Tuesday, April 30, 2013

Samosir yang "aneh"


 Pada 26 April 2013, saya dan beberapa sahabat sempat bermusafir ke Pulau Samosir, yang terletak di dalam Tasik (Danau) Toba. Untuk pengetahuan kita, sebenarnya terdapat dua tasik (danau)  kecil  di atas Pulau Samosir ini, iaitu Danau Aek Natonang dan Danau Sidihoni. Begitulah ciptaan Allah (swt) yang Maha Agung, yang maha kaya penciptaannya: Terdapat tasik (Aek Natonang dan Sidihoni) di atas pulau (Samosir) di sebuah tasik (Toba) yang terletak pula di atas sebuah pulau (Sumatera)...

NOTA: Hampir semua penduduk di pulau ini adalah orang suku Batak, dan sebahagian besar mereka ini adalah bukan Islam.

 Lihat tulisan di lereng bukit di Pulau Samosir


 Jeti Tomok di Pulau Samosir


 Kawasan pasar kraf dan lain-lain di Tomok



 Bergambar bersama satu keluarga penjual

 Orang tua ini adalah penjaja kacang yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat sambil "memujuk dengan simpati" untuk menjual kacangnya
 Sambil berjualan, lelaki ini turut membuat sendiri sebahagian hasil kraf jualannya di situ, sambil menunggu pelanggan

Pusat Maklumat Orang Asli, Jeli, Kelantan

Pada 11 Mac 2013, saya singah di Pusat Maklumat Orang Asli, Jeli, Kelantan. Pusat ini telah dipromosikan sebagai salah satu destinasi pelancongan di Jeli di dalam laman sesawang Majlis Daerah Jeli. Pusat ini adalah sebahagian daripada satu kompleks yang juga menempatkan asrama untuk para pelajar orang Asli, dewan makan, surau dan Pejabat JAKOA. Berikut adalah gambaran pusat berkenaan, yang saya cadangkan "patut dilawati" kerana banyak maklumat berharga yang disediakan. Masuk juga adalah percuma. Para petugasnya (seorang orang Asli dan seorang Melayu) juga amat peramah dan dapat memberikan penerangan yang memuaskan. Tahniah...







video



Sunday, April 28, 2013

Ini pemandangan, situasi dan bentuk pergerakan lalulintas di salah satu jalan utama berhadapan Masjid Raya Al Mashun di persimpangan jalan Sisingamangaraja dan jalan Masjid Raya, Medan. Saksikan "kecekapan" mereka mengendalikan kenderaan masing-masin melalui simpang ini...

Pssst, bagi mereka, ini keadaan biasa, dan situasi ini bukan akibat lampu isyarat rosak. Ada seorang dosen (pensyarah) sebuah Universitas di Medan, memberitahu saya, bahawa di sini, "Lampu merah maksudnya boleh jalan, lampu hijau ertinya kita mesti hati-hati, dan ngak ada istilah lampu kuning".


video

Tentang bunyi hon yang banyak diperdengarkan, kata mereka, "Hon memang disediakan pada kenderaan untuk dibunyikan".....emm, betul la juga.....

Menyusur Pekan Parapat, Sumatera Utara

Pekan Parapat adalah sebuah bandar kecil yang terletak di tepi (tasik) Danao Toba, Sumatera Utara. Pada 25-26 April 2013, saya dan beberapa sahabat sempat mengunjungi pekan ini. Saya pula secara bersendirian telah menaiki angkot (van kecil) mengelilingi sekitar pekan ini untuk melihat dan mengalami sendiri keadaan sebenarnya. Berikut sebahagian daripada bebrapa gambar yang menceritakan perihal pekan ini....




















Saturday, April 27, 2013

Lata Renyok, Jeli, Kelantan

Lata Renyok, Jeli, Kelantan, adalah salah satu tempat yang di war-warkan (dicanang) sebagai salah satu destinasi pelancongan yang "patut dikunjungi". Tempat ini ada di war-warkan di dalam laman sesawang Majlis Daerah Jeli, dan ia dibangunkan semula dengan bantuan kewangan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Pada 11 Mac 2013, saya mengunjungi temapt ini. Lihat sendiri realitinya...

1. Jalan masuk yang agak baik
2. Kemudahan yang pelbagai yang disediakan (namun tidak/tidak dapat dimanfaatkan)

 
 3. Air terjun yang baik dan menarik
 4. Tetapi....

 

 5. Adakah kerana "AMARAN" ini maka pengunjung enggan datang?
 6. Sebuah rumah persendirian yang ditinggalkan yang terletak berhampiran tempat ini
 7. Dua kakitangan TNB di janakuasa Mini TNB yang merupakan antara "pengunjung setia" (kerana tugas) di sini...
 8. Saya dua kali terlepas simpang untuk ke Jeram/Lata ini kerana tiada tanda arah atau pemakluman destinasi yang disediakan, dan saya terpaksa bertanyakan para penduduk berhampiran (dan mereka agak terkejut, dan ada yang tersenyum apabila saya sebutkan saya nak ke Lata Renyok...kerana...)