Beribu ikan ‘naik ke darat’ di Lahad Datu, penduduk bimbang petanda bencana
The
Malaysian Insider – 9 hours ago
Beribu-ribu
ikan timbul di pesisiran pantai Kampung Tambisan di bahagian Timur Sabah, Lahad
Datu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai petanda bencana yang bakal
berlaku hujung tahun ini.
Penduduk
kampung rata-rata memungut ikan-ikan tersebut yang dikenali dengan nama ikan
tamban.
Bagaimanapun
penduduk tempatan, Suzila Abdullah berkata, fenomena seperti ini sudah berlaku
sejak tiga tahun dulu.
"Tetapi
tahun ini ia kelihatan berbeza kerana jumlah ikan yang timbul amat
banyak," katanya dipetik daripada Mstar Online.
Suzila
berkata, dia percaya musim sekarang yang berombak kuat membuatkan ikan-ikan ini
naik ke darat tetapi hanya dua atau tiga hari sahaja.
Ikan-ikan
tersebut dipungut dan dimasak, manakala ada juga penduduk kampung yang menjual
ikan tersebut di Lahad Datu atau daerah lain. Ikan tamban terkenal di kalangan
penduduk kampung tersebut. – 24 Disember, 2013.
Petanda
bencana mungkin berlaku
Oleh MUSTAPA
LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
KOTA
KINABALU – Jika pada Mac tahun ini Lahad Datu di Timur Sabah menjadi sasaran
serangan pengganas Sulu dari Filipina, lain pula ceritanya semalam apabila
beribu-ribu ikan tamban melompat dan ‘menyerang’ pantai Kampung Tambisan di
kawasan berkenaan.
Kehadiran
ribuan ikan tamban hidup itu yang menukar warna landskap pantai Kampung
Tambisan di Felda Sahabat kepada putih telah mencetuskan keresahan penduduk
kononnya fenomena bencana tsunami mungkin berlaku.
Perairan
Sabah sememangnya terdedah dengan kemungkinan tsunami.
Tiga
pelampung boya keselamatan dipasang di perairan Malaysia di Sabah iaitu di
Pulau Rondo, Pulau Layang-Layang dan Pulau Sipadan bagi memberi amaran tsunami
di kawasan tersebut.
Kejadian
pelik ikan tamban melompat dan terdampar di pantai itu disedari penduduk
kampung pada kira-kira pukul 8 pagi apabila mereka melihat kawasan pesisir
pantai berubah menjadi putih ekoran timbunan ikan tersebut.
Fenomena itu
turut mencetuskan pesta ikan di kalangan penduduk kampung yang mengambil
kesempatan untuk memunggah ikan ke dalam bekas.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
(25 Disember 2013)
Jabatan
Meteorologi nafi tsunami bakal berlaku
KOTA
KINABALU - Jabatan Meteorologi Sabah menafikan dakwaan sesetengah pihak
kononnya fenomena pelik beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di
pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu semalam sebagai petanda fenomena tsunami
bakal berlaku di negeri ini.
Pengarahnya,
Abdul Malik Tussin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima amaran tsunami
bakal berlaku berikutan fenomena ikan terdampar yang jarang berlaku itu.
Menurutnya,
jika tsunami berlaku, pelampung boya tsunami yang dipasang di perairan
Semporna, Sabah akan memberi amaran jika berlaku tsunami di Lautan Pasifik.
Katanya,
pelampung boya keselamatan itu dilengkapi peralatan tsunameter khusus untuk
mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan maklumat ketinggian ombak
akibat tsunami.
"Oleh
itu jika ada gegaran dari dasar laut, maklumat yang dikumpul oleh tsunameter
akan dihantar secara automatik kepada Jabatan Meteorologi.
"Tetapi
setakat ini kami tidak menerima sebarang amaran berkaitan. Justeru, saya
nasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Sabah agar tidak
mempercayai khabar angin yang mengaitkan kejadian di Kampung Tambisan sebagai
satu ancaman tsunami," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
(25 Disember 2013)
NOTA:
Pada 24 Disember 2004, kejadian ikan "lari" ke darat dalam jumlah yang amat banyak juga berlaku di beberapa lokasi beberapa pantai di Kedah dan Pulau Pinang. Kebetulan berlaku tsunami pada 26 Disember 2004.
Apapun, KITA SAMA-SAMA BERDOA AGAR ALLAH MELINDINGI KITA SEMUA DARIPADA APA-APA MUSIBAT SEDEMIKIAN RUPA. Namun, kita juga mestilah BERSEDIA & BERSIAP-SIAGA....
NOTA:
Pada 24 Disember 2004, kejadian ikan "lari" ke darat dalam jumlah yang amat banyak juga berlaku di beberapa lokasi beberapa pantai di Kedah dan Pulau Pinang. Kebetulan berlaku tsunami pada 26 Disember 2004.
Apapun, KITA SAMA-SAMA BERDOA AGAR ALLAH MELINDINGI KITA SEMUA DARIPADA APA-APA MUSIBAT SEDEMIKIAN RUPA. Namun, kita juga mestilah BERSEDIA & BERSIAP-SIAGA....
No comments:
Post a Comment