Contohnya, kita terbaca, atau diberitahu, "ADA KEMALANGAN KERETA, TAYAR PECAH!"
Apakah KEPUTUSAN (kesimpulan) kita atas cerita tersebut?
1. Pemandu cuai, sehingga berlaku kemalangan, sehinggakan tayar kereta tu pun pecah.
2. Kemalangan tersebut amat dahsyat, sehinggakan tayar kereta tersebut pecah.
3. Tayar kereta tersebut telah pecah, dan akibat daripadanya, berlaku kemalangan
Dan, pelbagai lagi KEPUTUSAN kita.
Namun, jika kita menyelidik FAKTA secukupnya, mungkin KEPUTUSAN KITA MENJADI BERBEZA, misalnya, dan rupa-rupanya...
TERDAPAT LUBANG BESAR DI ATAS JALAN (YANG BERLAKU AKIBAT MENDAPAN MENDADAK), DAN PEMANDU BERKENAAN TIDAK SEMPAT MENGELAK, KERANA LUBANG BERHAMPIRAN SELEKOH TAJAM, DAN TAYAR KERETA TERJUN KE DALAM LUBANG, DAN PECAH, DAN KEMUDIAN KERETA TERSEBUT TERLANGGAR BONGKAH BATU BESAR DI TEPI JALAN YANG BARU JATUH DARI LERENG BUKIT.
Itu la... Lain kali, sebelum kita membuat keputusan, misalnya nak berdemonstrasi ka...nak mogok tak mau makan ka... tak mau masuk peperiksaan ka... nak tangkap orang ka....nak pukul anak ka...dan lain-lain, dapatkan fakta secukupnya....Sebab amat dibimbangi kita MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SALAH, dan kesannya, KITA TELAH MENZALIMI ORANG LAIN.
Video berikut ini amat berguna untuk kita jadikan GARIS PANDUAN ASAS, termasuk dalam mencari dan menyimpulkan FAKTA:
No comments:
Post a Comment