.. panjang umor, kita jumpa lagi....


Bahagian Dalam Masjidil Haram, Makkah

Pada 12 Mac 2015, sahabat saya, Ahmad Abdullah, mengirimkan saya gambar-gambar bahagian dalam Masjidil Haram, Makkah. Gambar-gambar ini menceritakan banyak perkara....




Wednesday, March 11, 2015

Sekitar Masjidil Haram, Makkah

Pada 10 Mac 2015, sahabat saya, Ahmad Abdullah, mengirimkan saya gambar-gambar sekitar Masjidil Haram, Makkah. Gambar-gambar ini menceritakan banyak perkara....












Thursday, March 5, 2015

Kursus SIAP SIAGA KREDIBILITI DIRI

Mulai pagi 3 Mac sihingga tengah hari 5 Mac 2015, saya mengendalikan kursus SIAP SIAGA KREDIBILITI DIRI yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (dengan kerjasama Yayasan Latihan Berkanun Malaysia), bertempat di Institut Latihan Perkhidmatan Awam, Ipoh. Seramai 53 peserta pelbagai kategori/klasifikasi dan pelbagai jabatan/organisasi menyertainya.
Kandungan kursus ini antaranya seperti berikut:
1.Pengenalan, keunikan & mengembang potensi diri

2.Kearah mencapai objektif

3.Hasil yang diharapkan

4.Mengupaya diri melalui “Betul masa dan tempat”

5.Mengupayakan konsep dan aplikasi PENTERA

6.Kajian upaya diri melalui kaedah Ishikawa dan SWOT

7.Aplikasi Munasabah dan Budibicara

8.Mengupaya melalui “Himpunan Pengetahuan”

9.Keperluan berikhtiar

10.Tanggapan salah dan halangan dalam mensiap-siaga diri

11.Daya kreativiti dan cerapan berfikir

12.Kes kekecualian
Kursus dikemdalikan dengan menggabungkan ceramah, diskusi bersama, sumbangsaran, per,ainan pengurusan, dan soal-jawab. 
Alhamdulillah..kursus berjalan lancar.