Friday, August 29, 2014

Membina Risiko Sendiri

Cuba perhatikan lima beranak ini, yang sedang berjalan dengan santai di atas jalanraya, walhal terdapat laluan penjalan kaki yang selesa dan agak luas. Inilah contok perbuatan dimana kita sendiri "membina" atau menwujudkan risiko buruk (dilangar kenderaan)....


Makan Jangan Tamak

Kini semakain banyak tempat makan yang memperingatkan atau mengingatkan para pelanggan supaya makan tanpa membazir (mengambil makanan berlebihan dan meninggalkan banyak baki makanan). Contonya, dua hotel berikut:


Walaupun dalam nada berbeza, namun tujuannya adalah sama. malah di sebahagian tempat, para pelanggan yang meninggalkan sisa makanan secara membazir akan dikenakan surcaj (diarahkan membayar harga lebihan makan tersebut). Cara itu amat dialu-alukan kerana pelakunya (pelanggan) seorang yang tamak, tak kisah hal pembaziaran...

Bukankah membazir itu AMALAN SYAITAN?

Saturday, August 23, 2014

Rumah Terbuka@Hari Lahir Anak Bungsu

Hari ini, 23 Ogos 2014,  kami sekeluarga dan sahabat handai serta sanak saudara memeriahkan Hari Terbuka Sempena Hari Raya bersama dengan Majlis Menyambut Hari Lahir anak bungsu kami, Nur Iqhma Asyiqem. Berikut gambar-gambar kemeriahan berkenaan...
 






 



video

Gambar pada 28 Feb 2015 semasa membantu Kak Lang berpindah menyambung belajar di Puncak Alam




Friday, August 22, 2014

Diantara BAHASA, TUJUAN, dan TAFSIRAN

Perlulah diberikan perhatian juga perkara-perkara berkaitan BAHASA, TUJUAN, dan TAFSIRAN (translation), agar ianya selaras...
Cuba teliti NOTIS ini:

Jangan buang tisu ke dalam tandas?

Berikut adalah gambar sebuah tandas di dalam bilik sebuh hotel di Bangi, Selangor. Betul ker arahan ni.... Jangan buang tisu ke dalam tandas?



Wednesday, August 13, 2014

Jamuan Raya

Pada tengah hari 13 Ogos 2014 (17 Syawal 1435), diadakan jamauan raya di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM, Pulau Pinang. Berikut suasana jamuan (dan keraian persaraan Prof Abdul Ghani) yang dibuat dengan santai..












Sunday, August 10, 2014

Kerana WANG..Kerana Cicak Tokek... Kerana Tamak

Kerana WANG, apa sahaja boleh berlaku..Kerana Cicak Tokek, sampai begini berlaku... Kerana Tamak, ia berlaku? Kerana tiada nilai kemanusiaan?????



Hilang nyawa angkara cicak tokek
SHAH ALAM - Misteri kematian seorang pemuda yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa bunuh angkara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa Syairul Helmy Azhar, 24, dibunuh dalam satu komplot yang disyaki turut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang didakwa pemilik cicak itu.
Mangsa mati dengan mempunyai kesan tembakan di bahagian rusuk kanan.
Menurut beliau, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek tersebut dan mencari pembeli yang berpotensi.
Bagaimanapun, mangsa kemudian didapati cuba melarikan diri bersama cicak tokek itu. Ini menyebabkan, wanita itu mengupah orang lain untuk mencari mangsa sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dibunuh.
"Susulan kejadian itu, polis menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun secara berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak antara 1 September sehingga hari ini (semalam).
"Polis kemudian menahan pemilik cicak tokek tersebut iaitu seorang wanita berusia 60 tahun di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi tadi (semalam)," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm (11 Sept 2013)

2 dituduh bunuh penjaga cicak tokek
KUALA SELANGOR 13 Sept. - Dua lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pemuda yang mayatnya ditemui dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.
Kedua-dua tertuduh ialah Rosmady Rosman berasal dari Kuang, Rawang dekat sini dan Azman Ismail dari Jeram di sini, yang masing-masing berusia 38 tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada pukul 7 pagi 30 Ogos lalu di hadapan rumah Lot 4225 Jalan Rezab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram di sini telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Syairul Helmy Azhar, 24.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Prosiding dijalankan di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim manakala Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munirah Mansor sebagai pihak pendakwaan.
Selepas kertas pertuduhan selesai dibacakan, mereka yang tidak diwakili peguam mengangguk faham terhadap dakwaan yang dihadapi namun tiada pengakuan direkodkan.
Shah Wira kemudian menetapkan 25 Oktober ini sebagai tarikh sebut semula kes.



Fakta Untuk Diingati

Berikut satu FAKTA menarik untuk diingati...



Kemalangan pertama di jambatan kedua
Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2014


  • Kemalangan kecil selepas plaza tol.
NIBONG TEBAL - Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.




Kebaikan Berpuasa

Artikel berikut amat menarik untuk diambil iktibar dan keinsafan betapa bamyaknya hikmah berpuasa....