Wednesday, August 30, 2017

Viva Voce PhD Narges Ahghar

Pada selasa pagi, 29 Ogos 2017. telah diadakan sesi viva voce seorang calon PhD, iaitu Puan Narges Ahghar, dari Iran. Saya sebagai Pemeriksa Dalamannya. Dia seorang arkitek. Alhamdulillah beliau lulus dengan sedikit pembetulan.
Gambar-gambar berikut menceritakan peristiwa tersebut:








Thursday, August 17, 2017

Akhirnya...Nafiu BERJAYA

Pada khamis, 10 Ogos 2017, pelajar PhD saya, Nafiu Abdullahi Zadawa, seorang pensyarah sebuah universiti di Nigeria, telah lulus viva voce tesis PhDnya. Alhamdulillah. Saya adalah Penyelia Utamanya, dan dibantu oleh Dr Atasya sebagai Penyelia Bersama. Gambar-gambar berikut menceriatakan situasi tersebut...





Jering Relong

Pernah makan jering?
Kebanyakan jering dimakan begitu saja sebagai ulam (cicah budu atau sambal). Ada juga direbus dan dimakan bersama kelapa parut bergula, sebagai makanan ruji.
Namun jarang yang dibuat jering relong....iaitu proses merendam jering tua  di dalam pasir atau tanah basah sekitar 3 atau 4 hari. Baunya? Fuh..menyengat hidung, tapi SEDAP..