Ni beberapa lagi gambar santai-santai kenduri sempena perkahwinan Abang Cik ngan Ika di Semenyih, pada 15 Februari 2014:
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Monday, February 17, 2014
Gelagat pengantin baru...
Pada petang sabtu, 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1435), berlangsung Majlis
Persandingan sempena perkahwinan Abang Cik (Mustaqem) dengan Nur Afiqah Zolkarnain di
pihak pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor.
Alhamdulillah majlis berjalan meriah... Lihat la gelagat pengantin baru ni...
Gelagat Sambutan Pengantin Lelaki (Abang Cik)
Pada petang sabtu, 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1435) berlangsung Majlis
Persandingan sempena perkahwinan Abang Cik (Mustaqem) dengan Nur Afiqah Zolkarnain di
pihak pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor.
Alhamdulillah majlis berjalan meriah...
Berikut gelagat sambutan pengantin lelaki...Ada tol, ada pantun, ada kompang, he he he.. Untuk memeriahkan dan mengeratkan hubungan dua keluarga, dan sahabat handai.. Baguzzzz...
Berikut gelagat sambutan pengantin lelaki...Ada tol, ada pantun, ada kompang, he he he.. Untuk memeriahkan dan mengeratkan hubungan dua keluarga, dan sahabat handai.. Baguzzzz...
Majlis Kenduri Perkahwinan Abang Cik
Pada petang 15 Februari 2014 (15 Rabiul Akhir 1435) berlangsung Majlis Kenduri perkahwinan Abang Cik (Mustaqem) dengan Nur Afiqah Zolkarnain di pihak pengantin perempuan di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor. Alhamdulillah majlis berjalan meriah...
Terima kasih kepada semua yang dapat hadir memerihakan majlis tersebut. Ini gambar -gambar sebahagian daripada hadirin-hadirat:
Terima kasih kepada semua yang dapat hadir memerihakan majlis tersebut. Ini gambar -gambar sebahagian daripada hadirin-hadirat:
Sahabat-sahabat lama
Pada petang 15 Februari 2014, sabtu, bertempat di Taman Semenyih Indah, Selangor, ditakdirkan Allah saya diketemukan semula dengan 4 sahabat lama saya. Alhamdulillah.. kami masih dapat mengekalkan hubungan baik...
Dari kiri, Zawawi, Dahuri, Zulkifli dan Zaki
Saturday, February 8, 2014
Berhati-hati...
Berikut satu email yang saya terima awal hari ini, 9 Februari 2014:
Perhatikan:
1. Ayat yang digunakan, seperti dialihbahasa dan nampak tergesa-gesa;
Perhatikan:
1. Ayat yang digunakan, seperti dialihbahasa dan nampak tergesa-gesa;
2. Pengirimnya: ROSHILAWATI BINTI ABD LATIF, dengan dihujungnya terdapat alamat,
[prueba@ofb.gov.co], TETAPI setelah saya semak, alamat email yang sebenar bagi pengirim bernama
ROSHILAWATI BINTI ABD LATIF
adalah roshilawatibintiabdlatif@yahoo.com.my
HATI-HATI YER...
DENGAN SENANG KER ORANG NAK BAGI SEBANYAK TU??? Ha ha ha ha...
HARAP PIHAK BERKUASA BERKAITAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA.
HARAP PIHAK BERKUASA BERKAITAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA.
Thursday, February 6, 2014
Hukum Pemakaian Inai Bercorak
Sekarang ini banyak juga kita dapati wanita Islam memakai inai bercorak, terutama bagi majlis perkahwinan. Ada pelabagai hujah di sisi hukum Islam yang say dengar. Namun, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian
Inai Bercorak Mengikut Syarak.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Pemakaian
inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang
telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/
Subscribe to:
Posts (Atom)