Friday, May 30, 2014

Hanya Sekadar Jenaka... Hang Tou Ah???

Pada suatu malam, seorang sahabat berkata kepada saya, "Aziz, mu tau tak, lima pahlawan Melaka tu adalah saudara mara Puteri Hang Li Po?"
"Eh, mu niih..". 
"Betul... Ceritanya begini":
Semasa keberangkatan Puteri Hang Li Po ke Melaka, bagi mengeratkan hubungan China-Melaka, Maharaja China juga memerintahkan 5 orang Guru Seni Silat taichi turut serta bersama Puteri Hang Li Po. Lima orang itu, yang juga memeluk Islam bersama-sama Hang Lee Poh (Puteri Hang Li Po), adalah,
Hang Tou Ah (yang nama Melayu Islamnya Hang Tuah),
Hang Chee Pat (Hang Jebat),
Hang Lee Kay (Hang Lekir),
Hang Kah Too Lee (Hang Kasturi),
Hang Lee Kiew (Hang Lekiu).
"Eh, biar betul mu ni.."
"Tak laaa... gurau jenaka ajer.... Aku ceritakan tu kepada murid-murid aku pada kelas petang yang banyak nak lena..."

Friday, May 23, 2014

Bengkel Penulisan Buku

Pada khamis 22 Mei 2014, bertempat di Bilik Persidangan CenPRIS, USM, Pulau Pinag, satu kursus penulisan buku telah diadakan oleh pihak ISDEV USM dan DBP. Alhamdulillah..banyak ilmu dan percambahan ilmu yang saya perolehi...







Sunday, May 18, 2014

THINKING OUT OF THE BOX?



THINKING OUT OF THE BOX means thinking outside the box (also known as “thinking out of the box or thinking beyond the box”) is a metaphor that means to think differently, unconventionally, or from a new perspective. This phrase often refers to novel or creative thinking. This phrase is also  means approaching problems in new, innovative ways; conceptualizing problems differently; and understanding our position in relation to any particular situation in a way we would never thought of before. It was commonly used since 1970s and 1980s.

Bahasa Maldesh?

Ungkapan "Maldesh" adalah hibrid kepada "Malaysia-Bangladesh". Orang Bangladesh di Malaysia ada yang menggunakan bahasa Maldesh ini..misalnya seperti di bawah...


Saturday, May 10, 2014

Kapal "SERAM"?

Kapal "SERAM"?????


Sibuk Persediaan Kenduri...

Berikut suasana kesibukan, keaktifan aktiviti, dan keletihan...para ahli keluarga dan sahabat handai yang membuat persediaan pada 2 Mei 2014, bagi kenduri menyambut dua menantu saya pada 3 Mei 2013 di rumah saya di Taman Wangi, Bandar Baru Gua Musang, Kelantan.








Demi Masa Depan Anak...

Mulai sekitar jam 7 pagi, 8 Mei 2014, perkarangan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM Pulau Pinang mula dibanjiri para bakal siswa dan ahli keluarga bagi sesi temuduga kemasukan pelajar ke beberapa Program Pengajian. Mereka datang dari pelbagai destinasi, jauh dan dekat, dengan satu tujuan utama: DEMI MASA DEPAN ANAK KESAYANGAN MEREKA...


Bayangkan: Jika telah mendapat tempat pengajian, mada ada diantara mereka yang..
1. Ponteng daripada pengajian;
2. Banyak terlibat dengan aktiviti yang memudaratkan pengajian;
3. Gagal dalam peperiksaan, pengajian, dll...
Oleh itu:
Wahai murid-muridku, ingatlah pengharapan dan susah payah, pengorbanan keluarga untuk kamu...  Jangan sekali-kali mensia-siakan harapan mereka.

Friday, May 9, 2014

Bawa RM5000, Kad Kredit dan Pasport Semasa Berjoging?


Pelajar Saya dan Kuizzzzzzzzzz...

Pada pagi khamis, 8 Mei 2014, saya mengadakan kuiz untuk 2 tajuk, bagi kursus RMK354 (Undang-undang Binaan)(Construction Law). Berikut gelagat mereka...
1. Kuiz dilaksanakan secara individu...


 2. Kuiz dilaksanakan secara berpasukan...





Sunday, May 4, 2014

Sikap "PELIK" Pemandu, Penunggang kita

Perhatikan sikap "PELIK" beberapa pemandu dan penunggang kita...


Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu

Pada 3 Mei 2014 (3 Rejab 1435), bertempat di rumah saya di Taman wangi, Gua Musang, Kelantan, saya sekeluarga mengadakan upacara majlis kesyukuran menyambut dua menantu (isteri anak lelaki saya, Mustaqem, dan isteri anak lelaki saya, Luqman Nulhaqem). Alhamdulillah..majlis berjalan lancar...
Berikut adalah pasangan Luqman Nulhaqem dan Liza, dan suasana majlis kesyukuran, dan para kaum kerabat sebelah besan saya dan sahabat handai kaum keluarga...









Majlis Sambutan Menantu

Pada 3 Mei 2014, bertempat di rumah saya di Taman wangi, Gua Musang, Kelantan, saya sekeluarga mengadakan upacara majlis kesyukuran menyambut dua menantu (isteri anak lelaki saya, Mustaqem, dan isteri anak lelaki saya, Luqman Nulhaqem). Alhamdulillah..majlis berjalan lancar...
Berikut adalah pasangan Mustaqem dan Iqa, dan suasana majlis kesyukuran, dan para kaum kerabat sebelah besan saya dan sahabat handai kaum keluarga...