Tuesday, May 26, 2015

Mengemuka Cadangan PhD

Salah satu proses yang perlu dilalui oleh para penyelidik yang ingin melakukan penyelidikan peringkat PhD atau Sarjana adalah dengan mengemukakan CADANGAN. Semasa Pengemukaan Cadangan, para penyelidik diharapkan dapat, antaranya:
1, Mengemukakan Tajuk penyelidikan
2. Pernyataan Masaalah
3. Skop Penyelidikan
4. Objektif
5, Manfaat Penyelidikan
6. Metodologi Penyelidikan
7.  "Milestone" atau kerangka tempoh jadual pelaksanaan penyelidikan.
Semasa pembentang Cadangan ini pula, tentunya pembentangnya (Penyelidik) memerlukan berikut daripada hadirin:
1. Cadangan penyesuaian tajuk dan semua perkara di atas
2. Halatuju penyelidikan
3, Cadangan membina dan bukan menghina
4. Memberikan pandangan berasaskan bidang kepakaran
5. Berkongsi pengalaman
6. Menganalis cadangan dengan tujuan membantu Penyelidik
7. Sesi santai yang tidak tertekan
Sesungguhnya, sesi Pengemukaan Cadangan juga adalah merupakan sesi pembelajaran dan "Majlis Ilmu." Dengan itu tertib Majlis Ilmu perlulah dijaga.




Friday, May 22, 2015

Kuliah Terakhir RMT 555...

Ini para pelajar Sarjana Sains Pengurusan Projek yang menghadiri kuliah terakhir saya (RMT 555: Legal Environment) pada semester ini pada 19 Mei 2015. Mereka seramai 17 orang. Selamat maju jaya yer semua...



Thursday, May 14, 2015

Ronda Melaka 12 Mei 2015

Pada 12 Mei 2015, saya dan sebahagian ahli keluarga sempat ronda-ronda Melaka:
1. Bertemu sahabat lama Sekolah Menengah Teknik Kuantan (sesi 1972-1973)
 Dengan sdra Osman Kadir
 Dengan sdra Karim
2. Makan malam

3, Menyusur sungai





Kak Lang Konvo

Pada pagi 13 Mei 2015, bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Lendu, Melaka, Kak Lang (Nur Izatul Asyiqem) menerima Diplomanya daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Seri Arshad Ayub. TAHNIAH, KAK LANG, KERANA TAMAT PENGAJIAN DIPLOMA (dan mendapat Anugerah naib canselor). Alhamdulillah....













video