Malam tadi, 22 Jun 2013, TV3 menayangkan satu drama/cereka berjodol "Aku Bukan Malaikat". Ceritanya tentang seorang wanita Melayu yang kononnya ingin menebus maruah akibat keluarganya di kampung dihina dan dipinggirkan masyarakat kerana kemiskinan (dan beberapa hal lain termasuk bapanya seorang penagih). Akhirnya wanita ini menjadi keldai dadah untuk menyeludup dadah ke luar negara (iaitu dadah dari Malaysia yang di seludup ke luar negara). Ia berkisar bukan sahaja tentang usaha gigih wanita Melayu ini mengumpulkan wang untuk, antaranya, membantu keluargannya (terutama ibunya), tetapi juga kerana jatuh cinta kepada lelaki kulit hitam Afrika yang melayannya "dengan baik" (pandai membujuk rayu), dan akhirnya dia terperangkap menjadi keldai dadah.
Bagus juga cerita ini, terutama kepada wanita Melayu yang ketagih cinta orang Afrika, dan kemewahan tanpa usul periksa (latarbelakang dan hala tuju). NOTA: Kebetulan pada 21 Jun 2013, ada berita di akhbar tentang seorang wanita Melayu yang ditangkap bersama lelaki Afrika (dan kata wanita Melayu tersebut, "saya suka dia, sebab dia layan saya dengan baik...")
Sebenarnya, masa kecil-kecil dahulu, saya minat juga cerita Melayu, tetapi kemudiannya menjadi tidak minat, dan kadang-kadang meluat serta berserabut perut/otak, kerana, antaranya:
Belum apa-apa lagi, dah tengking ibu tengking bapa, tengking suami
Belum apa-apa lagi, dah mencarut
Belum apa-apa lagi, buat lawak bodoh-tepu (istilah baru)
Jalan cerita yang "merapu", dan bermutu rendah
Namun sejak kebelakangan ini, saya meminati juga cerita-cerita Melayu (drama dll)...Namun banyak juga lagi saya merasa "kurang senang" dan seakan diperbodohkan... Misalnya, dalam drama/cereka berjodol "Aku Bukan Malaikat":
1. Ditunjukkan adegan seorang wanita Afrika seolah-olah (dengan persepsi penonton) mencucuk puntung rokok di badan/anggota badan wanita Melayu tersebut beberapa kali, dan menjerit la wanita Melayu tersebut (seolah-olah seperti sakit akibat cucukan puntung rokok), tetapi...kemuncaknya, terdapat adegan, WANITA AFRIKA BERKENAAN, SEBAIK SAHAJA SELEPAS MENCUCUK ROKOK KE BADAN WANITA MELAYU ITU, TERUS BERDIRI, SAMBIL TANGANNYA MENYUAPKAN ROKOK YANG AGAK PANJANG LAGI DAN MASIH ELOK KE ARAH MULUTNYA, DAN DENGAN JELAS TERNAMPAK ABU ROKOK YANG MASIH ELOK TERLETAK (AGAK PANJANG) PADA HUJUNG ROKOK!!!!! Woi....kalau dah rokok tu dicucuk ke badan orang, mana ada lagi abu pada rokok!!!! Malah rokok tu pun dah rosak teruk atau sedikit rosak, kan?
2. Pada penghujung cerita, ditunjukkan wanita Melayu tersebut ditangkap di sebuah lapangan terbang di Australia, dan setelah diimbas (scan), nampak jelas ketulan dadah di dalam tubuhnya...nampak panjang berjela...seperti usus besar...he he he...ish ish ish..... Dan, tak lama kemudian, ditunjukkan adegan ahli keluarga wanita berkenaan di kampung, (bersama 2 pegawai kerajaan yang dapat berkunjung ke rumah tersebut untuk memaklumkan berita anaknya ditahan di Australia), menonton berita tv bahawa wanita tersebut dijatuhkan hukuman mati di Australia akibat menjadi keldai dadah lelaki warga Nigeria. CEPAT SUNGGUH PIHAK BERKUASA AUSTRALIA (PENDAKWAAN DAN MAHKAMAH) MELAKSANAKAN HUKUMAN.... 2 PEGAWAI KERAJAAN YANG DATANG KE RUMAH KELUARGA WANITA TU PUN BELUM BEREDAR PULANG LAGI, WANITA TU DAH DIJATUHKAN HUKUMAN MATI. ATAU, 2 PEGAWAI MALAYSIA TERSEBUT AMAT LAMBAT MEMAKLUMKAN KEPADA KELUARGA WANITA TERSEBUT????? Namun, ini tak selaras pula dengan berita di tv tentang penangkapan dan penghukuman wanita tersebut. Yang mana satu betul?????
Untuk makluman, AUSTARLIA TELAH PUN LAMA MEMANSUHKAN HUKUMAN MATI, IAITU SEMENJAK TAHUN 1973, apabila negara tersebut menwujudkan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 1973 (Death
Penalty Abolition Act 1973). Jadi, latarbelakang cerita "Aku Bukan Malaikat" adalah sebelum tahun 1973? Tapi, saya lihat kebanyakan/semua latar gambar adalah terkini (tahun 2000an). Yang mana satu? Atau, sebenarnya, MEREKA (semua yang terlibat dalam pembikinan drama/cereka ini) tidak tahu hal tersebut? Kalau tak tahu, tanya la para pengamal undang-undang......
3. Dengan terus-terang disebut ungkapan "Lelaki warga Nigeria". Saya kurang senang dengan ungkapan ini, kerana: a. Ramai juga pelajar saya (dan pelajar di institusi pengajian lain) adalah warga Nigeria, dan mereka semua baik-baik, rajin. b. Ramai juga warga Nigeria di Negeria yang baik, dan orang Nigeria di negara kita yang datang dengan sifat dan sikap yang baik. Tidak elok menyebut nama negara secara spesifik...dan cuma memadai jika disebut, misalnya, "..lelaki warga Afrika.."
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bosan drama ni.. yes memang bermesej, tetapi penceritaan yg x berapa 'umphh' walaupun kebanyakan pelakon yg digunakan semua berbakat besar dlm industri lakonan(bukan mat/mek kayu harap pada rupa)... Eirma selalu tak boleh menang award utk director especially dgn suami dia sndiri sbb mcm ni la... tak buat homework walaupun idea tu ade...
ReplyDelete