Monday, February 25, 2013

Kuah kari sardin

Diantara makanan kegemaran saya adalah capati dan roti nan.
Salah satu kuah yang saya amat minat semasa makan  capati dan roti nan adalah kuah  kari sardin (ikan). Kalau nak makan  capati dan roti nan, kena la pergi ke kedai/warung  capati dan roti nan, kan? Tapi, kalau malas nak pergi, boleh juga beli  capati dan roti nan dan masak/goreng sendiri.
Masaalahnya, macam mana nak dapatkan kuah kegemaran, kuah kari sardin???? Tak kan nak pergi ke kedai roti canai dan,..."Nak beli kuah kari sardin, boleh, mamak?"
Jadi, macam mana nak selesaikan masaalah ni? Emm, buat sendiri la wey...
Semalam, 25 Februari 2013, saya belajar buat kuah kuah kari sardin daripada seorang "Mami"... Ha, ni la resepinya...

Bahan-bahan dan caranya:
Bawang merah (dimayang halus), bawang putih (dimayang halus), biji sawi, halba, jintan manis dan daun kari ditumis dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan rempah kari ikan
Masukkan sardin ikan yang telah dihancurkan sedikit. Masukkan bawang besar yang dah dipotong besar. Masukkan sedikit gula dan garam.
Boleh masukkan sedikit santan, jika suka.

Saya dah buatnya malam tadi. Emmm...sedaaap...
Anakanda abah dengan gelaran "Abang Cik" yang suka memasak tu, nak cuba?

Ni gambarnya...

No comments:

Post a Comment