Saturday, February 22, 2014

Berkongsi kekayaan Negara Dengan Penjenayah?



Berita berikut amat menarik kepada banyak pihak, termasuk saya:

Harta karun RM6.58 bilion diburu

                                                                                     Estavao de Gama


KULAIJAYA – Selepas lima kurun tenggelam di Selat Melaka dekat Aceh, Indonesia, kapal dagang Flor de la Mar yang mengandungi khazanah dianggarkan AS$2 bilion (RM6.58 bilion) kini menjadi buruan pencari harta karun.
Kapal tersebut dipercayai tenggelam ketika membawa khazanah yang dirampas daripada Kesultanan Melaka yang jatuh ke tangan penjajah itu pada tahun 1511.
Khazanah tersebut meliputi 22 peti wang emas dan perak, dua patung monyet emas bertatah batu permata yang dihadiahkan oleh kerajaan Thai kepada Melaka serta pelbagai manuskrip.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan bagi mengetuai eksplorasi untuk mencari harta karun itu.
Beliau berkata, projek pengapungan kapal dagang Portugis itu akan menelan belanja AS$30 juta (RM98.7 juta).
Katanya, ia akan dilakukan secara bersama oleh tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Portugal dan perkara itu telah diusulkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

PERSOALAN:
1. HARTA YANG AKAN DICARI ADALAH HARTA KARUN
2. ASAL USUL HARTA KARUN INI SUDAH DIKENALPASTI: DARIPADA HARTA KESULTANAN MELAKA
3. HARTA KARUN ITU HASIL PENJARAHAN, PEMBUNUHAN, PEROMPAKAN YANG DILAKUKAN OLEH PENJAJAH (PENCEROBOH), IAITU PORTUGIS
3. IA MENJADI "HARTA KARUN" DAN TERSADAI DI PERUT LAUT AKIBAT KAPAL YANG MEMBAWANYA TELAH TENGGELAM.

JADI:
1. KENAPA PERLU "DIKONGSIKAN" HARTA KARUN ITU DENGAN PENJARAH/PENCEROBOH (PORTUGIS)?
2. IA PERLU MENJADI HARTA NEGARA MALAYSIA
3. JIKA PUN NEGARA INDONESIA TERLIBAT, ITU KERANA KAPAL BERKENAAN TERSADAI DI DASAR LAUT DALAM WILAYAH INDONESIA, TETAPI ASALNYA BUKAN HARTA NEGARA INDONESIA. 
4. JIKA PUN PORTUGIS TERLIBAT DALAM PENCARIAN DAN PENEROKAAN, ITU MUNGKIN KERANA "MAKLUMAT" KEDUDUKAN KAPAL BERKENAAN TENGGELAM.
JADI PERKONGSIAN HASIL PENCARIAN PERLULAH ATAS DASAR ITU SAHAJA.

Monday, February 17, 2014

Santai-santai kenduri...

Ni beberapa lagi gambar santai-santai kenduri sempena perkahwinan Abang Cik ngan Ika di Semenyih, pada 15 Februari 2014:






Gelagat pengantin baru...

Pada petang sabtu, 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1435), berlangsung Majlis Persandingan sempena perkahwinan Abang Cik (Mustaqem) dengan Nur Afiqah Zolkarnain di pihak pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor. Alhamdulillah majlis berjalan meriah... Lihat la gelagat pengantin baru ni...






Gelagat Sambutan Pengantin Lelaki (Abang Cik)

Pada petang sabtu, 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1435) berlangsung Majlis Persandingan sempena perkahwinan Abang Cik (Mustaqem) dengan Nur Afiqah Zolkarnain di pihak pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor. Alhamdulillah majlis berjalan meriah...
Berikut gelagat sambutan pengantin lelaki...Ada tol, ada pantun, ada kompang, he he he.. Untuk memeriahkan dan mengeratkan hubungan dua keluarga, dan sahabat handai.. Baguzzzz...






Majlis Kenduri Perkahwinan Abang Cik

Pada petang 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1435) berlangsung Majlis Kenduri perkahwinan Abang Cik (Mustaqem) dengan Nur Afiqah Zolkarnain di pihak pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor. Alhamdulillah majlis berjalan meriah...
Terima kasih kepada semua yang dapat hadir memerihakan majlis tersebut. Ini gambar -gambar sebahagian daripada hadirin-hadirat:










Sahabat-sahabat lama

Pada petang 15 Februari 2014, sabtu, bertempat di Taman Semenyih Indah, Selangor, ditakdirkan Allah saya diketemukan semula dengan 4 sahabat lama saya. Alhamdulillah.. kami masih dapat mengekalkan hubungan baik...

Dari kiri, Zawawi, Dahuri, Zulkifli dan Zaki

Saturday, February 8, 2014

Berhati-hati...

Berikut satu email yang saya terima awal hari ini, 9 Februari 2014:

Perhatikan:
1. Ayat yang digunakan, seperti dialihbahasa dan nampak tergesa-gesa;
2. Pengirimnya: ROSHILAWATI BINTI ABD LATIF, dengan dihujungnya terdapat alamat,
[prueba@ofb.gov.co], TETAPI setelah saya semak, alamat email yang sebenar bagi pengirim bernama
ROSHILAWATI BINTI ABD LATIF adalah roshilawatibintiabdlatif@yahoo.com.my
HATI-HATI YER...
DENGAN SENANG KER ORANG NAK BAGI SEBANYAK TU???  Ha ha ha ha...

HARAP PIHAK BERKUASA BERKAITAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA.

Thursday, February 6, 2014

Hukum Pemakaian Inai Bercorak

Sekarang ini banyak juga kita dapati wanita Islam memakai inai bercorak, terutama bagi majlis perkahwinan. Ada pelabagai hujah di sisi hukum Islam yang say dengar. Namun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.