Saturday, January 30, 2016

Masih Berminat Menyokong/Menyertai IS?



Masih Berminat Menyokong/Menyertai IS?
"IS" di sini merujuk kepada satu kumpulan militan Negara Islam (IS), dan dikatakan merupakan suatu kumpulan militan radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad. Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh yang ditangkap, penculikan, dan memenggal kepala petugas media dari negara luar.  Dikatakan bahawa matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama.

Cuba amati berita dan gambar-gambar berikut (yang dikirimkan kepada saya oleh seorang sahabat dari Jakarta):
Seperti dilaporkan oleh agensi berita AFP, terjadi siri letupan skitar Jakarta pada 13 Januari 2016. Terdapat 3 mayat dilihat terbaring di jalan besar di ibu kota itu selepas letupan. Seorang polis Jakarta menulis di Twitter yang satu letupan berlaku di hadapan sebuah pusat membeli-belah yang dikenali sebagai pusat membeli-belah Sarinah, Al Jazeera melaporkan.
AFP melaporkan sekurang-kurangnya 6 letupan kedengaran dan merosakkan pondok polis. "Saya melihat seorang pegawai polis ditembak betul-betul di depan saya," kata seorang saksi memberitahu TV One. Media berkata pondok polis di luar pusat membeli belah itu turut diletupkan. Penembak tepat polis dikerahkan bersama-sama ratusan pegawai keselamatan yang lain.
Satu letupan turut kedengaran di pinggir bandar barat Palmerah, menurut tweet yang dibuat media tempatan, tetapi polis berkata mereka tidak dapat mengesahkan letupan di sana.
Tembakan yang berlaku di luar sebuah Starbucks bertentangan pusat membeli-belah, dengan tembakan dilepaskan semasa polis bergerak ke tapak letupan.
Polis berkata, mereka mengesyaki pengebom berani mati bertanggungjawab bagi sekurang-kurangnya satu letupan dan terdapat 14 lelaki militan bersenjata terlibat dalam serangan itu, lapor Metro TV.






video

Kawasan terlibat adalah seperti berikut:



Jika anda masih berminat menyokong atau menyertai IS, setelah melihat dan meneliti berita di atas, sila justifikasikan jawapan anda terhadap soalan-soalan berikut:
1. Apakah agama yang anda anuti? Jika anda menjawab, "Islam" misalnya, berikan nas (Al Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qiyas) yang "mengizinkan perbuatan/perjuangan IS seperti di atas.
2. Adakah anda mempunyai sifat insani (kemanusiaan waras)? Jika anda menjawab, "Ya", maka adakah seorang manusia waras tergamak dan sanggup memusnahkan harta dan nyawa orang lain.
3. Adakah anda mempunyai sahabat dan sanak saudara (ahli keluarga)? Jika jawapannya, "Ya", ada kemungkinankah terdapat sahabat atau ahli keluarga anda juga mendapat implikasi buruk daripada perbuatan anda (kehilangan nyawa, kecederaan, kehilangan harta, reputasi, masa depan, perniagaan, dan sebagainya)
4. Adakah anada mempunyai Objektif terhadap perjuangan anda? Jika jawapannya, "Ya",  maka Objektif anda sebenarnya adalah: "seronok untuk melihat kesengsaraan oraang lain...."
5. Adakah anda "Waras"? Jika jawapan anda adalah,"Ya", maka saya katakan bahawa tahap ukuran "waras" anda adalah "0" (kosong), atau - (negatif).
Insaflah, jika anda seorang yang berpegang kepada ajaran agama, mempunyai sifat insani, mempunyai objektif dan waras.  Bahawa anda telah terpesong. Beristighfarlah dan kembalilah ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka, selagi anda ingin "mengetuknya" pada waktu anda masih bernyawa...

Tuesday, January 26, 2016

Kenduri Sahabat

Pada 23 Januari 2016, seorang sahabat mengadakan kenduri walimatul urus. Kenduri ini unik kerana disediakan pasukan muzik "irama padang pasir" secara terus.







Sunday, January 24, 2016

Lori Hantu Dicuri Hantu Dan Mengakibatkan Kemalangan

Pada 13 Januari 2016, sekitar jam 1 petang, senuah "lori hantu" telah melanggar tiga kenderaan dan 15 motosikal di hadapan SMK Bandar Damai Perdana, Kajang, Selangor. Rempuhan lori tersebut mengakibatkan dua pelajar perempuan  tersepit di bawah sebuah van yang remuk dilanggar lori hantu tersebut. Dua wanita lain yang kebetulan berada di situ juga mengalami kecederaaan.









Terdapat berita yang menyatakan bahawa loro hantu tersebut dicuri oleh seseorang sebelum kemalangan berlaku.


NOTA: Istilah "lori hantu" merujuk kepada lori yang tidak dilesenkan (tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insurans) untuk kegunaan atas jalan raya, dan biasanya digunakan di jalan tanah merah, jalan balak, jalan perlombongan, jalan ladang dan seumpamnya. 

Thursday, January 7, 2016

JERING Dah Kembali Popular

Jering kini kembali popular...

Ini, jering rebus, makan dengan kelapa parut bergaram gula:


Kepelbagaian kegunaan jering...

video