Saturday, February 28, 2015

Kak Lang Sambung Belajar

Pada 28 Februari 2015, Kak Lang (Nur Izatul Asyiqem) menyambung kursus ijazahnya di UiTM Puncak Alam, Selangor. Beberapa ahli keluarga turut membantu Kak Lang "berpindah sementara" ke sana. Berikut sekitar kampus dan tempat penginapan Kak Lang. Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih banyak-banyak kepada UiTM...





ABAH DOAKAN SEMOGA KAK LANG CEMERLANG DALAM PENGAJIAN DAN KEHIDUPAN. ABAH AKAN SENTIASA MEMBANTU KAK LANG, SELAGI MASIH TERMAMPU DAN SELAGA ABAH MASIH ADA DI ALAM INI. INSYAALLAH...

Thursday, February 26, 2015

Bermulanya Sesi 2014/2015 Semester 2

Mulai 23 Februari 2015, maka bermualah Semester 2, Sesi 2014/2015. Diantara kulain yang saya (dan dr Zul Zakiyuddin) kendalikan adalah kursus RMK354 (Undang-undang Pembinaan) yang kuliah pertamanya pada 26 Februari 2015. Berikut gelagat permulaan kuliah (dan masih ramai pelajar yang belum sampai) (sekitar jam 10.10 pagi):
 
Dr Zul Zakiyuddin sedang memberikan taklimat awal kursus

Sunday, February 22, 2015

Kegigihan Polis Trafik

Biasanya, dimusim perayaan atau cuti panjang, kadar bilangan kenderaan yaang menggunakan jalan raya akan meningkat berbanding hari biasa. Maka biasanya wujudlah segelintir pemandu/penunggang yang "menyumbang" kepada kemalangan jalan raya, dimana salah satu faktor/penyebab yang dikenalpasti adalah memandu/menunggang (terutama motosikal berkuasa tinggi) laju. Salah satu cara berkesan mengatasi/menguranginya adalah melalui kuatkuasa undang-undang, dimana salah satu caranya adalah melalui tindakan menyaman pelaku melebihi had laju. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa, termasuk seperti yang dipaparkan di bawah (yang memaparkan kegigihan mereka):






Kecelaruan Hujah. Celaru Pemikiran?

Para pembaca boleh menilai sendiri tentang hujahan "orang" yang berpidato ini. Cuma saya ingin bertanya: Adakah ini contoh Kecelaruan Hujah. dan/atau Celaru Pemikiran?

video
JIKA DIA TIDAK BERCELARU FIKIRAN)(gila)....Kita doakan agar "orang" ini diberikan hidayat oleh Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan agama Islam yang kita amat sanjungi....

Perumahan (Program Perumahan Rakyat)(PPR) Gua Musang

Pihak berkuasa bercadang mengagehkan sebahagian unit perumahan (Program Perumahan Rakyat)(PPR)(Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) berikut kepada mangsa banjir di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan. Perumahan ini (berjumlah 1000 unit, dan terdapat pasar, komplek kemudahan awam, surau, taman dll) terletak di kawasan Bandar Baru Gua Musang.:
NOTA: Sehingga tarikh blog ini ditulis (22 Mac 2015), perumahan ini masih tiada penghuni. Tak silap saya, ia sudah siap lebih setahun yang lalu.









Kenduri Yasmin

Berikut suasana kenduri anak sepupu, anak kepada Yasmin Hussin dan Mahmud di Kangar, Perlis pada 19 Mac 2015:

















Kenduri Perkahwinan Anak Wan Sufian, Di Pulai Chondong, Kelantan

Pada tengah hari 21 Mac 2015 saya dan beberapa sahabat lama bekas penuntut Sekolah Menengah Teknik Kuantan sesi 1972/1973 mengunjungi kenduri Wan Sufian di Pulai Chondong, Machang, Kelatan. Berikut suasana kemeriahan kami....

Dari kiri: Izaman, Hamzah Hasan, Ashaari, Nawi, Kamarudin, saya, Aziz Jusoh
Kanan: Abdullah Hasan





Monday, February 16, 2015

Membangunkan Semula Penempatan Mangsa Banjir

Salah satu cabaran utama pihak berkuasa selepas banjir (kini disebut "pasca" banjir) adalha membangunkan semula penempatan mangsa banjir. Dengan lebih tepat, menyediakan tempat tinggal yang sesuai ditempat yang sesuai kepada mangsa banjir. Di sni Kaedah 4M (Manusia, material, Money (kewangan), dan Metod) adalah fokusnya.
Siapakah yang kana menyediakan tapak (tanah)? dan di mana yang sesuai?
Siapakah yang akan perlu diberikan keutamaan dahulu?
Dana kewangan ditanggng oleh siapa dan kadar tanggungannya
Kaedah pembangunannya:
Bahan dan alatan pembinaannya?
Dan sebagainya...
(Utusan Malaysia, Isnin 16 Februari 2015)

Thursday, February 5, 2015

Kecanggihan Masjidil Haram Moden

Seorang sahabat mengirimkan video ini. Ia menggambarkan salah satu kecanggihan Masjidil Haram era moden, iaitu penutup (bumbung)nya:

video
Kalau hendak tahu cerita lebih mendalam tentang Masjidil Haram dan Ka'abah, bacalah buku berikut:


Berikut juga adalah pemandangan Masjidil Haram: