Saturday, March 22, 2014

TAKZIAH Atas Kejayaan KAMU Mendapat 9A

Tarikh:
Khamis 20 Mac 2014 Sekitar jam 11 pagi
Tempat:
Di Dewan Utama sebuah sekolah menengah berasrama penuh di bahagian tengah Semenanjung Malaysia

Kejadian (Insiden):
Ramai ibubapa dan sanak saudara serta para guru yang berhimpun dan saling memberikan tahniah (dan ada juga yang berduka) setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beberapa orang pelajar mendapat keputusan cemerlang, 9A. Maka bergembiralah ahli keluarga dan guru. Pengetua sekolah menjemput seorang pelajar yang paling cemerlang sekolah tersebut untuk naik ke pentas utama untuk memberikan ucapan. Maka naiklah seorang budak lelaki... Diantara isi ucapan budak tersebut:

"Terima kasih kepada ibu dan ayah atas kejayaan ini. Tapi kepada semua guru, AKU dah berjanji AKU nak tampal result AKU ni ke muka mereka. Sekolah ini teruk.. Kaedah pembelajaran amat tidak memuaskan... bla bla bla...",

.... dan dia turun dari pentas tersebut tanpa memberikan/mengucapkan sekelumit pun ucapan terima kasih kepada kawan-kawan, para guru dan kakitangan sekolah.
Ramai para hadirin terpinga-pinga.. Ada yang berkata, "Apa sebab budak tu kata macam tu?", "Kenapa dengan budak tu..", dan tak kurang juga yang menggelengkan kepala...
Semasa ucapan balas, Pengetua tersebut antara lain menyebut.."Tuan-tuan nilailah sendiri murid tadi..."

Bagi saya,
TAKZIAH atas Kejayaan KAMU mendapat 9A!

Tuesday, March 18, 2014

REZEKI yang Halal

Hari ini ada seorang sahabat mengirimkan saya dokumen berikut, yang elok juga saya paparkan untuk "pesanan/peringatan" kita semua:



PERBELANJAAN Peguam




Pernah berurusan dengan peguam? Jika pernah, maka kita perlulah membayar, antaranya "perbelanjaan" peguam tersebut. Perbelanjaan bermaksud "apa-apa yang dibelanjakannnya dahulu dalam mengendalilkan urusan kita, dan kemudiannya menuntut kembali daripada kita".  "Perbelanjaan" BUKANLAH item dimana peguam mencari pendapatan daripada item ini, tetapi mendapat kembali kos yang dibelanjakannya.  Cuba lihat perenggan 3(g) dan (k) kepada Perintah Saraan Peguam Cara 2005 di bawah:


P.U. (A) 520.
AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976
PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Saraan Peguam Cara 2005.
(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.
Komposisi saraan
3. (1) Saraan yang dinyatakan dalam Jadual-Jadual tidak termasuk apa-apa yang berikut:
(a) fi yang kena dibayar bagi pendaftaran dokumen yang perlu didaftarkan;
(b) duti setem atau fi;
(c) fi peguam, fi pelelong atau penilai;
(d) perbelanjaan perjalanan atau penginapan;
(e) fi yang dibayar bagi carian;
(f) kos bagi cabutan daripada mana-mana daftar atau rekod;
(g) perbelanjaan lain yang dibayar dan ditanggung dengan munasabah dan wajar (yang hendaklah disenaraikan dalam apa-apa bil kos yang diserahkan oleh peguam cara kepada klien);
(h) kos bagi apa-apa kerja tambahan;
(i) fi yang berhubungan dengan apa-apa urusan berhujah;
(j) fi yang berhubungan dengan apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah; dan
(k) perbelanjaan pelbagai yang tidak melebihi RM50.

Cuba lihat pula Item 5 dan 7 pada bil berikut:

 
Fakta:
Pejabat peguam berkenaan terletak cuma sekitar 1 km daripada Pejabat tanah berkenaan; dan
Menurut Perenggan 3(k)  Perintah Saraan Peguam Cara 2005, perbelanjaan pelbagai yang tidak melebihi RM50.
Setelah seminggu saya mendapat bil di atas, saya telah beritahu peguam berkenaan tentang hal-hal di atas, dan....saya terima pindaan berikut:


 Bezanya adalah sebanyak RM810-660= RM150
Apabila saya mempertikaikan, maka peguam berkenaan dengan selamba jer menjawab, "Kami tulis dulu macam tu. Kalau klien minta diskaun, kami beri la."
Q: Adakah semua klien tahu tentang Perintah Saraan Peguam Cara 2005?

Saturday, March 15, 2014

Ceramah Pembangunan Tanah Rezab Melayu

Pada 14 Mac 2014, antara jam 9-11 malam, bertempat di Kristal Hall 2, Hotel Crystall Crown, Petaling Jaya, Selangor, saya memberikan ceramah (tapi saya namakannya Majlis Berkongsi Ilmu) berkaitan Pembangunan Tanah Rezab Melayu kepada sekumpulan sekitar 80 orang pegawai pelbagai peringkat dan pelbagai daerah Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Kandungan ceramah termasuklah:
Sejarah "Melayu" di Malaysia
Melayu dan keperluan tanah
Keperluan melindungi tanah khusus untuk Melayu (dan kewujudan statut Enakmen dan peruntukan Perlembagaan)
Isu "kelangsungan" tanah rezab Melayu
Siapa "Melayu" dan Islam sebenarnya?
Isu-isu semasa
Bertapa perlunya transformasi berkaitan pengurusan tanah rezab Melayu
Cadangan-cadangan yang perlu  diambil perhatian

Berikut gambar-gambar berkenaan:
Semasa gambar diambil (sekitar jam 11.20 malam, sebahagian peserta sudah pun meninggalkan tempat kursus .... maklum la..dah tengah malam...

 
 
 










Monday, March 10, 2014

Pucuk Kaduk Berempah

Nak mencuba kudapan yang "agak tidak lazim"? Ini dia... Pucuk kaduk Berempah:

Beberapa helai daun kaduk muda (bersihkan)
2 ulas bawang putih dipotong kiub kecil
2 ulas bawang merah dipotong kiub kecil
Halia muda dipotong kiub kecil
Cili hijau dipotong kecil
Limau nipis dipotong kecil bersama kulitnya (buang bijinya)
Kelapa dipotong kiub kecil dan digoreng sehingga kuning
Sos manis (manisan kabung atau kelapa atau gula melaka yang dimasak dengan air hingga pekat, kemudian disejukkan) yang digaul dengan kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar)

Cara memakannya:
Ambil sehelai atau dua helai daun kaduk dan masukkan semua bahan di atas ke bahagian tengah daun tersebut dan dilipat (ditutup) dan suap ke mulut...Kunyah..nyam nyam nyam...dan ..telan.. Ulang ulang ulang...sehingga rasa dah cukup.


Friday, March 7, 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Ke 2 Pulau Pinang)

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah dengan rasminya dibuka kepada awam pada tengah malam 1 Mac 2013. Tentu agak panjang untuk menyebut nama jambatan ni. Dicadangkan disediakan nama ringkasnya, misalnya "JASAH" atau "J.SAMAS", dan lain-lain . Bukan apa, saya bimbang nama yang panjang itu akan hilang dan orang cuma lebih suka menyebut "JP2"...
Apapun. berikut beberapa gambar jambatan berkenaan yang saya rakamkan pada sekitar jam 3.30 petang, 7 Mac 2014:

a. Di permulaan jalan masuk dari arah Batu Maung, bahagian pulau. Di kawasan ini permukaan jalannya agak  kurang rata.



b Laluan motosikal khas disediakan. Namun, adakah motosikal berkuasa tinggi akan menggunakannya?

c. Jambatan ini cuma terdapat dua lorang bagi setiap hala (tidak seperti Jambatan pertama yang terdapat 3 lorong). Mungkin nak jimat perbelanjaan, dan sudah mengambilkira bilangan/kapasiti kenderaan yang akan menggunakannya.

d. Saya agak "terkilan" .. Kenapa Pulau Aman (dan bersama Pulau Gedung)(2 pulau di kiri tu) tidak termasuk dalam laluan jambatan, atau disediakan jalan masuk dari jambatan... Di pulau itu terdapat sekolah, masjid, calet, telaga emas (sejarah), dan tempat makan, industri memperoses belacan, restoran makanan laut, kawasan rekreasi bukit dan susuri laut/pulau, beberapa tempat bersejarah, dan lain-lain, dan semua penduduknya Melayu. Bagi saya, jika terdapat jalan yang masuk ke Pulau Aman, maka pulau tersebut akan dilimpahi banyak keuntungan: menaiktaraf penduduk, harga barangan keperluan menjadi lebih murah daripada sekarang (yang terpaksa diangkut menggunakan bot dari Batu Musang), destinasi pelancongan, kemudahan untuk guru dan aktiviti sekolah, keselamatn penduduk lebih baik, dan lain-lain... Malangnya, kewujudan jambatan ini tidak langsung menguntungkan mereka....

e. Walaupun dua lorong, ianya agak lebar. Saya bimbang jika jambatan ini kelak dijadikan laluan "merempit" (pemandu kereta) untuk ciluk-ciluk... dan... bedegang!!!!! (kemalangan)...

f. Di bahagian agak tengah jambatan, dibina strktur yang hampir sama dengan jambatan pertama (yang juga di bawahnya adalah untuk laluan kapal melintasi jambatan, untuk ke palabuhan)

NOTA:
SAYA JANGKA, SENARIO BERIKUT AKAN BERLAKU: 
BAGI JAMBATAN PERTAMA, PENGGUNA (KENDERAAN) YANG MASUK KE PULAU AKAN LEBIH BANYAK JUMLAHNYA BERBANDING DENGAN YANG KELUAR, KERANA SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA AKAN KELUAR MENGIKUT JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM. NAMUN SEBALIKNYA, BAGI JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM, AKAN LEBIH BANYAK KENDERAAN YANG KELUAR BERBANDING DENGAN YANG MASUK KERANA SEBAHAGIAN AKAN MASUK MELALUI JAMBATAN PERTAMA. DENGAN DEMIKIAN, KADAR KEBARANGKALIAN BERLAKU KENDERAAN PUN MENURUT KADAR YANG SAMA.
SEMUA ITU KERANA JARAK DAN HARGA TOL (yang dijangkakan RM10 bagi Jambatan Sultan Abdul Halim)(dan RM7 bagi Jambatan pertama)

Thursday, March 6, 2014

Pada 5-6 Mac 2014, bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, saya mengendalikan kursus/bengkel MAKMAL PENYELIAAN BERKESAN, anjuran Pusat Inovasi & Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Kursus berjalan lancar, penyertaan amat aktif daripada para peserta, dan berjalan dalam situasi ceria dan santai. Alhamdulillah...
Pesertanya terdiri daripada staf USM pelbagai peringkat termasuk pensyarah, pegawai tadbir, staf makmal dan sebagainya.

Kandungan kursus ini, antaranya:


Taklimat Objektif
Pengenalan, isu, dan keperluan penyeliaan berkesan 
Tahap dan peringkat penyeliaan
Permainan Pengurusan 1
Elemen penyeliaan dalam aspek “pengurusan dan kepimpinan”
Permainan Pengurusan 2
Aplikasi konsep 4W+1H+1W dalam penyeliaan dan kepimpinan
Penyelia sebagai ketua atau pemimpin
Keperluan ciri motivasi, fasilitatif, mentor, peningkatan kemahiran dan jaringan
Permainan Pengurusan 3
Penyelia dan pemimpin yang efektif
Penyeliaan, kepimpinan dan hubungannya dengan “keprihatinan” dan tempat kerja yang selamat
Aplikasi kaedah “munasabah” dan “budibicara”
Aplikasi kaedah “betul: masa dan tempat”
Aplikasi kaedah “penting-segera-relevan”
Permainan Pengurusan 4


















Saturday, March 1, 2014

Panduan MINUM SUSU KOTAK: Silap tuuuuu...

Ini adalah video tentang PANDUAN MEMINUM SUSU KOTAK...

Ada disebutkan, antaranya..."MINUM SAMPAI HABIS KETIKA SUSU KOTAK DIBUKA...". Bolehkah meminum KETIKA membuka susu kotak? Bahaya tuuuuu...


SEBENARNYA....