Thursday, July 18, 2013

Pekerjaan HALAL, tapi gaji HARAM?

Awal pagi ni, 19 Julai 2013, sebaik tiba jer di pejabat sekitar jam 6.50 pagi, tetiba hati saya menjadi sayu sangat...  Hati tetiba terimbau peristiwa saya hadir satu mesyuarat di sebuah organisassi, pada pagi semalam 18 Jun 2013. Pada hujung mesyuarat tersebut, saya mencadangkan, antara lain,

"Tuan Pengerusi, elok kita kerapkan lagi mesyuarat kita ni sebab nampaknya banyak perkara yang memerlukan keputusan kita dengan segera...".

Maka kebanyakan ahli mesyuarat bersetuju. Kemudiannya Pengerusi mesyuarat menanyakan,

"Bila hari sesuai untuk kita bermesyuarat?".

Saya mencadangkan pada petang jumaat, iaitu selepas solat jumaat dan selepas ofis memulakan semula operasi sesi petang (sebab di negeri tersebut, hari jumaat adalah hari bekerja). Maka ramai ahli yang merungut dan ada yang terang terangan membantah. Apabila ditanya, "Kenapa membantah?", maka ada yang menjawab, "Nak balik la...", "Ada hal sendiri la.."Eh eleh, petang jumaat dah mood nak rehat hujung minggu la...", "Nak buat hal famili, personnal la..", dan ada yang senyummm jer... Maka Pengerusi pun dengan senyum dan bernada sinis berkata,

"Bukan ker petang jumaat kita bekerja?. Jadi apa salahnya kita bermesyuarat petang jumaat?"....

Namun penghujung mesyuarat, diputuskan mesyuarat tersebut akan diadakan petang hari isnin...

Cerita di atas mengimbau kembali kepada satu perbualan saya dengan "big boss" saya pada masa itu (sekitar tahun 1986). Masa tu kami berbual hal disiplin staf yang" agak ramai" yang "ponteng". Dihujung perbualan. "big boss" saya tu (namanya Tuan Haji Abdullah Haji Hassan) berkata lebihkurang begini kepada saya (yang saya masih ingat)(maaf jika terlebih terkurang)...

"Aziz, sebab apa kita berkira sangat hal masa kerja ni? Kalu masuk ofis, mesti tepat waktu masuk, dan balik tepat waktu balik, tapi masa rehat jam 10, kita makan satu atau dua jam, dan waktu tengah hari pula lewat masuk ofis. Banyak waktu kita hilang. Atau kita ada di pejabat, tapi tak buat kerja, atau kerja sambil lewa. Tapi bila diminta kerja lebih masa, tak mau, atau cepat-cepat beri alasan tak dapat hadir.... Atau ada pula sengaja buat kerja lebih masa sebab nak tuntut elaun.... Aziz, betul ker kita kerja genap waktu kerja? Saya takut kita makan gaji haram... Saya tak mau tanggung dosa macam tu..."

Itulah pandangan/nasihat yang selalu terngiang-ngiang ditelinga dan dibenak saya...

Jadi, saya nak tanya diri sendiri (muhasabah), dan nak pesan kepada anak-anak saya yang sudah bekerja atau akan bekerja, serta murid-murid saya, dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini:

"APAKAH KERJA YANG KITA LAKUKAN INI, "HALAL". JIKA "HALAL", ADAKAH GAJI ATAU UPAH YANG KITA TERIMA ITU BETUL-BETUL HALALAN TOYYIBAN?"

Saya lontarkan pula persoalan-persoalan berikut:

Walaupun pekerjaan kita tu dalam kategori "HALAL",

1. Adakah halal gaji kita, jika kita maki hamun herdik pelanggan/rakyat yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kita?

2. Adakah halal gaji kita, jika kita sengaja melewat-lewatkan kerja yang sepatutnya dapat disiapkan awal, dan akibat melewat-lewatkan kerja maka pelanggan/rakyat menderita, tak dapat menfaat yang diharapkan...

3. Adakah halal gaji kita, jika terdapat pula unsur penipuan, rasuah, salahguna kuasa dalam pelaksanaan tugas kita?

4. Adakah halal gaji kita, jika kita malas, banyak mensia-siakan masa/waktu kerja?

5. Adakah halal gaji kita, jika tidak berusaha mencari jalan yang menjimatkan masa, menjimatkan wang (dan lebih teruk lagi memboroskan) harta majikan kita? (Lebih teruk lagi jika majikan kita adalah kerajaan/badan berkanun/agensi kerajaan, yang mana dana wang gaji kita asalnya wang rakyat)

Dan, GAJI/UPAH YANG KITA TERIMA TADI, KITA BAWA PULANG UNTUK DIKONGSIKAN DENGAN AHLI KELUARGA KITA (ANAK, SUAMI/ISTERI, IBUBAPA, DLL.)... TERGAMAK YER KITA MENYUAPKAN PENDAPATAN HARAM KEPADA MEREKA....

No comments:

Post a Comment