Wednesday, December 31, 2014

Ibu Saya, MEK LIMAH AWANG, Dipanggil Pulang...

Pada sekitar 7 petang, Isnin, 17 Muharam 1436 (bersamaan 10 November 2014), ibu tercinta saya, MEK LIMAH BINTI AWANG, telah dipanggil pulang menghadap Allah SWT. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan cicit perempuannnya, Nori Sazwani, setelah mengucap Dua Kalimah Syahadat, dan beliau sendiri menghembus keluar nafasnya yang terakhir, sambil memejam mata, dalam keadaan yang  amat tenang. Tempat beliau menghembuskan nafas terakhir adalah di rumah kakak saya, Mek Gayah, di Kampung Temesu, Buketa, Thailand. SEMOGA ROH IBUNDA KU DICUCURI RAHMAT-NYA DAN DIAMPUNI SEGALA DOSANYA, DAN DITEMPATKAN DI JANNAH ATAS KEREDHOAAN ALLAH SWT.
NOTA: Para pembaca yang membaca kisah ini, dan/atau mengenali arwah ibi saya, dipohon menyedekahkan Alfatihah dan Selawat Nabi kepada beliau, dan memeaafkan segala kesalahan/kesilapan belaiu sepanjang hayatnya.... Aamiin...

Gambar tahun 1980: Bersama saya di kebun ibu saya di Kampung Chenulang, Kuala Krai.
(Atas) Gambar tahun 1995, semasa saya dan anak saya, Mustaqem (umor 5 tahun) mengunjungi rumah kakak saya, Mek Gayah (berdiri, bertudung putih), di Kampung Temesu, Thailand.

(Atas) Gambar tahun 1991, di hadapan Terminal Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, semasa saya dan isteri baru pulang daripada mengerjakan ibadat Haji.

Bersama cucu dan cicit beliau...


Jalan Utama Jeli-Gerik Terputus Akibat Banjir Disember 2014

Jalan Jeli, Kelantan ke Gerik, Perak, adalah satu-satunya jalan penghubung di sebelah utara, diantara Negeri-negeri di Pantai Timur dengan Negeri-negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. Banjir besar hujung Disember 2014 turut mengakibatkan sekurang-kurangnya satu tempat penting di laluan ini runtuh, dan hubungan terputus...




Laluan sementara yang sedang dibina (gambar pada 29 Disember 2014)



JKR perlu seminggu bina laluan sementara Gerik-Jeli
FARHANA JONI  |  24 Disember 2014 11:21 PM
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Jabatan Kerja Raya (JKR) menjangkakan kerja-kerja membina laluan sementara bagi menghubungkan Gerik-Jeli selepas berlaku runtuhan jalan malam tadi dapat disiapkan dalam seminggu.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan jalan raya sepanjang 30 meter dan sembilan meter lebar sehingga menyebabkan sebuah lori serta kereta terjatuh ke lubang sedalam 15 meter namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya, atas faktor keselamatan pihaknya telah menutup jalan tersebut kepada semua jenis kenderaan dari kedua-dua arah berikutan runtuhan tersebut.
“Kerja-kerja pembinaan laluan sementara itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga tujuh hari melibatkan penanaman ‘sheet pile’ di bahagian kiri jalan (dari arah Gerik) di atas jalan raya sedia ada manakala kawasan bukit di bahagian kiri akan dipotong bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang lebih teruk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/jkr-perlu-seminggu-bina-laluan-sementara-gerik-jeli-1.40444

Tuesday, December 30, 2014

Apa Maksudnya?

Diantara tanda insyarat lalulintas jalan adalah, "TIDAK BOLEH PUSING U"...

Namun, apa ertinya tanda ini, jika dibaca bersama tulisan di bawahnya?

Adakah ia bermaksud:
1. Tidak boleh Pusing U, tetapi larangan itu hanya kepada kenderaan ringan; atau,
2. Tidak boleh pusing U, dan pusing U hanya dibenarkan untuk kenderaan ringan sahaja?

Monday, December 29, 2014

Kesan Banjir Di Negeri Kelantan: 3

Gambar-gambar dan video-video berikut, yang diambil sekitar Negeri Kelantan, yang saya terima daripada pelbagai sumber dalam tempoh 26-28 Disember 2014, dapat menceritakan pelbagai perkara, dan memberikan pelbagai kesimpulan dan iktibar kepada kita...







Kesan Banjir Di Negeri Kelantan: 2

Gambar-gambar dan video-video berikut, yang diambil sekitar Negeri Kelantan, yang saya terima daripada pelbagai sumber dalam tempoh 26-28 Disember 2014, dapat menceritakan pelbagai perkara, dan memberikan pelbagai kesimpulan dan iktibar kepada kita...









Sunday, December 28, 2014

Kesan Banjir Di Sekitar Negeri Kelantan: 1

Gambar-gambar dan video-video berikut, yang diambil sekitar Negeri Kelantan, yang saya terima daripada pelbagai sumber dalam tempoh 26-28 Disember 2014, dapat menceritakan pelbagai perkara, dan memberikan pelbagai kesimpulan dan iktibar kepada kita...












Kesan Banjir 2014 Di Gua Musang: 2

Gambar-gambar berikut, yang diambil sekitar Gua Musang, Kelantan, yang saya terima daripada pelbagai sumber dalam tempoh 26-28 Disember 2014, dapat menceritakan pelbagai perkara, dan memberikan pelbagai kesimpulan dan iktibar kepada kita...