Monday, April 14, 2014

Pembelajaran Melalui Konsep "STUDIO"

Salah satu keunikan kaedah pembelajaran di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia adalah pembelajaran melalui konsep "STUDIO", dimana para pelajar didedahkan dengan pemakaian sebenar apa yang diajarkan dalam kuliah, termasuk subjek berkaitan undang-undang binaan. Berikut gambar-gambar ragam para pelajar kursus Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan (bagi Studio RMS303: Segmen Undang-undang):










Saturday, April 12, 2014

Apakah yang tersirat????

Pada petang 6 April 2014, saya sempat bersiar-siar sekitar pekan Kuah, Langkawi, dan tersua dengan yang berikut....yang terletak di jambatan Sungan penarak (Jalan Penarak)



Persoalan:
1. Apakah yang tersirat yang hendak disampaikan?
2. Apakah pihak-pihak berkenaan, seperti pihak berkuasa agama Islam (Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Majlis Perbandaran Langkawi sedra tentang hal ini dan kesan daripadanya?
3. Bolehkah pihak-pihak tertentu memadamkannya? Atau nak dijadikan "produk dan aktiviti pelancongan" di Langkawi?
FIKIRKAN DAN BERTINDAKLAH DEMI MEMPERTAHANKAN AKIDAH ISLAM.
LAGI PUN PERBUATAN ITU ADALAH PERBUATAN LAKU-MUSNAH (VANDALISM), KAN?

ROSLY, sahabat lamaku...

Pada pagi 12 April 2014, saya berkesempatan mencari dan bertemu dengan salah seorang sahabat lama saya semasa kami rakan setingkatan di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan pada tahun 1972-1973. Setelah tamat persekolahan, kami terputus hubungan dan cuma mulai awal tahun 2014 saya dapat bertemu dengan sahabat ini, iaitu ROSLY ISMAIL Pada masa gambar ini diambil, beliau adalah pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kangar. beliau mempunyai 4 anak, namun semuanya sudah "merdeka" kecuali anak perempuan bongsunya yang berumur 14 yang masih tinggal bersamanya. Isterinya sudah lebih 12 tahun lalu meninggal dunia.... Saya doakan semoga saudaraku Rosly terustabah, aman dan sejahtera serta diberkati Allah (swt) sepanjang sisa kehidupan yang dilalui....
Sebelum berpisah, kami berpelukan, dan saling mengucapkan salam kemaafan dan saling memaafi...sebab antara kami berdua, kami tak tahu siapa yang terlebih dahulu akan dipanggil Ilahi....


Kursus MENMAFAATKAN KELEBIHAN DIRI UNTUK DIRI DAN ORGANISASI

Pada 10-12 April 2014, saya melaksanakan ceramah dan bengkel berjodol MENMAFAATKAN KELEBIHAN DIRI: UNTUK DIRI DAN ORGANISASI, di Hotel Seaview, Langkawi.
Kursus dianjurkan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia, dan dihadiri oleh para penjawat badan-badan berkanun pelbagai peringkat daripada UTHM, FINAS, PDC, LTAT dan MPOB.

Modul kursus ini termasuklah yang berikut:
KEUNIKAN DAN POTENSI KITA
SWOT
KERJA BERPASUKAN
EKSPLORASI 4W1H, JUSTIFIKASI
PEKERJA BERPENGETAHUAN DAN IKHTIAR
PENTERA DAN RELEVAN
MEMANNFAATKAN MASA, TEMPOH DAN TEMPAT
TRASFORMASI DIRI
KELEBIHAN MINDA KITA
KONSEP "MUNASABAH" DAN "BUDIBICARA"
HALANGAN PADA DIRI KITA