Friday, May 30, 2014

Hanya Sekadar Jenaka... Hang Tou Ah???

Pada suatu malam, seorang sahabat berkata kepada saya, "Aziz, mu tau tak, lima pahlawan Melaka tu adalah saudara mara Puteri Hang Li Po?"
"Eh, mu niih..". 
"Betul... Ceritanya begini":
Semasa keberangkatan Puteri Hang Li Po ke Melaka, bagi mengeratkan hubungan China-Melaka, Maharaja China juga memerintahkan 5 orang Guru Seni Silat taichi turut serta bersama Puteri Hang Li Po. Lima orang itu, yang juga memeluk Islam bersama-sama Hang Lee Poh (Puteri Hang Li Po), adalah,
Hang Tou Ah (yang nama Melayu Islamnya Hang Tuah),
Hang Chee Pat (Hang Jebat),
Hang Lee Kay (Hang Lekir),
Hang Kah Too Lee (Hang Kasturi),
Hang Lee Kiew (Hang Lekiu).
"Eh, biar betul mu ni.."
"Tak laaa... gurau jenaka ajer.... Aku ceritakan tu kepada murid-murid aku pada kelas petang yang banyak nak lena..."

No comments:

Post a Comment