Pada 2 September 2013, saya memberikan 2 jodol ceramah untuk kursus ISU PERUNDANGAN DAN PRAKTIKAL BERKAITAN TANAH REZAB MELAYU, anjuran Jabatan Peguam Negara. Slot-slot ceramah saya adalah dengan tajuk-tajuk berikut:
1. Sejarah dan Tujuan Tanah Rezab Melayu: Perspektif Perlembagaan Persekutuan; dan
2. Siapakah "Melayu" Daripada Perspektif Tanah Rezab Melayu dan Pegangan Melayu.
Sekitar 120 orang peserta daripada sektor swasta dan jabatan serta agensi kerajaan yang hadir. Kursus tersebut dilaksanakan di Auditorium, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor.
Alhamdulillah ceramah berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment