Tuesday, May 17, 2016

Suasana Dalam Kuliah Sarjana

Berikut dirakamkan suasana dalam kuliah kursus RMT 555 Legal Environment, yang dihadiri para pelajar Sarjana Sains Pengurusan Projek, USM, sesi 2015/2016. Ceriaaaa, kannnn.....








Wednesday, May 4, 2016

Kursus “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS"

Pada Khamis, 28 April 2016, saya mengendalikan kursus/bengkel berjodol “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS kepada 70 staf USM pelbagai peringkat/kategori dari beberapa kampus cawangan dan kampus induk USM. Kursus/bengkel dijalankan di Pusat Transformasi Insan, USM Kampus Induk.



Kursus selama satu (1) hari ini merangkumi, antaranya, menyediakan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah ke arah berbaik sangka:
•          Pengenalan, isu, dan keperluan baik sangka dalam pelaksanaan tugas harian
•          Elemen dan spektrum “baik sangka”  & perspektif dari diri untuk berbaik sangka
•          Kecukupan fakta dalam menjadikan diri berbaik sangka
•          Komunikasi yang efektif dalam mengelak atau mengurang buruk sangka
•          Tanggapan, betul tempat-masa, analogi, dan munasabah & logik
Peserta akan melaksanakan beberapa “permainan pengurusan” kerja kumpulan untuk memahami aplikasi semua prinsip dan kaedah di atas.






Monday, May 2, 2016

Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi

Dengan matlamat utama mengeratkan dan mengekalkan semangat setiakawan dan persahabatan, maka sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan tahun 1972/1973 telah bersetuju menubuhkan koperasi yang mengabungkan ahli, suami/isteri, anak dan menantu. Maka pada 16 April 2016, telah diadakan Mesyuarat Agung penubuhannya, bertempat di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya. Koperasi berkenaan dinamakan sebagai KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN BHD. (KASMET). Berikut dirakamkan galagat kemesraan dan keceriaan para hadirin...













Thursday, April 14, 2016

Namanya ISTAC

Beberapa sahabat mengirimkan gambar-gambar berikut kepada saya. Cantik sangat pemandangan dan gambar tersebut. Saya simpan keindahan tersebut di blog ini. Ianya adalah pemandangan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kuala Lumpur yang terletak di No. 24 Persiaran Duta, Taman Duta 50480 Kuala Lumpur.













Saturday, April 9, 2016

Kenduri Kahwin Anak Saudara

Pada sabtu 2 April 2016, bertempat di Kampung Temesu, Golok, Thailand, anak saudara saya (anak bungsu Mek Gayah, kakak saya) bernama Sarimah, melangsungkan perkahwinannya. Berikut sebahagian gambar acara tersebut:










Saturday, March 19, 2016

Gerhana Matahari Pada 9 Mac 2016

Berikut sebahagian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Angkasa Malaysia berkaitan Gerhana Matahari Pada 9 Mac 2016:

Berikut gambar-gambar yang saya ambil dari satu lokasi di kampus USM Pulau Pinang:
1. Dirakam pada jam 7.35 pagi:


 2. Dirakam pada jam 7.47 pagi:

 3. Dirakam pada jam 8.01 pagi


4. Dirakam pada jam 8.07 pagi:

Dari Abu Mas’ud RA berkata: Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kamu menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah” 
 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 11, 2016

Cucuku FIRAS

Ini gambar-gambar bagi rekod perkembangan kehidupan cucu saya, FIRAS AMMAR BIN MUSTAQEM BIN ABDUL AZIZ BIN HUSSIN BIN AWANG BIN SAAMAH...