Tuesday, June 19, 2018

Lagenda Mat Zin Korea



DIAKHIR tahun 1960-an dan diawal tahun 1970-an nama Mat Zin Korea digeruni oleh samseng samseng di Kelantan juga termasuk seluruh Pantai Timur, sekiranya berlaku sebarang pergaduhan Mat Zin Korea akan turun bersama-sama anak anak buahnya, samaada dengan menetak atau tembak, itu adalah perkara biasa bagi Mat Zin Korea…

Tidak berpuas hati dengan kehidupan di Pantai Timur Mat Zin Korea telah berpindah ke Kuala Lumpur. Dan hanya beberapa tahun di Kuala Lumpur beliau sudah mula dikenali kerana keganasanyan dan keberaniannya, ramai kumpulan kumpulan Gengster yang mahu berpayung di bawah kehebatannya.

Di sinilah Mat Zin mendapat ramai kawan yang seiring dan sejalan sehingga menyebabkan namanya terkenal ke seluruh Malaysia ketika itu. Tetapi, Mat Zin Korea belum puas. Dia masih lagi mahu merantau. Beberapa tahun berada di Kuala Lumpur, Mat Zin Korea berhijrah pula ke Singapura.

Mat Zin Korea terus dengan kehidupannya itu gengsterismnya

Di Singapura, Mat Zin telah mula berkawan dengan kumpulan kumpulan gengster dari Hong Kong. Ketika itu ramai gengster Hong Kong berkuasa di Singapura. Akhirnya Mat Zin diterima mengetuai sebuah kumpulan gengster Hong Kong. Mat Zin makin dihormati dan digeruni.

Banyak kes pergaduhan diketuai sendiri oleh Mat Zin. Kerjanya ketika itu hanyalah memeras ugut tauke-tauke besar dan dia mula melebarkan pengaruhnya dikalangan kumpulan kumpulan Gengster.

Dari Singapura Mat Zin berpindah ke Korea, di sini kehidupan Mat Zin menjadi semakin ganas di dalam dunia gangster dan disini lah dia mendapat gelaran Mat Zin Korea.

Setelah beberapa lama di Korea beliau pulang kembali ke Tanah Air, dengan kekuatan Gengster Antarabangsa Mat Zin Korea makin di geruni dan di hormati sehinggalah suatu ketika tiba-tiba Mat Zin Korea hilang dari Kuala Lumpur dan sunyi sepi dari “Dunia Gangster”.

Beliau hilang dengan tiba-tiba dan tiada siapa pun mengetahui di mana Mat Zin Korea, hatta anak anak buahnya juga tercari cari Mat Zin Korea, semua rakan rakan, kawan kawan dan kumpulan kumpulan Gangster yang lain berasa hairan dengan kehilangan Mat Zin Korea walhal ketika itu namanya sedang naik dan tersohor di dalam dunia gangster.

Ramai yang beranggapan Mat Zin Korea mungkin telah dibunuh ataupun mati. Perkara sebegitu adalah biasa dalam dunia gangster.

Ketika semua kawan sedang mencari ke mana hilangnya Mat Zin Korea, maka telah di lihat oleh orang yang Mat Zin Korea telah berjubah dan berada di satu Masjid bersama orang orang Dakwah Tabligh… kata orang yang melihat… wajah Mat Zin Korea berubah 100% daripada seorang yang bengis menjadi redup dan sejuk serta sentiasa menangis.. Masya ALLAH.

Mohonlah Keampunan..

Kita selaku hambanya yang berdosa, jangan berputus asa daripada Istighfar

قيل للحسن البصري : ألا يستحيى أحدنا من ربه يستغفر من ذنوبه ثم يعود ، ثم يستغفر ثم يعود ؟

Seseorang berkata kepada Hasan al-Basri rahimahullah; 

Tidakkah salah seorang daripada kita merasa malu terhadap TuhanNya? Dia meminta ampun daripada dosanya kemudian dia kembali berbuat dosa kemudian dia meminta ampun lagi dan kemudian kembali lagi berbuat dosa?

Kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah ;

ود الشيطان لو ظفر منكم بهذا ، فلا تملُّوا من الاستغفار

Syaitan akan suka jika berjaya membuat kamu merasa sedemikian sebaliknya janganlah kamu sekali-kali berputus asa daripada memohon keampunan (beristighfar).
[Riwayat Ibnu Abi Dunya]

Kita memang sering berbuat dosa, namun janganlah sampai dosa menghalang kita daripada menagih rahmat daripada-Nya!

Bagi yang rasa diri tu Gangster Besar, Dragon ke Tiger, apa apa lagilah.. harap fikirlah. 

Hakikatnya.. hidup ini ialah untuk mengejar kematian yang terbaik, kerana...

لا حياة إلا حياة الآخرة

Tidak ada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat !
Wallahualam.


Allahuakhbar... Alhamdulillah.. Allah berkuasa untuk memilih siapa sahaja untuk diberikan hidayat...

Semoga Ayahnda Haji Mat Zin Korea sentiasa di dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Psst: Haji Mat Zin Korea sekarang sedang membina Madrasahnya sendiri di Kelantan... di mana ya???





Di atas adalah Catatan Alfaqir Nik Iznan Musyahmi
Jumaat 28 Safar 1439


Dengan segala dukacitanya 
TOK AYAH MAT ZIN KOREA  telah kembali ke RAHMATULLAH tepat jam 8 malam 17 Jun 2018 . Maka telah hilang sudah satu-satunya orang Melayu yang membina nama sebagai KETUA MAFIA ANTARABANGSA hingga ke Korea & Jepun tapi akhirnya BERHIJRAH KEMBALI KE JALAN ALLAH SEBAGAI PENDAKWAH.
Semoga Roh beliau dicucuri RahmatNya dan dutempatkan bersam-sama orang-orang  yang soleh..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ  
 ٱلضَّاۤلِّينَ وَلاَ
۞امين

No comments:

Post a Comment