EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Friday, August 29, 2014
Membina Risiko Sendiri
Cuba perhatikan lima beranak ini, yang sedang berjalan dengan santai di atas jalanraya, walhal terdapat laluan penjalan kaki yang selesa dan agak luas. Inilah contok perbuatan dimana kita sendiri "membina" atau menwujudkan risiko buruk (dilangar kenderaan)....
Makan Jangan Tamak
Kini semakain banyak tempat makan yang memperingatkan atau mengingatkan para pelanggan supaya makan tanpa membazir (mengambil makanan berlebihan dan meninggalkan banyak baki makanan). Contonya, dua hotel berikut:
Walaupun dalam nada berbeza, namun tujuannya adalah sama. malah di sebahagian tempat, para pelanggan yang meninggalkan sisa makanan secara membazir akan dikenakan surcaj (diarahkan membayar harga lebihan makan tersebut). Cara itu amat dialu-alukan kerana pelakunya (pelanggan) seorang yang tamak, tak kisah hal pembaziaran...
Bukankah membazir itu AMALAN SYAITAN?
Walaupun dalam nada berbeza, namun tujuannya adalah sama. malah di sebahagian tempat, para pelanggan yang meninggalkan sisa makanan secara membazir akan dikenakan surcaj (diarahkan membayar harga lebihan makan tersebut). Cara itu amat dialu-alukan kerana pelakunya (pelanggan) seorang yang tamak, tak kisah hal pembaziaran...
Bukankah membazir itu AMALAN SYAITAN?
Saturday, August 23, 2014
Rumah Terbuka@Hari Lahir Anak Bungsu
Hari ini, 23 Ogos 2014, kami sekeluarga dan sahabat handai serta sanak saudara memeriahkan Hari Terbuka Sempena Hari Raya bersama dengan Majlis Menyambut Hari Lahir anak bungsu kami, Nur Iqhma Asyiqem. Berikut gambar-gambar kemeriahan berkenaan...
Gambar pada 28 Feb 2015 semasa membantu Kak Lang berpindah menyambung belajar di Puncak Alam
Friday, August 22, 2014
Diantara BAHASA, TUJUAN, dan TAFSIRAN
Perlulah diberikan perhatian juga perkara-perkara berkaitan BAHASA, TUJUAN, dan TAFSIRAN (translation), agar ianya selaras...
Cuba teliti NOTIS ini:
Cuba teliti NOTIS ini:
Jangan buang tisu ke dalam tandas?
Berikut adalah gambar sebuah tandas di dalam bilik sebuh hotel di Bangi, Selangor. Betul ker arahan ni.... Jangan buang tisu ke dalam tandas?
Wednesday, August 13, 2014
Jamuan Raya
Pada tengah hari 13 Ogos 2014 (17 Syawal 1435), diadakan jamauan raya di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM, Pulau Pinang. Berikut suasana jamuan (dan keraian persaraan Prof Abdul Ghani) yang dibuat dengan santai..
Sunday, August 10, 2014
Kerana WANG..Kerana Cicak Tokek... Kerana Tamak
Kerana WANG, apa sahaja boleh berlaku..Kerana Cicak Tokek, sampai begini berlaku... Kerana Tamak, ia berlaku? Kerana tiada nilai kemanusiaan?????
Hilang nyawa angkara cicak tokek
SHAH ALAM -
Misteri kematian seorang pemuda yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta
yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala
Selangor pada 30 Ogos lalu terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa bunuh
angkara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta.
Ketua Polis
Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa Syairul Helmy Azhar, 24,
dibunuh dalam satu komplot yang disyaki turut melibatkan seorang wanita berusia
60 tahun yang didakwa pemilik cicak itu.
Mangsa mati
dengan mempunyai kesan tembakan di bahagian rusuk kanan.
Menurut
beliau, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang
diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek tersebut dan mencari
pembeli yang berpotensi.
Bagaimanapun,
mangsa kemudian didapati cuba melarikan diri bersama cicak tokek itu. Ini
menyebabkan, wanita itu mengupah orang lain untuk mencari mangsa sebelum mangsa
kemudian ditemui sudah mati dibunuh.
"Susulan
kejadian itu, polis menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun secara
berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak antara 1 September sehingga
hari ini (semalam).
"Polis
kemudian menahan pemilik cicak tokek tersebut iaitu seorang wanita berusia 60
tahun di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi tadi (semalam)," kata beliau
pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini
semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
(11 Sept 2013)
2 dituduh bunuh
penjaga cicak tokek
KUALA
SELANGOR 13 Sept. - Dua lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di
sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pemuda yang mayatnya ditemui dalam
sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang,
Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.
Kedua-dua
tertuduh ialah Rosmady Rosman berasal dari Kuang, Rawang dekat sini dan Azman
Ismail dari Jeram di sini, yang masing-masing berusia 38 tahun.
Mengikut
kertas pertuduhan, tertuduh pada pukul 7 pagi 30 Ogos lalu di hadapan rumah Lot
4225 Jalan Rezab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram di sini telah melakukan
pembunuhan dengan menyebabkan kematian Syairul Helmy Azhar, 24.
Kedua-dua
tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
Prosiding
dijalankan di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim manakala Timbalan
Pendakwa Raya, Izza Munirah Mansor sebagai pihak pendakwaan.
Selepas
kertas pertuduhan selesai dibacakan, mereka yang tidak diwakili peguam
mengangguk faham terhadap dakwaan yang dihadapi namun tiada pengakuan
direkodkan.
Shah Wira
kemudian menetapkan 25 Oktober ini sebagai tarikh sebut semula kes.
http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130914/ma_06/2-dituduh-bunuh-penjaga-cicak-tokek
(14 September 2013)
Fakta Untuk Diingati
Berikut satu FAKTA menarik untuk diingati...
Kemalangan
pertama di jambatan kedua
Wartawan
Sinar Harian
3 Mac 2014
- Kemalangan kecil selepas plaza tol.
NIBONG TEBAL - Tidak sampai 24 jam
dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.
“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.
“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.
“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.
“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.
Kebaikan Berpuasa
Artikel berikut amat menarik untuk diambil iktibar dan keinsafan betapa bamyaknya hikmah berpuasa....
Saturday, August 9, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)