Masih Berminat Menyokong/Menyertai IS?
"IS" di sini merujuk kepada satu kumpulan militan Negara Islam (IS), dan dikatakan merupakan suatu kumpulan
militan radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad. Kumpulan ini menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai
musuh yang ditangkap, penculikan, dan memenggal kepala petugas media
dari negara luar. Dikatakan bahawa matlamat IS adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu
negara yang diperintah oleh seorang pemimpin politik dan agama.
Cuba amati berita dan gambar-gambar berikut (yang dikirimkan kepada saya oleh seorang sahabat dari Jakarta):
Seperti
dilaporkan oleh agensi berita AFP, terjadi siri letupan skitar Jakarta pada 13
Januari 2016. Terdapat 3 mayat dilihat terbaring di jalan besar di ibu kota itu
selepas letupan. Seorang polis Jakarta menulis di Twitter yang satu letupan
berlaku di hadapan sebuah pusat membeli-belah yang dikenali sebagai pusat membeli-belah
Sarinah, Al Jazeera melaporkan.
AFP
melaporkan sekurang-kurangnya 6 letupan kedengaran dan merosakkan pondok polis.
"Saya melihat seorang pegawai polis ditembak betul-betul di depan
saya," kata seorang saksi memberitahu TV One. Media berkata pondok polis
di luar pusat membeli belah itu turut diletupkan. Penembak tepat polis
dikerahkan bersama-sama ratusan pegawai keselamatan yang lain.
Satu letupan
turut kedengaran di pinggir bandar barat Palmerah, menurut tweet yang dibuat
media tempatan, tetapi polis berkata mereka tidak dapat mengesahkan letupan di
sana.
Tembakan
yang berlaku di luar sebuah Starbucks bertentangan pusat membeli-belah, dengan
tembakan dilepaskan semasa polis bergerak ke tapak letupan.
Polis
berkata, mereka mengesyaki pengebom berani mati bertanggungjawab bagi
sekurang-kurangnya satu letupan dan terdapat 14 lelaki militan bersenjata
terlibat dalam serangan itu, lapor Metro TV.
Kawasan terlibat adalah seperti berikut:
Jika anda masih berminat menyokong atau menyertai IS, setelah melihat dan meneliti berita di atas, sila justifikasikan jawapan anda terhadap soalan-soalan berikut:
1. Apakah agama yang anda anuti? Jika anda menjawab, "Islam" misalnya, berikan nas (Al Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qiyas) yang "mengizinkan perbuatan/perjuangan IS seperti di atas.
2. Adakah anda mempunyai sifat insani (kemanusiaan waras)? Jika anda menjawab, "Ya", maka adakah seorang manusia waras tergamak dan sanggup memusnahkan harta dan nyawa orang lain.
3. Adakah anda mempunyai sahabat dan sanak saudara (ahli keluarga)? Jika jawapannya, "Ya", ada kemungkinankah terdapat sahabat atau ahli keluarga anda juga mendapat implikasi buruk daripada perbuatan anda (kehilangan nyawa, kecederaan, kehilangan harta, reputasi, masa depan, perniagaan, dan sebagainya)
4. Adakah anada mempunyai Objektif terhadap perjuangan anda? Jika jawapannya, "Ya", maka Objektif anda sebenarnya adalah: "seronok untuk melihat kesengsaraan oraang lain...."
5. Adakah anda "Waras"? Jika jawapan anda adalah,"Ya", maka saya katakan bahawa tahap ukuran "waras" anda adalah "0" (kosong), atau - (negatif).
Insaflah, jika anda seorang yang berpegang kepada ajaran agama, mempunyai sifat insani, mempunyai objektif dan waras. Bahawa anda telah terpesong. Beristighfarlah dan kembalilah ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka, selagi anda ingin "mengetuknya" pada waktu anda masih bernyawa...