Tuesday, July 29, 2014

"Pengeboman" Di Batu Uban, Pulau Pinang

Berikut adalah rakaman "pengeboman" pada jam 8.50 malam, 20 Julai 2014, di Padang Awam, Batu Uban, Pulau Pinang...

video

Berikut pula rakaman pada jam 11.45 malam, 23 Julai 2014...

video
Fakta:
Mereka ini bermain mercun "bom" berkenaan mulai sekitar jam 6 petang sehingga sekitar jam 11.30 malam;
Mereka memulakan "pengeboman" ni empat hari sebelum umat Islam memulakan ibadat puasa;
Mereka bermain setiap malam;
Sekitar 200-300 "bom" berkenaan digunakan pada setiap malam;
Hanya 2-4 orang sahaja pelaku utamanya;
Difahamkan harga setiap "bom" tersebut adalah sekitar 8 setiap satu; dan
Selain  itu ada juga yang lain yang bermain mercun kecil dan bunga api.

Persoalan:
Dimana mreka mendapat "bekalan" "bom" tersebut?
Kenapa boleh berleluasa sedemikan rupa?
Jika harga setiap satu adalah RM8 x 200 setiap malam x 30 malam (hitungan kasar), maka RM48000 jumlah kewangan yang perlu dibelanjakan, dan jika 4 pemainnnya, maka bersamaan RM12000 dihabiskan setiap pemain!! Wow, kaya mereka ini... Ramai diantara kami yang menggelarkan pemain mercun ini sebagai "anak orang kaya", walaupun pada hakikatnya mereka ini, difahamkan adalah anak-anak penduduk kampung dan penghuni flet kos rendah.
Jadi, adakah mereka ini mendapat bekalan "bom" itu dengan harga amat murah, atau diperolehi secara percuma daripada kawan, atau ahli keluarga mereka. Jika "ya", maka, siapa pula kawan atau ahli keluarga mereka ini? He he heheheheheheh, gelak beberapa orang kawan saya, semasa kami membuat sumbangsaran selepas menunaikan solat terawih.
Dan, tak lupa juga persoalan, "bagaimana mereka ini boleh "terlepas" daripada tindakan undang-undang"?

Saranan:
Pihak berkuasa badan-badan/agensi penguatkuasaan hendaklah menyiasat perkara ini, disamping SPRM juga nampaknya perlu berkerja keras pula untuk "menyusup" masuk bagi mengkaji modus operandinya....

Kemeriahan Raya Puasa

Berikut gambar-gambar kemeriahan 1 Syawal 1435 Hijrah ((28 Julai 2014) di rumah saya di Gua Musang, Kelantan. Ahli keluarga saya pun dah bertambah lagi 2 orang (dapat dua menantu perempuan). Maka raya pun makin meriah...







Tuesday, July 8, 2014

Ikan patin babi?????



Ramai berebut kutip ikan ‘babi’
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris
Ipoh: “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” kata Mohamad Khirul Adnan Hamid, 26, individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, di sini, Ahad lalu.

Menurutnya, dia mendapat maklumat mengenai kerosakan paip pecah yang menyebabkan air melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu, selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya.

Katanya, ketika kejadian, orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan ternakan mula kelihatan di luar dan permukaan dasar kolam.
“Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.




NORAISHAH (tiga dari kanan) bersama empat pegawainya meninjau kolam ikan patin berhampiran kawasan Lahat selepas dipercayai menggunakan babi sebagai makanan ikan.


“Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,” katanya.
Menurutnya, ketika di tempat kejadian, dia juga sempat menasihatkan orang awam khususnya yang beragama Islam supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09
http://www.hmetro.com.my/articles/Ramaiberebutkutipikan__8216_babi__8217_//Article?BeritaUtamaMetroAhad

NOTA:
ITULAH, KITA PERLU JUGA USUL PERIKSA HAL YANG RELEVAN. DULU, PERNAH JUGA KAWAN SAYA PERGI KE SEBUAH PUSAT TERNAKAN IKAN KELI DI PERAK, DAN DIANTARA MAKANAN YANG DIBERIKAN KEPADA IKAN KELI TERSEBUT ADALAH SISA BUANGAN DAN BANGKAI TERNAKAN (DIANTARANYA, AYAM DAN BABI)

Tuesday, July 1, 2014

Ketabahan dan kelembutan hati seorang wanita bergelar "ISTERI"

Sila baca 2 cerita di bawah:



CERITA 1:
Isteri maafkan suami demi anak-anak

AAINA mencium tangan suaminya selepas selesai prosiding di Mahkamah Majistret Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Demi kasih kepada anak-anak, seorang wanita sanggup memaafkan suami yang memukul dan mengugutnya dengan pisau sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata pada bulan lepas.
Tindakan Aaina Azura Rosli, 30, menyebabkan Majistret Nik Habri Muhamad kelmarin membuat keputusan untuk melepas serta membebaskan Mohd. Zailani Kari, 30, daripada pertuduhan selepas tertuduh membayar kompaun RM100 kepada isterinya.

Cerita 2:
Isteri lari rumah tak tahan dipukul
Kuala Terengganu: Tidak sanggup menjadi mangsa belasahan suaminya selain kerap diugut, seorang wanita nekad melarikan diri dari rumah bagi mendapatkan bantuan dalam kejadian di Kampung Wakaf Beruas, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.20 petang ketika mangsa berusia 28 tahun menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dan suaminya.
Katanya, dalam pertengkaran itu, suspek berusia 28 tahun yang gagal mengawal kemarahannya memukul muka mangsa.
“Kemarahan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek bertindak memukul belakang badan mangsa menggunakan kayu menyebabkan wanita itu sakit di seluruh badan.
“Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, mangsa segera keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan bagi melarikan diri.
“Pada masa sama, mangsa menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan rumahnya dan meminta pemandu terbabit menghantarnya ke balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendakwa suaminya kerap memukul dan mengugutnya sebelum ini jika berlaku pertengkaran antara mereka walaupun ia membabitkan hal kecil.
Katanya, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek direman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Bukanlah niat saya untuk membuka keaiban orang, atau menghina seorang bergelar "suami"
Namun, itulah hakikat seorang wanita bergelar "isteri" yang berhadapan dengan pelbagai kerenah suami yang menyakitkan tubuh badan, hati dan perasaan, namun dia (isteri) masih dapat bertahan (sehingga ke satu tahap tertentu), demi satu ikatan suami-isteri, demi anak, demi mencari tempat berlindung....
Wahai "suami" termasuk saya, berfikir dan bertindaklah sebagai seorang suami yang mempunyai akal bistari yang bagus dan munasabah, rasa bertimbang rasa, menghormati seorang wanita bergelar "isteri", dan jangan lupa janji kita dahulu sebelum memperisterikan dia....

NOTA:
Mesej yang nak ditunjukkan daripada drama pendek berikut juga amat berguna, terutama tentang sikap kita sebagai :SUAMI":

video

Alangkah indahnya dan bahagianya jika sikap dan sifat berikut dapat dipupuk dalam hubungan suami-isteri...

video