Asal usul ceritanya begini:
Pertama, surau VSK (Vila Seri Kenanga), Batu Uban, Pulau Pinang ni, dalam bulan Disember 2012, telah diubahsuai (naik taraf dengan permaidani baru, siling kapur dan lampu cantik, dan ada pendingin hawa lagi) (psst..cuma ahlinya sahaja yang belum di naiktaraf..dok muka lama lagi....he he he....)
Kedua, pada pertengahan Disember 212, berlaku kerosakan lif (kedua-dua lif) kerana pada malam jumaat 14 Disember 2012 berlaku petir yang amat kuat). Maka 3 hari la kami menapak naik dan turun.. Saya kira, dari Tingkat 16, untuk menuruni sekitar 400 langkah (sambil melangkah, sambil saya kira bilangan langkah), ia mengambil masa 5 minit. Tapi kalau naik, saya mengambil masa 10 minit, he he he... Dalam hati saya, untuk mengubat hati, saya berkata, "Anggap la nie alternatif joging/senaman" Saya pun bercerita kepada seorang sahabat veteran.. Dia pula ada ceria sebaliknya. katanya, masa naik, dia ambil masa 10 minit untuk sampai ke tingkat 17, tapi mengambil masa 15 minit untuk turun!!! Oit, kenapa? Dia kata, dia ada masaalah kaki kerana pernah kemalangan, dan tak boleh "membrek" sangat semasa turun. Jadi kenan "memandu" turu perlahan..perlahan.....ha ha ha...
Ketiga, satu lif dah dibaiki, tetapi satu lagi belum dibaiki kerana kata pihak Pengurusan Bangunan, tak cukup wang kerana sebahagian penghuni belum membayar yuran penyelenggaraan. (Emmm, tak sedar ker, mereka yang liat membayar ni sebenarnya makan harta haram setiap hari sebab dok guna kemudahan secara percuma yang ditanggung oleh penghuni yang membayar, untuk perkhidmatan pengawal keselamatan, kebersihan, penyenggaraan, upah buruh, elektik air tempat awam, dll?)
Gambar Lain...
Lihat pula gambar berikut, yang saya rakam pada petang 12 Mac 2013.
Terdapat 2 perkara "pelik" yang saya nak kongsikan...anda perasan?
Assalamualaikum Prof. Blog baru rupanya. Patutlah hak blog lama saya tengok berminggu tak ada update.
ReplyDeleteApa pun semoga Allah SWT melimpahkan rahmat Nya selalu pada Prof sebagai balasan susah payah mendidik kami di HBP USM dulu.
p/s-saya pun la dok naik tangga aja. Bersenam ringan, bila bersenam selalu jarang.