Wednesday, February 4, 2015

Salah satu ikhtiar membuang batu karang (dari dalam badan)

Pada 4 Februari 2015, seorang bekas pelajar saya, Dr Osman, yang kini pensyarah di sebuah universiti di tengah Semenanjung, mengirimkan saya petua, hasil pengalamannya sendiri, bagi ikhtiar (yang berjaya) dalam mengeluarkan batu karang dari hempedunya. Di bawah, saya kongsikan petua dan ikhtiar beliau, yang meminta saya kongsikan dengan para pembaca:



1. Makan epal hijau 5 biji sehari selama 5 hari (jangan bantai semua dalam satu masa)
2. Hari ke 6 - malam jangan makan. Pukul 6 petang bancuh 1 sudu teh garam epsom dengan segelas air dan minum. Pukul 8 malam ulang sekali lagi.
3. Pukul 10 malam, minum 1/2 gelas  minyak zaitun (olive oil cold pressure, virgin oil) yang dicampur dengan 1/2 gelas lemon.
Esoknya, insyallah batu karang akan keluar.

(Catatan Dr Osman: Tujuan epal tu untuk melembutkan batu di dalam hempedu, garam epsom untuk mlancarkan pembuangan air besar dan campuran lemon dan minyak zaitun sebagai pelincir untuk keluarkan batu di hempedu, Insyallah pada hari ke 7 batu karang akan keluar.... banyak atau sedikit batu tersebut bergantung kepada pemakanan kita selama ini. Melalui pengalaman ...lebih dari 200-300 biji yang kecil-kecil).

Garam epsom boleh dibeli di farmasi.

Nasihat & Notis Kurang Berhemah

Berikut contoh beberapa nasihat & notis yang saya berpendapat ianya berada dalam kategori "KURANG BERHEMAH"




Sunday, February 1, 2015

Bekas Pelajar Menziarahi Guru...

Pada pagi 2 Februari 2015, sekumpulan 4 bekas pelajar saya (perempuan) menziarahi saya dan beberapa pensyarah yang lain, setelah sekitar 6 tahun tamat pengajian. Alhamdulillah dan terima kasih kerana masih ingat lagi pada kami. Semoga ilmu dan pesanan yang diperturunkan sentiasa diaplikasikan.


Musibat: Antara Akhtiar, Rezeki, Kretiviti dan Iktibar

Berikut beberapa "peristiwa" yang terbit daripada musibat banjir besar di sebahagian kawasan di Malaysia pada akhir tahun 2014 dan awal tahun 2015, yang bolehlah disimpulkan bahawa: DISEBALIK PERISTIWA YANG DIANGGAP MUSIBAT, AKAN TERSELIT IKHTIAR, REZEKI, KRETIVITI DAN IKTIBAR daripadanya. Yang penting, KITA TERIMA DENGAN BAIK SANGKA, SABAR DAN JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA.

 (Di atas ni, sahabat saya, Zulkifli, sempat bergambar mesra dengan isterinya..)








 
(Nota: Video di atas ini cuma sebagai hiburan semata-mata, dan tiada kaitan dengan banjir yang diceritakan di atas ini. Namun, mungkin ini juga kretiviti yang unik dan bagus)

100 Hari Terakhir...

Berikut petikan berkaitan "100 hari terakhir" hayat kita. Semoga kita sama-sama setiap masa menginsafi, "siapa kita"...


Pinta Dan Doa...

Di pagi isnin 12 Rabi'ul Akhir 1436H nan bening ini, elok juga kita menghayati bait-bait lagu PINTA DAN DOA, nyanyian Kumpulan Elsuraya, Medan.. Semoga menginsafi kita...


Sunday, January 25, 2015

Bantuan Banjir

Gambar di rakam di sekitar hentian R&R Bandar Baru Gua Musang sekitar jam 8 pagi, 23 Januari 2015