Thursday, November 16, 2017

Sultan Abdul Halim KEDAH

Berikut video Filem Negara Malaysia tentang Pertabalan Sultan Abdul Hali sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959



Pada sekitar jam 2.30 Isnin 11 September 2017 Sultan Kedah telah mangkat.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat
Astro Awani | Diterbitkan pada September 11, 2017 18:23 MYT
   

Sultan Kedah mangkat pada jam 2.30 petang Isnin.
KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit pada jam 2.30 petang hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dalam satu sidang akhbar telah mengumumkan mengenai khabar dukacita itu di Wisma Darul Aman sekitar jam 6.30 petang tadi.

Menurut beliau, jenazah Almarhum akan disembahyangkan pada Selasa (12 September) jam 10.30 pagi dan seterusnya istiadat penghormatan terakhir di Istana Anak Bukit akan dimulakan pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Seterusnya, pengiringan jenazah akan melalui Lebuhraya Darul Aman, Jalan Tun Razak dan terus ke Makam Diraja Langgar untuk dimakamkan pada jam 4 petang.

Selain itu, Ahmad Bashah antara lain turut memberitahu, bendera Negeri dan Persekutuan serta bendera-bendera lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga mulai hari ini.

Tambah Ahmad Bashah, tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 September 2017.

Sementara itu, hari Selasa (12 September) juga diisytiharkan sebagai cuti kelepasan am, bagi seluruh negeri Kedah, kecuali bagi mereka yang menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Almarhum baginda dilahirkan pada 28 November 1927 ialah anakanda ketiga Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.

Monday, November 13, 2017

Agihan Faraid

Seseorang ada mengirimkan saya Kaedah Agihan Faraid. ianya amat berfaedah kepada orang Islam