Friday, May 22, 2015

Kuliah Terakhir RMT 555...

Ini para pelajar Sarjana Sains Pengurusan Projek yang menghadiri kuliah terakhir saya (RMT 555: Legal Environment) pada semester ini pada 19 Mei 2015. Mereka seramai 17 orang. Selamat maju jaya yer semua...



Thursday, May 14, 2015

Ronda Melaka 12 Mei 2015

Pada 12 Mei 2015, saya dan sebahagian ahli keluarga sempat ronda-ronda Melaka:
1. Bertemu sahabat lama Sekolah Menengah Teknik Kuantan (sesi 1972-1973)
 Dengan sdra Osman Kadir
 Dengan sdra Karim
2. Makan malam

3, Menyusur sungai





Kak Lang Konvo

Pada pagi 13 Mei 2015, bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Lendu, Melaka, Kak Lang (Nur Izatul Asyiqem) menerima Diplomanya daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Seri Arshad Ayub. TAHNIAH, KAK LANG, KERANA TAMAT PENGAJIAN DIPLOMA (dan mendapat Anugerah naib canselor). Alhamdulillah....















Monday, April 27, 2015

Kunjungan Pelajar UUM ke Pembelajaran Berkonsepkan "STUDIO" USM

Pada 27 April 2015, sekumpulan seramai 30 pelajar kursus Pengurusan Projek bersama seorang pensyarah (Dr Wan Nadzri) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) hadir untuk bersama-sama para pelajar RMS304 Studio Pengurusan Binaan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM. Berikut suasana santai mereka dan beberapa pensyarah berkaitan:







Tuesday, April 14, 2015

Kecerian Pelajar-pelajar saya

Berikut ini dirakamkan gelagat ceria para pelajar saya yang memulakan hari pertama (13 April 2015), bagi Tugasan 3: Segmen Undang-undang bagi kursus Studio Pengurusan Binaan RMS304.
Harapnya mereka dapat laksanakan tugasan ini bersama (berpasukan) seperti yang saya arahkan, dengan semangat ceria dan positif, disamping menghasilkan output yang terbaik:







Wednesday, April 8, 2015

Santai-santai Mengeratkan Silaturrahim

Pagi ini, 9 April 2015, sekitar jam 8.30-9.30, diadakan acara merasmikan penuaian "rock melon" di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM, Pulau Pinang, hasil daya usaha beberapa pensyarah, staf am dan pelajar. Kemudiannya diaturkan acara makan santai di antara pensyarah, staf bukan akademik dan pelajar. Alhamdulillah...






Di bawah ni laaa, rock melon tuuuu,,,