Tuesday, October 7, 2014

Bertemu Sahabat Lama

Pada sekitar jam 5 petang 3 Oktober 2014, saya singgah di sebuah masjid dekat Simpang Pulai, untuk bertemu dengan saorang sahabat lama saya, Yusof Khadidi.... Yusof ini rakan sama sekolah saya (Sekolah Menengah Teknik, Kuantan) pada tahun 1972-1973. Selepas tamat sekolah tersebut, kami terputus hubungan dan cuma pada awal tahun 2014 kami diketemukan semula melalui satu laman sosial. Alhamdulillah...



Sunday, September 28, 2014

"Meraikan" Rasulullah (s.a.w)

Ada seorang sahabat mengirikan video dan cerita berikut:

KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh ketelitian.
Ini adalah kerana ia adalah rakaman video proses mengawet rambut junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Ia dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.
Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.
Di dunia ketika ini, hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia.
Ia adalah janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.
Bagi rambut yang berada dalam simpanan Shaikh Ahmad, ia diperolehi ketika Rasulullah bertahlul selepas tidak dibenarkan masuk ke Kota Makkah sewaktu Perjanjian Hudaibiah. – MyNewsHub
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kemalangan pada lewat petang 28 September 2014

Sekitar jam 6.30 petang 28 September 2014, sekitar 1 km dari R&R Tapah (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan, sebuah MPV terbalik dan merentangi lebuhraya, dan mengakibatkan lebuhraya sesak di kedua-dua hala. Semasa gambar ini dirakam..
Bomba belum tiba..
Polis baru tiba..
Ambulans baru jer tiba..
Trak penunda yang nampaknya mula-mula tiba..


Gold Coast Resort Morib

Berikut gambar-gambar sekiatr Gold Coast International Resort, Morib. Gambar-gambar berikut menerangkan dan menceritakan banyak perkara...












Monday, September 22, 2014

"Doktor Gigi" Di Pinggir Jalan....

Betulkah: Ini perkhidmatan pergigian di tepi jalan di India?


Lagu Dikir Barat

Ada seorang sahabat mengirimkan lagu-lagu berikut, dengan pesan: TOLONG BANDINGKAN:
1. Lagu dikit barat Thailand atau Kelantan?
2. Lagu dikir barat dengan gambar kartun..
3. Kandungan lagu dikir barat sekarang dengan yang dahulu-dahulu..




Puasa Elak Otak Mengecut

Artikel berikut, yang tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia pada 29 Februari 2012 amat menarik, dan dapat merungkai sebahagian daripada justifikasi kenapa kita disunatkan, atau dimestikan berpuasa (dalam bulan ramadan)