Wednesday, August 29, 2018

Ziarah Raya Haji/ Eidul Adha 1439H 2018

Pada kesempatan Raya Eidul Adha tahun 2018, saya, isteri anak bungsu, anak sulong (dan suaminya) sempat raya ziarah di beberapa tempat

Sekitar jam 9.30 hingga 10.15, ziarah sahabat-sahabat di Taman Wangi, Gua Musang:




Sempat ke rumah besan...




Sekitar jam 10.30 pagi 22 Ogos, beraya di rumah keluarga Nor Jasmin, anak saudara saya, di Chiku 3 Gua Musang



Pada jam 12.30 tengah hari 22 Ogos hingga sekitar jam 9 pagi 23 Ogos, kami ke Kg Chenulang, Kuala Krai, menziarahi rumah abang saya, Mat Nawi bin Hussin:






Anak menantu mencuba motosikal cuc saudara


Jamuan makan di rumah abang, Mat Nawi





Sempat jumpa sahabat lama, Halim Salleh:




Di rmah kakak, Mek Gayah di Kampung Temesu Tengah, Thailand:


















23 OGOS 2018, KAMI KE RUMAH KAK, MEK JARAH, DI KAMPUNG BANGGOL BEKO, GOLOK:
















Petang 22 Ogos 2018, sempat singgah di rumah anak saudara, Sarimah, di Bandar GoloK;



Sempat menghadiri kenduri walimatulurus jiran kepada kakak (Mek Gayah), bernama Mamat & Saibah, Kg Temesu, Weng, Thailand 24 Ogos 2018








Sambung di rumah kakak, Mek Gayah di kampun Temesu Tengah:


Petang 24 Ogos 2018, mengetuai/mengikut rombongan meminang da bertunng anak saudara di Bukit Merah, Weng






25 Ogos 2018, sekitar jam 12 tengah hari, sempat singgah di rumah anak sepupu, di Ladang Tapis, Bukit Jering, Jeli






















Tuesday, August 28, 2018

Berkelah Di Hala-bala Waterfall, Buketa, Thailand

Pada petang jumaat 24 Ogos 2018, sebahagian ahli keluarga saya dan Mek Gayah Kg Temesu, Thailand, telah mengadakan Hari Keluarga dengan aktiviti Berkelah di Hala-bala Waterfall, Buketa, Thailand:











Meriah sungguh. Alhamdulillah... Semoga ia menjadi aktiviti mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tuesday, August 14, 2018

Makna Bacaan Dalam Solat

Kita dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang kita baca. Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat_*.

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah*:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika 
*rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika 
*bangun dari rukuk*:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika 
*iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika 
*sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika 
*duduk di antara dua sujud*:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika 
*Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika 
*Tahiyat Akhir*:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, seluawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam ala m ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!!!

Tuesday, July 10, 2018

MESEJ DARI ABAH

*MESEJ DARI ABAH*

*Anakku...*
_Bila aku tua,_
_Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,_
_Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit._
_Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku._
*Anakku...*
_Bila aku tua,_
_Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,_
*"Abah tulo ke?",*
*"Abah bisu ke? "*
*"tak dengar ker??"..*
_Aku minta maaf anakku._
_Aku semakin_ *MENUA...*
*Anakku...*
_Bila aku tua,_
_Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,_
_Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,_
_Semua itu adalah sebahagian dari proses_ *MENUA.*
_Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua._
*Anakku...*
_Bila aku tua,_
_Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,_
_Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah di depan aku._
_Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi._
_Badan aku lemah._
_Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri._
_Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil._
*Anakku...*
_Bila aku tua,_
_sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku._
 *Anakku....*
_Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,_ _Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian._
_Jangan cemas._   
_Jangan menangis._
_Hadapi dengan redha._
_Aku berjanji pada kamu._
_Bila aku bertemu_ *Allah.*
_Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku._
_Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...._
_Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku..._
_Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.._

🔴 *Ni draf pesan abah jer... Ia menjadi realiti semasa abah dah tak upaya menulis atau bercakap...*📖