Minuman Kesihatan Kulit Nenas + Madu
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Tuesday, October 3, 2017
Wednesday, December 16, 2015
Nasi Goreng Kulat Sisir
Nak makan nasi goreng kulat sisir?
Bahan-bahan:
Secawan kulat sisir
2 biji telor ayam
3 cawan nasi
8 biji bawang merah (dimayang)
8 ulas bawah putih (dimayang)
Sebiji bawang holand (dimayang)
Sesudu majerin
Sedikit garam, gula
3 sudu kicap pekat manis
Sebiji limau nipis/ 3 biji limau kasturi
10 biji cili merah (lada burong)(tumbuk separuh hancur)
Setengah cawan ikan bilis (direndam sekitar 10 minit di dalam air dan toskan)
Daun bawang
Sedikit minyak
Caranya:
Panaskan kuali, goreng telor dengan majerin dan sedikit gula, dendena dipastikan telor hancur-hancur. Bila sudah berbau harum, keluarkan.
Panaskan kuali dengan minyak, dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga berbau harum, kemudian masukkan bawang besar holand serta kulat sisir dan bilis. Goreng hingga layu, dan masukkan nasi, kicap, garam, daun bawang, gula, telor goreng dan perahan air limau.
Goreng sekitar 3 minit dengan api kecil, dan angkat.
Di atas adalah kulat sisir. Di bawah, nasi goreng yang siap untuk di makan...
Thursday, August 13, 2015
Pisang Goreng Bertelur Masin
Ini resepi hibrid pisang goreng...Sedaaaap.....
Tepung untuk menggoreng pisang itu adalah adunan tepung beras + air + kelapa parut + telor masin (telor itik jeruk) + kunyit.
Tepung untuk menggoreng pisang itu adalah adunan tepung beras + air + kelapa parut + telor masin (telor itik jeruk) + kunyit.
Thursday, June 18, 2015
Kulat Sisir Goreng
Petang kelmarin, lepas asar, 18 Jun 2015 (hari pertama berpuasa), saya menyediakan sendiri satu sajian, iaitu "kulat sisir goreng". Mudah jer..
Bahan:
Secawan kulat sisir (sejenis cendawan agak liat yang tumbuh pada batang getah mati). Bersihkan dan rendam sekejap di dalam air suam/panas, dan kemudiannya disejatkan.
Sebiji bawang (dipotong halus)
Lima ulas bawang putih (dimayang halus)
Tiga biji cili
Sebiji telor
Sedikit garam
Sedikit gula
Caranya:
Goreng bawang putih dan bawang meranh dengan sedikit minyak. Selepas berbau harum, masukkan telur, dan goreng hancur. Kemudian masukkan semua bahan lain yang dinyatakan, dan goreng sehingga berbau seperti masak, dan angkat.
Boleh dihidangkan untuk dimakan bersama nasi atau roti...
NOTA: Boleh juga dimasukkan daging (atau ayam) cincang ke dalam ramuan ini.

Solok Lado (Cili Bersumbat)
Petang kelmarin, lepas asar, 18 Jun 2015 (hari pertama berpuasa), saya menyediakan sendiri satu sajian, iaitu "solok lado" (cili besar bersumbat). Masa makan nasi selepas berbuka puasa, saya dapati enak gak rasanya.. Jadi, saya kongsikan dengan pembaca...
Bahan-bahan:
Bahan A:
7 biji cili besar kuning-hijau (bukan cili besar hijau tua tuuuu). Belah cili-cili tersebut.
Beberapa helai pucuk ubi kayu
Bahan B:
Setengah cawan santan pekat
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sebiji bawang besar dipotong halus
5 sudu besar kelapa goreng
Isi ikan bakar/rebus, dilumatkan (sekitar seekor)(sebaiknya ikan kembung)
Gaulkan semua bahan B rata-rata.
Caranya:
Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk (seolah seperti pelapik cili)
Masukkan bahan B ke dalam "perut" cili. Aturkan di dalam periuk tadi (di atas pucuk ubi)
Masukkan sekitar setengah cawan santan cair. Tutup periuk rapat-rapat.
Rebus sekejap sahaja dengan api kecil (sekitar 3 minit)
Biarkan sekitar 5 minit lagi selepas api dipadamkan.
Boleh dihidangkan,,,

Monday, December 8, 2014
Kadok Berempah
Berikut adalah makanan ringan, KADOK BEREMPAH:
Ramuan:
Daun kadok (dibersihkan)
Kelapa goreng
Kacang goreng
Bilis/udang kering goreng kering
Bawang putih dipotong dadu
Cili padi dipotong kecil
Manisan/gula melaka dicairkan
Cara:
Dimasukkan di dalam daun kadok, dilipat dan dimakan begitu sajaaaaa.....

Wednesday, December 3, 2014
KERTOYAM?
"Kertoyam" tu singkatan kepada kentang rebus+kacang tomato+ ayam bakar/goreng...Ia makanan yang mudah disediakan dan sesuai untuk makanan petang/malam.
Resepinya? Kan namanya pun dah meliputi resepinya....he he he...
Kadang kala saya masukkan juga telor mata kerbau (bukan mata kerbau, tau!!!)
Resepinya? Kan namanya pun dah meliputi resepinya....he he he...
Kadang kala saya masukkan juga telor mata kerbau (bukan mata kerbau, tau!!!)
Tuesday, December 2, 2014
Kacang Kuda Rebus Bertumis
Berikut adalah resepi KACANG KUDA REBUS BERTUMIS:
Ramuan:
Dua cawan kacang kuda (dibersihkan, direndam sekitar satu jam dengan dicampur sesudu besar garam)
20 helai daun kari (sekitar 2 pelepah)
10 biji cili kering (basuh)
5 ulas bawang merah
Sesudu kecil gula
2 sudu besar minyak
Setengah cawan air
Cara membuatnya:
Rebus/kukus kacang kuda sehingga empuk, dan toskan
Bawang merah dimayang halus, dan digoreng bersama minyak dan cili kering yang dipotong-potong
Kemudian masukkan daun kari
Apabila telah harum, masukkan kacang rebus tadi dan tambahkan sedikit air dan gula.
Masak dengan api kecil sekitar 5 minit lagi, dan angkat

Sunday, November 9, 2014
Jeruk Mudah Tapi Sedap
Berikut jeruk buahan campuran yang mudah disediakan dan sedap pula tuuuu..
Bahan-bahan:
Buah mempelam, nenas, betik, jambu batu dan lain-lain... (ikut selera)(dibersih dan dipotong ikut suka)
Beberapa biji cili padi (dipotong kecil)
Garam
Gula
Asam boi (juga dipanggil "buah masam masin")
Caranya:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas dan perap selama sekitar satu hari di dalam peti sejuk. Kemudian boleh la di ngap ngap ngap....

Friday, June 20, 2014
NASI BRIYANI EKSPRES
Nak makan nasi briyani yang disediakan sendiri?
Berikut, ramuannya
Beras basmathi (yang bujur panjang)(basuh dan toskan)
Bahan-bahan yang di dalam gambar ni...
Ayam yang dipotong besar dan/atau daging (seeloknya daging batang pinang) yang dipotong sedang.
Caranya?
Baca dan ikut apa yang ditulis pada kulit pembungkus rempah briyani tuuuuu...
Maka, jadi laaaa macam niiii...

Lepas dimasak, apa lagi, ngap jer la masa masih panas (tapi jangan masa terlalu panas sebab makruh makan makanan yang masih terlalu panas)
Monday, March 10, 2014
Pucuk Kaduk Berempah
Nak mencuba kudapan yang "agak tidak lazim"? Ini dia... Pucuk kaduk Berempah:
Beberapa helai daun kaduk muda (bersihkan)
2 ulas bawang putih dipotong kiub kecil
2 ulas bawang merah dipotong kiub kecil
Halia muda dipotong kiub kecil
Cili hijau dipotong kecil
Limau nipis dipotong kecil bersama kulitnya (buang bijinya)
Kelapa dipotong kiub kecil dan digoreng sehingga kuning
Sos manis (manisan kabung atau kelapa atau gula melaka yang dimasak dengan air hingga pekat, kemudian disejukkan) yang digaul dengan kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar)
Cara memakannya:
Ambil sehelai atau dua helai daun kaduk dan masukkan semua bahan di atas ke bahagian tengah daun tersebut dan dilipat (ditutup) dan suap ke mulut...Kunyah..nyam nyam nyam...dan ..telan.. Ulang ulang ulang...sehingga rasa dah cukup.

Saturday, January 18, 2014
Cucur Daun Bawang
Kudapan yang mudah disediakan dan sedap (bagi tekak/selera saya la) adalah CUCUR DAUN BAWANG. Mudah untuk menyediakannya, dan kalau si pemakannya ramai, ia jadi murah, he he he.... Bagi saya yang dok sorang tapi malas keluar mencari makanan kat luar, maka buat jer sendiri sambil lepak-lepak sendirian...
Bahan-bahan:
Secawan tepung gandum
Sebiji telor
Sedikit garam
Sekitar seperdu daun bawang
Sedikit serbuk penaik
Caranya:
Potong daun bawang dan masukkan bersama semua bahan-bahan lain dan gaulkan dengan sedikit air (pastikan kelikatannya agar jangan terlalu cair).
Biarkan sekitar satu jam. zzzzzzzz (tidor dulu la weyyy...)
Panaskan kuali, masukkan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas, dan gorenglah bancuhan tu sekitar satu sudu besar setiap tompok.
Sosnya:
Mudah jer.. Bancuh sos cili bersama sos tomato dan sedikit gula. Kalau nak ubah ssedikit rasa sos, boleh masukkan kelapa goreng, dan/atau bawang goreng, dan/atau kacang goreng yang ditumbuk halaus.

Tuesday, January 14, 2014
Tapai
Biasa dengar orang sebut "tapai"?
Biasa melihat "tapai"?
Biasa makan "tapai"?
Biasa BUAT "tapai"?
Ni caranya:
2 pot beras pulut, dimasak seperti memasak nasi dengan sukatan air juga seperti memasak nasi. Nota: Pastikan beras pulut dan periuk tersebut betul-betul bersih.
Setelah pulut masak, sejukkan sekitar separuh hari (agar betul-betul sejuk)
Hancurkan ragi (sekitar sebelah daripada sebiji ragi), dan gaulkan rata-rata dengan pulut.
Simpan di dalam bekas tertutup selama 3 hari. Kemudian boleh disejukkan di dalam peti sejuk.
Boleh la kalu nak makan punnn...
Ni gambar tapai pulut yang dah "masak", dan raginya...

Saturday, November 16, 2013
Sambal Bilis Masam Manis
Ini adalah resepi yang saya namakannya, "Samabal Bilis Masam Manis".
Bahan-bahan:
Secawan ikan bilis (bersihkan dan rendam air sekitar 15 minit)
8 potong kiub buah nenas (sekitar 2 sm persegi setiap kiub)
Sebiji bawang besar
5 ulas bawang merah
Sedikit halia
2 sudu besar gula melaka
10 biji cili kering
Caranya:
Semua bahan di atas (kecuali bilis) di kisar hakus dan ditumis dengan 5 sudu besar minyak (minyak masak latu, bukannya minyak kereta la wey...)
Apabila bahan tersebut berbau harum (tumisannya dah bangkit keenakannya), masukkan bilis dan sedikit garam. Biarkan di atas api kecil sekitar 5 minit dan diangkat.

Saturday, October 26, 2013
Kambing bakar berlada hitam
Bahan-bahan:
Sepotong daging kambing bertulang (masak dahulu sehingga empuk)
Sos lada hitam yang dibancuh dengam sedikit air, sedikit garam dan minyak zaitun
Daun bawang (ambil bahagian batang bawahnya)
Sebiji tomato
Cara:
Taburkan mua bahan tadi di atas daging dan tomato yang dibelah dua
Bakar dengan pemanas atau ketuhar dengan suhu tinggi (sekitar 250 darjah) selama 5 minit...
Oit??? Man perginya kambing bakar aku ni???
Dah habis...tinggal tulang jer...
Kambing bakar ni sesuai dimakan bersama roti, nan, capati, atau dengan ubi rebus (keledek, ubi kayu, kentang atau keladi)

Friday, October 25, 2013
Bilis Bersambal
Berikut adalah resepi Bilis Bersambal (sambal bilis?)
Bahan-bahan:
10 biji cili kering (rendamkan agar lembut)
10 biji cili merah
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang puteh
1 sm halia
(semua bahan di atas dikisar halus)
2 sudu besar pekatan jus/pati asam jawa
2 sudu besar minyak zaitun (minyak kelapa pun boleh)
Semangkuk bilis (bersihkan, rendam di dalam air sekitar setengah jam dan toskan)
Caranya:
Masukkan semua di atas ke dalam kuali. Panaskan dengan api sederhana sehinga bangkit bau harum tumisan. Masukkan sedikit garam dan gula.

Saturday, August 24, 2013
Nasi Kerabu Tumis
Sekarang ni dah ramai yang suka makan nasi kerabu. Ia bukan sahaja salah satu kegemaran utama bagi kebanyakan penduduk di negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia, tetapi sudah "merebak" ke negeri-negeri lain. Nak makan, dan nak buat sendiri? Berikut saya kongsikan cara penyediaan (Cara makan tak payak beritau la, kan? Ngap jer...!)
A. KUAH TUMIS
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:
2 cawan santan segar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
10 tangkai cili kering
Sekeping asam gelugor
Sedikit garam
Sekeping gula melaka
Satu batang serai.
Cara:
Kisar hancur bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk, dan panaskan hingga mendidih dengan api kecil, dan sedikit kering.
B. ULAMAN
Pelbagai jenis ulaman boleh digunakan, antaranya,
Kacang panjang
Taugeh
Pucuk serai kayu (daun samak)
Pucuk dan buah muda petai belalang
Bunga kunyit
Bunga kantan
Pokok selom (cekerong)
Pucuk jenerih
Pucuk kerdas
Kesum
Pucuk gajus/jangus/ketereh
Ulam raja
Pucuk putat.
C. TAMBAHAN (AKSESORI)
Diantara aksesorinya, adalah,
Telor puyuh
Telor masin (telur itik jeruk)
Bawang putih jeruk
Daging bakar
Ikan goreng bertepung
Solok lada
Halia jeruk
Cili jeruk
Lobak jeruk
Ayam goreng atau ayam bakar
Puyuh goreng
Limpa goreng
Satay (kambing, lembu, ayam)
Sambal jantan
Keropok
D. PELENGKAP
Jika nak lengkapkan nasi kerabu, pelengkap utamanya adalah sos bilis (ehemm, budu la tu...):
Bahan-bahan:
Budu (boleh juga digunakan budu tumis)
Limau nipis
Cili
Emmm...sedap....emmm...sedap...
Tapi, mana nasinya?????, he he he... Namanya pun, NASI KERABU.... nasi kena ada la wey....

Tuesday, August 20, 2013
Daging Bakar Istimewa
Semasa saya makan tengah hari di sebuah warung di Kuala Krai, Kelantan, beberapa tahun dahulu, saya dapati salah satu lauk yang saya makan, iaitu daging bakar, amat sedap rasanya. Lalu saya memberanikan diri bertanyakan "abang towkey" tu, apa ramuan dan cara membuatnya. Selepas termenung sekejap, dan tersenyum, sambil memandang saya yang sedang tersenyum menatap wajahnya, dia pun memberitahu "rahsia" menyediakan daging bakar yang saya kategorikan sebagai "daging bakar istimewa". Berikut saya kongsikan rahsianya:
Bahan-bahan:
Setengah kilogram daging lembu yang elok, tetapi yang terdapat sedikit lemak
3 ulas bawang merah
2 sudu besar garam (kalau boleh, gunakan garam buku/kasar)
4 sudu kecil gula
Caranya:
Daging lembu dibasuh dan toskan.
Giling halus garam, gula dan bawang merah tersebut, dan gaulkan dengan daging tadi. Perap sekitar satu hingga 3 jam.
Bakar di atas dapur arang (jangan bakar di dalam oven, atau mikrowave seba rasanya tidak harum).

Thursday, August 15, 2013
Udang Kecil Goreng Mudah
Beberapa bulan lepas, saya singgah di rumah seorang saudara saya. Saya melihat anaknya sedang makan nasi, antaranya, berlaukkan udang kecil goreng. Emmmm..., nampak berselera!!! Saya pun mencuba....emm, SEDAP... Jadi, saya tanya resepinya, dan balik rumah, saya buat sendiri. Best gak. Nak cuba? Ni resepinya...
Bahan-bahan:
Sekitar 20 ekor udang kecil (basuh dan sejatkan)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
5 biji cili kering (rebus sekejap untuk melembutkannya)
Sedikit garam, gula dan kunyit
Satu biji bawang besar
Cara membuatnya:
Bawang merah, bawang putih, halia, cili dan kunyit dikisar halus. Masukkan bersama udang. Perap sekejap. Kemudian goreng dengan menggunakan sedikit minyak. Apabila sudah agak kering, masukkan garam, gula, dan goreng sekejap lagi. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, dan sejurus kemudian bolehlah diangkat.

Monday, August 5, 2013
Cucor Durian
Kalau dah di penghujung puasa ni, makan pun dah pelbagai. Ni adalah cucur durian yang ringkas jer cara membuatnya...
Bahan-bahan:
Secawan isi durian
Secawan tepung gandum
Sedikit (secubit) garam
Air sejuk (air yang diambil dari peti sejuk) pun sekitar secawan
2 sudu kelapa parut
Sesudu kecil serbuk penaik
Caranya:
Bancuhkan semua bahan di atas. Tunggu sekitar 1 jam...
Burzzzz zzzz...kruuuh.... (dah cukup 1 jam?)
Dan...panaskan kuali yang dimasukkan minyak, dan bila dah panas, gorenglah dalam tompokan kecil-kecil...

Subscribe to:
Posts (Atom)