Sunday, June 24, 2018

Kandungan Di Dalam Kaabah

Berikut beberapa koleksi gambar beberapa kandungan yang terdapat di dalam Kaabah (sumber gambar tidak diketahui. Kredit kepada sumber asal):










Thursday, June 21, 2018

Kenduri Sempena Pernikahan Cucu Saudaraku, Sadam@Muhamad bin Abdullah

Pada 19 Jun 2018, bertempat di Masjid Kampung Gabus, To'Uban, Pasir Mas, Kelantan, diadakan upacara akad nikah cucu saudara saya, Sadam@Muhamad bin Abdullah dengan pasangannya Nor Nasra Zulkifli:





Pada 21 Jun 2018, bertempat di RPT Limau Kasturi 2 Gua Musang, Kelantan, diadakan majlis resepsi di pihak lelaki iaitu cucu saudara saya, Sadam@Muhamad bin Abdullah, untuk famili pasangannya Nor Nasra Zulkifli:
















Semoga pasangan ini bahagia hingga Jannah, dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah dan murah rezeki. InsyaAllah...

Tuesday, June 19, 2018

Merpati




Merpati hidup dikalangan manusia

Merpati dibiarkan hidup bebas, dan ada yang dibeli. Diletakkan di dalam sangkar. Ada bisnes buat sangkat merpati, dan bisnes menjual merpati.

Terdapat peribahasa:

Jinak-jinak Merpati
Merpati Dua Sejoli


Lagenda Mat Zin Korea



DIAKHIR tahun 1960-an dan diawal tahun 1970-an nama Mat Zin Korea digeruni oleh samseng samseng di Kelantan juga termasuk seluruh Pantai Timur, sekiranya berlaku sebarang pergaduhan Mat Zin Korea akan turun bersama-sama anak anak buahnya, samaada dengan menetak atau tembak, itu adalah perkara biasa bagi Mat Zin Korea…

Tidak berpuas hati dengan kehidupan di Pantai Timur Mat Zin Korea telah berpindah ke Kuala Lumpur. Dan hanya beberapa tahun di Kuala Lumpur beliau sudah mula dikenali kerana keganasanyan dan keberaniannya, ramai kumpulan kumpulan Gengster yang mahu berpayung di bawah kehebatannya.

Di sinilah Mat Zin mendapat ramai kawan yang seiring dan sejalan sehingga menyebabkan namanya terkenal ke seluruh Malaysia ketika itu. Tetapi, Mat Zin Korea belum puas. Dia masih lagi mahu merantau. Beberapa tahun berada di Kuala Lumpur, Mat Zin Korea berhijrah pula ke Singapura.

Mat Zin Korea terus dengan kehidupannya itu gengsterismnya

Di Singapura, Mat Zin telah mula berkawan dengan kumpulan kumpulan gengster dari Hong Kong. Ketika itu ramai gengster Hong Kong berkuasa di Singapura. Akhirnya Mat Zin diterima mengetuai sebuah kumpulan gengster Hong Kong. Mat Zin makin dihormati dan digeruni.

Banyak kes pergaduhan diketuai sendiri oleh Mat Zin. Kerjanya ketika itu hanyalah memeras ugut tauke-tauke besar dan dia mula melebarkan pengaruhnya dikalangan kumpulan kumpulan Gengster.

Dari Singapura Mat Zin berpindah ke Korea, di sini kehidupan Mat Zin menjadi semakin ganas di dalam dunia gangster dan disini lah dia mendapat gelaran Mat Zin Korea.

Setelah beberapa lama di Korea beliau pulang kembali ke Tanah Air, dengan kekuatan Gengster Antarabangsa Mat Zin Korea makin di geruni dan di hormati sehinggalah suatu ketika tiba-tiba Mat Zin Korea hilang dari Kuala Lumpur dan sunyi sepi dari “Dunia Gangster”.

Beliau hilang dengan tiba-tiba dan tiada siapa pun mengetahui di mana Mat Zin Korea, hatta anak anak buahnya juga tercari cari Mat Zin Korea, semua rakan rakan, kawan kawan dan kumpulan kumpulan Gangster yang lain berasa hairan dengan kehilangan Mat Zin Korea walhal ketika itu namanya sedang naik dan tersohor di dalam dunia gangster.

Ramai yang beranggapan Mat Zin Korea mungkin telah dibunuh ataupun mati. Perkara sebegitu adalah biasa dalam dunia gangster.

Ketika semua kawan sedang mencari ke mana hilangnya Mat Zin Korea, maka telah di lihat oleh orang yang Mat Zin Korea telah berjubah dan berada di satu Masjid bersama orang orang Dakwah Tabligh… kata orang yang melihat… wajah Mat Zin Korea berubah 100% daripada seorang yang bengis menjadi redup dan sejuk serta sentiasa menangis.. Masya ALLAH.

Mohonlah Keampunan..

Kita selaku hambanya yang berdosa, jangan berputus asa daripada Istighfar

قيل للحسن البصري : ألا يستحيى أحدنا من ربه يستغفر من ذنوبه ثم يعود ، ثم يستغفر ثم يعود ؟

Seseorang berkata kepada Hasan al-Basri rahimahullah; 

Tidakkah salah seorang daripada kita merasa malu terhadap TuhanNya? Dia meminta ampun daripada dosanya kemudian dia kembali berbuat dosa kemudian dia meminta ampun lagi dan kemudian kembali lagi berbuat dosa?

Kata Imam Hasan al-Basri rahimahullah ;

ود الشيطان لو ظفر منكم بهذا ، فلا تملُّوا من الاستغفار

Syaitan akan suka jika berjaya membuat kamu merasa sedemikian sebaliknya janganlah kamu sekali-kali berputus asa daripada memohon keampunan (beristighfar).
[Riwayat Ibnu Abi Dunya]

Kita memang sering berbuat dosa, namun janganlah sampai dosa menghalang kita daripada menagih rahmat daripada-Nya!

Bagi yang rasa diri tu Gangster Besar, Dragon ke Tiger, apa apa lagilah.. harap fikirlah. 

Hakikatnya.. hidup ini ialah untuk mengejar kematian yang terbaik, kerana...

لا حياة إلا حياة الآخرة

Tidak ada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat !
Wallahualam.


Allahuakhbar... Alhamdulillah.. Allah berkuasa untuk memilih siapa sahaja untuk diberikan hidayat...

Semoga Ayahnda Haji Mat Zin Korea sentiasa di dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Psst: Haji Mat Zin Korea sekarang sedang membina Madrasahnya sendiri di Kelantan... di mana ya???





Di atas adalah Catatan Alfaqir Nik Iznan Musyahmi
Jumaat 28 Safar 1439


Dengan segala dukacitanya 
TOK AYAH MAT ZIN KOREA  telah kembali ke RAHMATULLAH tepat jam 8 malam 17 Jun 2018 . Maka telah hilang sudah satu-satunya orang Melayu yang membina nama sebagai KETUA MAFIA ANTARABANGSA hingga ke Korea & Jepun tapi akhirnya BERHIJRAH KEMBALI KE JALAN ALLAH SEBAGAI PENDAKWAH.
Semoga Roh beliau dicucuri RahmatNya dan dutempatkan bersam-sama orang-orang  yang soleh..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ  
 ٱلضَّاۤلِّينَ وَلاَ
۞امين

Bekas Pelajarku Nafiu Abdullahi Beraya di Nigeria

Pada petang 15 Jun 2018, bekas pelajar PhD saya bernama Dr Nafiu Abdullahi mengirimkan gambar beliau, isterinya Balqis dan anak mereka Abdullahi beraya di Nigeria








Ronda Zirah Raya ke 2

Pada Raya Ke 3, iaitu 17 Jun 2018, kami pula menziarah sahabat dan  saudara mara di Kota Bharu, Machang dan Chenulang, Kuala Krai. Bertolak dari rumah di Taman Wangi, Gua Musang jam 7.50 pagi, tiba balik di rumah jam 11.45 malam...








JANGAN KAMU TINGGALKAN WIRID SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang mana dalam sembahyang kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita tak buat.
1)Tempat pertama diwaktu takbiratul ihram.
2)Pada waktu kita akan rukuk. Jangan langsung kita turun ke bawah rugi kita.
3)Angkat tangan pada masa i'tidal.
4)Kita akan angkat tangan kita diwaktu kita bangkit daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.

Setiap kali selepas sembahyang fardhu. Jangan sesekali kita lupa untuk baca wirid yang dimulai dengan istighfar sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah itu sebelum mengubah duduk iftirasy ataupun duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.

Jangan lupa untuk membaca "Laa Ilaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wahuwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir."
Secara sunnahnya 10 kali selepas maghrib dan juga selepas subuh yang dengan balasannya itu adalah perlindungan, pemeliharaan, kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang terkutuk, terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita sepanjang waktu.

Kita nak balasan yang dijanjikan oleh Nabi kita dengan membaca "Allahumma Ajirni Minan Naar."
Secara sunnahnya sebanyak 7 kali setiap kali selepas maghrib dan juga selepas subuh maka yang saat seseorang itu meninggal dunia pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api Neraka.
Akan ditulis kebebasan dirinya daripada Api Neraka dibaca diwaktu subuh kalau dia meninggal di siang harinya. Dibaca selepas maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri daripada Api Neraka itu sudah kita dapatkan.

Kemudian ketika nak dibaca "Allahumma Antas Salaam Wa Minkas Salam Wa Ilayka Ya 'Udussalam Fahaiyina Rabbana Bissalam Wa Adkhilnal Jannata Daaras Salaam Wa Tabaarakta Rabbanaa Wa Ta'aalaita Yaa Dzaljalaali Wal Ikraam."
Barulah Imam dibenarkan untuk mengubah kedudukan posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga mengadap sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus mengadap ke arah kiblat.

Setelah itu barulah kita membaca surah Al-Fatihah dan ingatlah jangan kita malas, lupa dan tak nak untuk membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar. Ayat Kursi ini adalah tiket kita untuk nak masuk Syurga. Menurut riwayat hadis "Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk Syurga kecuali mati." (HR. Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum Wal Lailah [100]; Ibnu Sunni dalam ‘Amalul Yaum Wal Lailah  [121]; dan Thabrani dalam Al-Kabir [1/114/7532])

Kemudian dibaca selepas itu tasbih (Subhanallah 33 kali), tahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan takbir (Allahu Akbar 33 kali). Janganlah kita malas untuk nak mengira bilangan tasbih 33 kali tahmid 33 kali dan takbir 33 kali. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak membacanya cukup bilangannya. Bererti kita sudah mengalami suatu kerugian yang sangat besar. 1 ucapan subhanallah itu lebih berat daripada dunia dan seisinya.

Jadi jangan sampai kita rugi di situ kerana kita malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi semuanya 99 kali jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai sembahyang fardhu kita.

Kemudian dibaca "Allahu Akbar Kariiran Wal Hamdulillahi Katsiiran Wasubhaanallaahi Bukratan Wa Ashiilaa. Laailaaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir."

Bagaimana kira-kira kalau kita tak dan membacanya? Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk membacanya? Bererti itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan lamborghini, bukan setakat dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta yang mewah tetapi dunia dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada kita masih belum mampu membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti pedoman sunnah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.

Kalau saat ketika waktu solat dan selepas solat pun kita tak mampu untuk nak luangkan sedikit waktu kita untuk berzikir ingat kepada Allah. Agak-agaknya waktu bilakah kita akan ingat kepada Allah? Bila dah diluar solat agak-agak kita ingat Allah ataupun tidak?

- [ TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH ]

SUMBER (Dengan sedikit penambahbaikan):
Siti A'ishah Humaira , Ainul Mardhiyah & Muhammad Jamil.
Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
#iloverasulullah

اللَّهُمَّ صَلِّ وسَلِّم وبَارِك عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الفاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، والخاتِم لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الحقِّ بَالحَقِّ، والهادي إلى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ، صلَّى اللهُ علَيهِ وآلِهِ وصحبِهِ، حَقَّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيم.

Kenangan 2 Syawal 1439H

Berikut rakaman keceriaan Raya hari Ke-2 (2 Syawal)(16 Jun 2018)
Sesi bergambar seisi keluarga yang bahagia, sahabat dan juga besan.
Alhamdulillah...