Monday, October 26, 2015

"HAK" (?) Setinggan

Setinggan pun ada hak?


Di atas adalah cabutan dari buku, Abdul Aziz Hussin. 2015. Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Edisi Ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, di hlm. 10-11.

Thursday, October 22, 2015

Haiwan Aneh. ANEHKAH CIPTAAN INI?



Pada 7 Oktober 2015, pihak berita Agensi melaporkan bahawa penduduk di sebuah kampung terpencil di wilayah Sisaket, Thailand gempar selepas seekor anak kerbau yang baru dilahirkan mempunyai kepala seperti buaya. Haiwan itu mempunyai sisik yang tebal seperti buaya, tetapi mempunyai badan dan kaki kerbau. Haiwan ganjil itu dilahirkan kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.
 
 

video


Syaikh Abu Yazid al-Bistami ditanya oleh seseorang, “Mengapa Allah menciptakan makhluk?
Beliau menjawab, “Allah menciptakan makhluk untuk menunjukkan kekuasaan-Nya; Dia memberikan rezeki kepada mereka untuk menunjukkan kemurahan-Nya; Dia menghidupkan mereka untuk menunjukkan kebesaran-Nya; Dia mematikan mereka untuk menunjukkan keperkasaan-Nya; Dia menghitung amal mereka untuk menunjukkan keadilan-Nya; Dia memasukkan mereka ke dalam syurga untuk menunjukkan karunia dan kasih sayang-Nya; Dia memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka untuk menunjukkan murka dan azab-Nya.” 


Sunday, October 11, 2015

Kemalangan Yang Berlaku Secara Malang (Accident by Accident/Misfortune)

Satu kemalangan jalanraya yang berlaku secara malang (road accident by accident/misfortune) telah berlaku pada sekitar 6.35 pagi, Sabtu 10 Oktober 2015, iaitu seperti berikut:

Sebuah apabila lori kontena yang menuju arah utara dilanggar dari belakang oleh sebuah lori lain menyebabkan lori kontena itu terbabas dan melanggar tiang papan tanda ysng terletak di pembahagi jalan. Kejadian berlaku di KM399.6 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Tanjung Malim, Perak, sehingga mengakibatkan struktur papan tanda tersebut  tumbang, dan akibatnya, berlaku satu kemalangan jalanraya yang berlaku secara malang, dimana struktur papan tanda tersebut jatuh menghempap ke atas sebuah kereta yang datang dari  arah selatan. Pihak PLUS Berhad memaklumkan tiga mangsa maut dilokasi, dua lelaki dan seorang perempuan (pemandu, penumpang kereta).
Menurut hebahan laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),  kejadian tersebut menyebabkan semua lorong terhalang di kedua-dua arah. Trafik terhenti  sepanjang 2 kilometer menghala lokasi di kedua-dua arah. 








NOTA:
Mereka yang terbunuh kerana malang (by misfortune) itu adalah Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, isteri beliau, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.


Itu luahan Zainal Alam Kamaruzzaman, 56, adik kepada Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang terbunuh apabila kereta yang dinaikinya dihempap papan tanda selepas struktur itu dilanggar sebuah lori kontena di KM399.6 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Tanjung Malim, pagi Sabtu. Turut terkorban dalam kejadian 6.35 pagi itu ialah isteri Dzulkarnain, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Itu luahan Zainal Alam Kamaruzzaman, 56, adik kepada Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang terbunuh apabila kereta yang dinaikinya dihempap papan tanda selepas struktur itu dilanggar sebuah lori kontena di KM399.6 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Tanjung Malim, pagi Sabtu. Turut terkorban dalam kejadian 6.35 pagi itu ialah isteri Dzulkarnain, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Saturday, October 10, 2015

Semoga Allah Menghimpunkan Allahyarham Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Sebagai Salah Seorang Ahli Syurga...



Pihak agensi berita BERNAMA melaporkan pada 9 Oktober 2015, bahawa pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13.5 (iaitu di Renok Baru) Jalan Gua Musang-Kuala Krai, sekitar jam 8.45 malam. Beliau dan muridnya dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kampung Lakloh, Kuala Krai untuk membuat persiapan majlis penyerahan 11 rumah bantuan banjir yang dijadual dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed keesokan harinya. Dilaporkan bahawa kejadian itu berlaku membabitkan tiga kenderaan termasuk Perodua Myvi yang dipandu mangsa, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan Proton Saga mengorbankan Mohamad Suhaily Yusri, 42, manakala tiga cedera dan enam yang lain tidak mengalami kecederaan termasuk kanak-kanak dua beradik.
Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah adalah Pengerusi Jawatankuasa Bencana ResQ UPSI. Beliau berasal dari Kampung Wakaf Bunut, Limbongan, Pasir Puteh.




Mayat Prof Dr Mohamad Suhaily Yusri dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat, dan dituntut keluarganya awal pagi 10 Oktober 2015, dan telah dikebumikan di kampungnya di Pasir Puteh.



Saturday, October 3, 2015

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Abang Musa

Pada tengah hari sabtu, 3 Oktober 2015, diadakan Majlis Kenduri sempena perkahwinan anak perempuan sahabat saya, Musa dan Kak Nah di Dewan Perbandaran, Sungai Petani. Alhamdulillah majlis meriah dan berjalan lancar...

Thursday, October 1, 2015

Nasib Jambatan Setelu, Jalan Gua Musang-Jeli. Nasib Pengguna...

JAMBATAN SETELU: Pada akhir Disember 2014, jambatan berkenaan, yang gah berdiri, telah musnah terus akibat dilanggar kederasan air yang membawa bersamanya batang-batang kayu besar yang menerjahnya...

Pada pertengahan tahun 2015, jambatan sementara yang berharga hampir RM1 juta telah siap dibina. Ia adalah besi jambatan satu lorong. Apapun, ia amat melegakan penduduk setempat dan juga pengguna jalan berkenaan, walaupun ada juga dilaporkan kenderaan yang menjunam ke dalam sungai (tetapi bukan semasa menggunakan jambatan sementara, tetapi kerana pemandunya tidak menyedari bahawa jambatan asal telah "hilang")
Namun, pada 1 Oktober 2015, paras air mula naik dan jambatan berkenaan hilang tenggelam sekejap, tapi alhamdulillah telah "wujud" semula...





Di bawah ini pula gambar bahagian jambatan yang runtuh, yang makin melebar. Gambar dirakam seorang sahabat pada 3 Oktober 2015:


Semoga... jambatan tersebut terus wujud...dan jambatan kekal yang dijanjikan akan dibina, ...dapat dibina (dan disiapkan) segera...