Berikut potret himpunan sabahat saya dan sahabat anak bungsu serta sahabat Izzatul pada 24 Julai 2015 di Taman Wangi, Gua Musang. Selamat menjalin-eratkan tali persahabatan dan kekeluargaan:
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Sunday, July 26, 2015
Wednesday, July 22, 2015
Cinta/Sanjung Rasul
Berikut beberapa video yang dikirimkan kepada saya yang ada kaitannya dengan "Cinta/Sanjung Rasul". Kita hayati bersama (kredit/perakuan kepada pembikin asalnya):
PETIKAN KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFI’E RH
Berikut adalah petikan beberapa kata hikmah Imam as-Syafi'e (Nama
Baginda, menurut salasilah adalah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin
Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf):
"Barangsiapa
mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus
cinta Allah, maka dia telah berdusta."
"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
"Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.”
"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.”
“Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.”
“Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.”
“Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik sesama manusia.”
"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.”
“Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
“Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di
dunia dan akhirat.”
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
“Membuang
tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.”
"Kamu
seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti
(dihimpit) dengan tanah."
“Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.”
“Ilmu
itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
“Tidak
berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.”
“Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: 1. malas 2. suka makan 3. suka tidur 4. berlebih-lebihan.”
“Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu.''
“Menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung
kesusahan.”
“Kubur
adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh
dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi
amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.”
“Berbuat
baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah
sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah
keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.”
“Membuang
tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka
berjemaah.”
“Marah
adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu,
hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
“Menangis
lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara
terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.”
“Empat perkara menguatkan badan: 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas.”
“Berselawat
ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as- Sunnah,
menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah SWT.”
“Pilihlah
makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.”
“Empat perkara menajamkan mata: 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih.”
"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu Ya Allah ... ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
“Ketahuilah
sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang
lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya
di sisi manusia.”
“Berasa
redha dengan qadha’ Allah SWT, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat
Allah SW dan bertaubat dari melakukan maksiat.”
“Sesiapa
yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.”
"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit."
“Letakkan akhirat di hatimu, dunia di genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.”
“Sesiapa
yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara
berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.”
“Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.”
“Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri seseorang adalah orang yang asyik mencari dan mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirinya sendiri.”
“Sabar
menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri
memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan
kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian
setinggi-tinggi erti syukur.”
“Hati
adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan
dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan
kebatilan.”
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yang jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.”
“Apabila
salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu
perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan
dan dicintai Allah.”
“Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.”
“Kita
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan
mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar
sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari
Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad
kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.”
“Ketahuilah
istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan
menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.”
“Tafakurlah
sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada
siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai
soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.”
“Mengajak
manusia kearah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan
dan membenci kemaksiatan.”
Monday, July 20, 2015
Meraikan Hari Raya & Ziarah
Berikut suasana meraikan Hari Raya Puasa 1436/2015 dan aktiviti ziarah keluarga dan sahabat handai...dan perjalanan pulang...
Berikut lagu hiburan El Suraya...
Berikut lagu hiburan El Suraya...
Wednesday, July 15, 2015
Ribut Melanda Sekitar Alor Setar
Pada sekitar tengah hari Jumaat 10 Julai 2015, ribut kencang melanda beberapa lokasi sekitar Negeri Kedah, terutama di sekitar Alor Setar. Gambar-gambar berikut yang dikirimkan kepada saya oleh beberapa sahabat, dapat menggambarkan betapa kencangnya ribut tersebut, dan kesan kerosakan yang dialami:
Thursday, July 9, 2015
Jamuan Berbuka Puasa
Pada petang 8 Julai 2015, saya dan beberapa sahabat di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM telah dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa
di sebuah restoran Cina Muslim, sempena meraikan kejayaan Pusat Pengajian kerana terpilih untuk menerima 'Sijil Kecemerlangan PTJ Cemerlang'
pada satu Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan dan Sijil Penghargaan
Libatsama Komuniti/Industri USM yang telah diadakan pada 26 Jun 2015
yang lalu.
Menu yang dihidangkan adalah:
- Batang Pinang Kambing
- Ayam Nestum
- Ikan Stim Lobak (jenahak)
- Sup sirip yu
- Tofu Berinti Brokoli
- Brokoli Cendawan
- Air Amrah Asamko (jug)
- Lean Chee Kang
- Kurma dan Kanji
Tuesday, July 7, 2015
Elakkan Sifat Dan Sikap Buruk Sangka
Ada sesuatu yang kadangkala "tersembunyi" bersembunyi" "disembunyi" di dalam fikiran atau akal kita iaitu sifat atau sikap buruk sangka. Sama-sama kita elakkan, dan kerapkan berdoa agar Allah SWT melindungi kita daraipada melakukan atau diperlakukan dengan elemen buruk sangka...
Kita sama-sama berikhtiar untuk menggantikannya dengan sikap dan sifat "baik sangka". InsyaAlah...
Kita sama-sama berikhtiar untuk menggantikannya dengan sikap dan sifat "baik sangka". InsyaAlah...
Wednesday, July 1, 2015
Suatu Tempat Bernama KAABAH
Jika sesiapa yang ingin membelinya, boleh menghubungi Bahagian Penerbitan JAKIM.
Berikut 2 video (yang saya tak dapat pastikan sumbernya. Kredit kepada sumber) yang kebetulan ada kaitannya dengan buku tersebut:
Kelihatan jutaan jemaah di bulan puasa...
Berikut beberapa gambar dan video berkaitan, yang dikirimkan oleh beberapa sahabat Kredit kepada sumber asal gambar/video):
Subscribe to:
Posts (Atom)