Sunday, October 28, 2018

TANAH MELAYU dalam Kenangan Sejarah

Berikut koleksi gambar dan artikel pendek berkaitan TANAH MELAYU dalam Kenangan Sejarah. Kredit kepada sumber asal



























Peristiwa Gempa Bumi dan Tsunami di Palu, Indonesia

Pada 28 September 2018, berlaku peristiwa Gempa Bumi dan Tsunami di Palu, Indonesia. Berikut gambar dan berita daripada pelbagai sumber, sebagai kenangan sejarah, keprihatinan dan iktibar kepada kita, terutama tentang kekuasaan Allah SWT:

(Kredit kepada sumber asal)

















Palu Nan Indah Terkubur Dek Gempa Bumi
Oleh Amirul Mohd Sajadi

KOTA PALU (Sulawesi) (Bernama) -- Kota Palu, bandar teluk yang kaya dengan budaya serta keindahan pantai yang mempamerkan keunikan Indonesia, sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Pantai Talise, yang sepanjang lima kilometer, menyajikan keindahan pemandangan laut biru berlatarkan pergunungan Sulawesi Tengah selain menampilkan jambatan Ponulele berwarna kuning yang menghubungkan Palu Timur dan Palu Barat.

Namun, pada 6.02 petang waktu Malaysia pada 28 Sept lepas, kesibukan kota itu terkubur gara-gara gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Ritcher berpusat di Semenanjung Minahassa yang terletak kira-kira 80 kilometer di Utara Palu.

Gegaran itu membawa gelombang raksasa tsunami yang ‘menyapu bersih’ apa sahaja yang berada di pesisiran pantai hingga ke tengah bandar itu, dengan meninggalkan kesan duka mendalam bagi mereka yang terselamat. 

Bagi menyelami nasib penduduk yang terselamat di teluk itu, penulis dan jurugambar Muhammad Mustaqim Khairuddin berkampung di Palu selama seminggu.
PERJALANAN JAUH MEMENATKAN

Perjalanan kami bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Okt lepas dengan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di Jakarta, sebelum menaiki penerbangan domestik ke Makassar.

Selepas perjalanan udara lebih lima jam, penulis dan jurugambar tiba di Lapangan Terbang Internasional Sultan Hasanuddin pada 9.30 malam lalu menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) untuk ke tempat gempa, yang terletak kira-kira 900 kilometer jauhnya.

Perjalanan menuju ke destinasi bencana yang mengambil masa lebih 24 jam itu nyata memenatkan ekoran laluan darat yang tidak rata, sempit dan berbukit.

Namun, benak yang memikirkan tentang apa yang ramai penduduk setempat anggap sebagai ‘kiamat kecil’ di Palu kembali menyedarkan kami pentingnya untuk melihat sendiri bencana alam yang tragis itu.

Pelbagai perkara bermain di fikiran penulis. Apakah kesan di Palu sama teruknya dengan tragedi tsunami di Bandar Acheh pada 2004? Bagaimana dengan mereka yang terselamat saat gempa bumi itu melanda?

Suasana suram membungkam diri penulis sepanjang perjalanan itu, yang ada kalanya ‘diceriakan’ dengan bunyi cengkerik yang memecah keheningan malam
AMBIL KESEMPATAN

Setelah melalui separuh perjalanan ke Kota Palu dengan merentasi beratus-ratus pekan kecil, kami berhenti seketika di bandar utama Sulawesi Barat iaitu Mamuju.

Ketika meyusuri bandar itu, penulis kehairanan melihat beratus-ratus kenderaan termasuk motosikal dan lori lima tan diletakkan di sisi jalan. Rupa-rupanya penunggang dan pemandu menunggu giliran untuk mengisi petrol bagi kenderaan masing-masing.

Penulis diberitahu bahawa tiada lagi bekalan petrol berikutan kejadian gempa bumi itu. Jika ada pun bekalan, harganya dinaikkan sesuka hati oleh peniaga yang mengambil kesempatan atas alasan bekalan amat terhad. Kenderaan yang membawa penulis juga terpaksa menunggu giliran untuk mengisi petrol.

Sebelum gempa berlaku, harga petrol adalah 8,000 rupiah seliter yang bersamaan RM2.20 tetapi ia dinaikkan sehingga 100,000 rupiah yang bersamaan RM30 seliter.

Selain itu, terdapat banyak khemah bertiangkan buluh dan berbumbungkan kanvas didirikan di sepanjang jalan menuju ke Palu. Keadaan khemah itu ibarat ‘telur dihujung tanduk’ kerana mudah dirempuh kenderaan yang melalui jalan itu.

Melihatkan keadaan sepanjang 60 kilometer dari bandar Palu itu, penulis tertanya-tanya bagaimana pula situasinya di kota yang terbenam akibat gempa bumi itu.

UMPAMA SET PENGGAMBARAN 

Tepat 3.09 petang 3 Okt, penulis menjejakkan kaki di Kota Palu. Ketika itu, terasa langkah kaki mulai longlai dan tidak bermaya menyaksikan keadaan sekitar dengan beberapa kawasan termasuk yang menjadi tumpuan pelancong berubah wajah umpama set penggambaran filem perang Hollywood berikutan banyak kesan runtuhan bangunan.

Ada bangunan yang runtuh, ada yang hilang ditelan ombak tsunami. Jambatan Ponulele yang menjadi kebanggaan Palu turut menyembah bumi hingga menyukarkan misi bantuan daripada pelbagai pihak.

Lapangan terbang utama bandar itu, Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufrie, turut rosak teruk selain beberapa laluan utama yang juga menyebabkan hubungan Kota Palu dengan daerah lain terputus.

Mengikut portal travelingyuk.com yang berpejabat di Indonesia, keadaan di Palu jauh berubah selepas gempa bumi itu. Tiada lagi keindahan yang dibanggakan penduduk kawasan itu. 

Malam pertama di Palu memberi penulis gambaran baharu tentang kemusnahan akibat gempa, sekali gus menyelami penderitaan yang dihadapi mangsa. Tanah rata di kawasan masjid menjadi ‘tilam’ penulis dan jurugambar sepanjang kami berada di tapak gempa itu.

Pada 2.10 pagi 4 Okt, ketika penulis sedang duduk bersandar di dinding sebuah masjid yang tidak terjejas akibat gempa itu, tidak semena-mena belakang badan terasa disepak dengan kuat. Dalam keadaan terkejut, penulis bingkas bangun dan berlari ke kawasan lapang.

Setelah beberapa ketika, penulis dimaklumkan penduduk bahawa keadaan itu berpunca daripada gempa susulan yang berlaku kira-kira 15 saat.

Pengalaman pertama itu amat menakutkan penulis kerana gegaran amat kuat itu umpama ‘membuai’ bumi.

BAK PADANG JARAK PADANG TERKUKUR

Berada seminggu di Palu, nyata memberi keinsafan dan pengalaman berharga buat diri penulis.

Melihat kesan peninggalan gempa di kawasan Petobo sahaja sudah cukup membuat penulis mengalirkan air mata kerana kawasan itu umpana padang jarak padang terkukur yang menguburkan ketamadunan manusia.

Apa tidaknya, sebaik sahaja memasuki kawasan itu, tiada lagi bangunan, rumah, surau, balai raya dan kedai runcit yang sebelum ini memenuhi penempatan paling padat itu di Kota Palu. Yang tinggal hanyalah bukit tanah hitam setinggi bangunan tiga tingkat yang bercampur dengan sisa runtuhan rumah dan sampah.

Apa yang kelihatan di perkampungan Petobo – rumah dalam keadaan terbalik, rumah bertindan dengan rumah yang lain, rumah yang musnah serta rumah yang lenyap ditelan bumi. Selain itu, kenderaan bertindih-tindih antara satu sama lain serta remuk bagaikan kertas direnyuk.

Penulis turut melihat mangsa yang selamat berada dalam keadaan lesu namun enggan berganjak dari kawasan bencana kerana mahu menanti pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membantu mengesan anggota keluarga mereka yang hilang – sama ada dalam keadaan hidup atau terbujur kaku.

“Mampukah mereka bangkit kembali selepas melalui episod penuh duka ini,” terdetik soalan itu di hati penulis.

Dan, penulis berasa sungguh sebak melihat telatah sekumpulan kanak-kanak yang riang bermain sesama mereka tanpa menyedari natijah kejadian gempa bumi itu. Nyata, mereka tidak dapat berkongsi keperitan yang dirasai ibu bapa dan keluarga masing-masing yang kehilangan harta benda dan sanak saudara.

Benarlah kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada perkataan yang dapat diungkap apabila melihat sebuah keluarga bersama-sama tiga anak berusia dua hingga lima tahun terpaksa menjadikan lori usang berwarna jingga dan beratapkan kanvas sebagai ‘rumah’ baharu selepas kediaman mereka musnahi dalam bencana itu.

BANGKIT DARIPADA KEMUSNAHAN

Selepas menyaksikan kemusnahan di Petobo, penulis kemudian menuju ke perkampungan Balaroa di timur Palu.

Sepanjang perjalanan selama 20 minit ke Balaroa, penulis dimaklumkan bahawa kawasan itu musnah sepenuhnya dengan landskapnya yang landai berubah menjadi bukit beralun dipenuhi mangsa yang terperangkap di bawah limpahan batu bata.

Dalam kelekaan membuat liputan, penulis ternampak sekumpulan anak muda saling membantu termasuk mencari barangan yang boleh digunakan semula sebagai langkah pertama untuk bangkit daripada kemusnahan dan kedukaan yang menimpa mereka.

Lebih meruntun jiwa, mereka sedikit pun tidak mengeluh dengan dugaan besar itu sebaliknya menganggap apa yang berlaku itu sebagai titik tolak perubahan untuk menjadi insan lebih baik.

Keadaan serupa juga berlaku di Dongala, yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan darat dari Balaroa, dan Sigi, yang dianggarkan setengah jam perjalanan dari Balaroa.

Semasa berada di Dongala, penulis merasa sayu tatkala melihat seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang termenung dan merintih sedih kerana kehilangan ibunya dalam bencana itu.

Manakan tidak. Penulis diberitahu remaja itu bahawa ibu yang dikasihi sentiasa menyuapnya makan tengah hari sebelum dia ke sekolah.

“Kini, tiada lagi air tangan ibu buat remaja ini,” bisik hati saya. 

Namun, ketabahan dan kekuatan semangat mereka yang terselamat dalam tragedi di Sulawesi Tengah itu sebenarnya saling melengkapi mereka dalam berdepan episod kehidupan penuh dugaan itu.

Ujian getir itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bangkit dan membina semula Palu yang baharu.

Sehingga 20 Okt, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan bahawa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah mencecah 2,113 orang selain menjejaskan kehidupan lebih 50,000 penduduk.

Ia juga melaporkan bahawa lebih 350 gempa susulan berlaku di Sulawesi Tengah selepas gempa pertama pada 28 Sept itu.


Disunting oleh Nur-ul Afida Kamaludin

--BERNAMA
http://bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1658384 (Diakses 29 Oktober 2018)

Kursus PENGAMBILAN TANAH untuk Pegawai-pegawai Kerajaan Kelantan

Pada 15 dan 16 Oktober 2018, bertempat di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu, saya telah mengendalikan Kursus/Bengkel Intensif Pengambilan Tanah, anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan. Ia dihadiri seramai 46 orang pegawai pelbagai peringkat.

Kandungan kursus/Bengkel ini, antaranya,
Pengambilan Tanah: Menjamin Kesaksamaan oleh Pentadbir Tanah
Pematuhan Hak Keadilan Asasi
Aplikasi "Munasabah" dan "Budibicara" serta Salahlaku dalam pengambilan tanah

Alhamdulillah kursus/bengkel berjalan lancar. Semoga ianya menjadi satu lagi "ilmu yang bermanfaat"
Terima kasih kepada pihak PTG Kelantan dan SUK Kelantan yang menjemput saya mengendalikannya








Wednesday, October 24, 2018

ReU Sahabat Sekolah Menengah Teknik Kuantan 1972/73 Bahagian 4

Pada 14-16 September 2018, bertempat di Forest City, Johor, diadakan pertemuan semula (ReU).
Pertemuan yang amat meriah dan penuh silaturrahim. Ramai juga yang membawa ahli keluarga, termasuk saya. Terdapat juga Mesyuarat Koperasi KASMET