Sunday, December 28, 2014

Kesan Banjir 2014 Di Gua Musang: 1

Gambar-gambar berikut, yang diambil sekitar Gua Musang, Kelantan, yang saya terima daripada pelbagai sumber dalam tempoh 26-28 Disember 2014, dapat menceritakan pelbagai perkara, dan memberikan pelbagai kesimpulan dan iktibar kepada kita...

















Friday, December 26, 2014

Banjir Di Kota Bharu, dan Kisah sahabatku, Hj Bashir

 
 Sahabat saya, Hj Bashir Hamzah

Berikut kisah sahabat saya, Hj Bashir, yang rumahnya terletak di Kampung Pendek, Kota Bharu...

Bashir, 17 Disember 2014, 4.33 petang:
"Air sg kelantan blkg rumah""
 
 
Bashir, 18 Disember 2014,  12.59 petang:
"Gertak sultan smaie kota Bharu"


Bashir, 18 Disember 2014,  1.03 petang

Bashir 23 Disember 2014, 10.16 pagi:

Bashir 24 Disember 2014, 9.47 malam:

"Air telah memasuki kawasan rumah walaupun ianya agak tinggi brbanding kwsn sekeliling. Kereta semua dipindah keluar ke jalan raya. Air masih naik."

Bashir 25 Disember 2014, 1.08 pagi:
"Air dh masuk kawasan rumah kawe. Tebing sungai sudah dilimpahi air. Air sdg naik dan terus naik. Untuk sampai ke lantai rumah level bawah ada sekaki lagi. Doakan keselamatan kami di pantai timur"


Bashir 25 Disember 2014, 7.17 pagi

Bashir 25 Disember 2014, 9.42 pagi
"Dari tingkat atas rumah. Kita yang terpaksa bertahan"

Bashir 27 Disember 2014, 10.05 pagi
"Salam semua sahabat. Lo ni ambo sekeluarga menumpang rmah besan di kbg kerian. Ambo keluar malam 25/12 jam 11 mlm dgn bantuan bomba dan mengharung air separas dada untuk ketrak nomba. Rumah hampir mencecah lantai (masa keluar tu). 4 buah kreta ambo, 2 menantu punya telah dibawa ketempat tinggi tapi masih tak cukup lalu tenggelam separuh badannya.

Kawasan sekitar rmah dan sepanjang di pendek, kota seperti lpas prang, sunyi sepi dan gelap pd malamnya. Talian telefon hanya celcom masa ada. Keluarga ambo di p mas tidak dpt dihubungi sjak 3 hari lalu.
Tkasih

Bashir 28 Disember 2014, 4.24 petang
Line tel baru ada tapi internet slow sangat"

Bashir 28 Disember 2014, 5.58 petang, mengirimkan gambar-gambar berikut:



 Bashir 28 Disember 2014, 5.58 petang,
"Keadaan terkini sekitar rumah"

 Bashir 28 Disember 2014, 6.09 petang,
"Dah surut tapi ada cerita "...../pencuri" berleluasa. ..... Semoga dijauhi Allah sebarang musibah lain"

Wednesday, December 24, 2014

Kesan banjir...

Banjir ni bukan sahaja menjejaskan kehidupan lazim manusia (tapi ada hikmahnya yang tersendiri, seperti kesuburan tanah, membersih kotoran, dsb), tetapi juga tumbuhan (misalnya sayuran, dan pokok durian yang amat sensitif terhadap air bertakung lama) dan juga haiwan (yang juga lari menyelamatkan diri). Saya terjumpa video ini yang diposkan ke laman sosial (saya tidak pasti siapa yang merakamkannya dan di mana serta tarikhnya):



BANJIR DISEMBER 2014 DI PANTAI TIMOR SEMENANJUNG MALAYSIA

Apabila banjir melanda, air melimpah tebing, maka bermulalah episod BANJIR... Kesannya:
Jalan tidak dapat dilalui/digunakan;
Kedai runcit, pasaraya, tempat perkhidmatan (bank, restoran, bayaran bil dll) juga ditutup;
Pejabat kerajaan, klinik dan hospital juga ditutup, dan ada yang perlu dipindahkan;
Dan yang paling serius kesannya adalah: Gangguan bekalan elektrik! Ia mengakibatkan semua lumpuh: Stesyen minyak ditutup, hospital lumpuh, bank tak dapat memberikan perkhidmatan, makanan tidak dapat disimpan, memasak juga terhad, aspek keselamatan (malam yang gelap, lampu isyarat lalulintas tak berfungsi, dan segala macam). Yang paling parah kesan daripada tiadanya bekalan eletrik adalah: Tiada bekalan air!

Banjir Terburuk Di Gua Musang: Bahagian 2

Diantara tempoh jumaat 20 Dis sehingga khamis 25 Disember 2014, sebahagian besar kawasan pekan lama dan sekitarnya, dan di sebahagian bandar baru Gua Musang, Kelantan telah ditenggelamai air banjir yang amat serius (bersama kelodak pekat airnya dan deras arusnya). Ini gambar-gambar saya dirakamkan oleh ahli keluarga saya dan rakan-rakan. Seingatan saya, ini adalah diantara banjir terburuk yang melanda bandar Gua Musang.

















Banjir Terburuk Di Gua Musang Bahagian 1

Diantara tempoh jumaat 20 Dis sehingga khamis 25 Disember 2014, sebahagian besar kawasan pekan lama dan sekitarnya, dan di sebahagian bandar baru Gua Musang, Kelantan telah ditenggelamai air banjir yang amat serius (bersama kelodak pekat airnya dan deras arusnya). Ini gambar-gambar saya dirakamkan oleh ahli keluarga saya dan rakan-rakan. Seingatan saya, ini adalah diantara banjir terburuk yang melanda bandar Gua Musang