Saturday, March 28, 2015

Wasiat@Amanat Untuk Anak-anak Didik

Pada pagi 28 Mac 2015, bertempat di Dewan Besar  (Dewan Seri Mutiara) Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang, pihak PERMATA mengadakan Simposium Khas untuk sekitar 480 pelajar Islam terpilih dari pelbagai sekolah di Pulau Pinang. Saya turut dijemput memberikan "wasiat@ amanat" kepada mereka ini....










Diantara yang saya pesan-pesankan adalah:
Perlunya kita menunaikan amanah ibubapa, guru, agama dan negara;
Perlunya kita menjalin dan memperkukuhkan konsep "sahabat" sesama Islam, sepanjang masa;
Perlunya kita setia kepada diri, keluarga, agama dan negara;
Jadilah orang yang dapat menyumbang manfaat yang cemerlang;
Bertindak dengan munasabah, dan dalam masa yang betul, tempat yang betul;
Jangan mudah putus asa, gunakan kelebihan yang ada pada diri;
Awasilah cabaran, godaan yang mungkin mengakibatkan kita kecundang

Kemalangan Ngeri Di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Satu kemalangan ngeri, melibatkan sebuah kenderaan 4x4 Unit JKR KESEDAR dengan sebuah lori telah berlaku di Km 56, Jalanraya utama Kuala Krai-Gua Musang, pada sekitar jam 2.30 26 Mac 2015. Berita mengenainya ada disiarkan di dalam sebuah akhbar tempatan:

Berikut gambar-gambar yang dikirimkan oleh sdra Rosli, KESEDAR kepada saya sejurus selepas kemalangan:



Atas: Jenazah Che Nuh, di Hospital Gua Musang


Atas: Sdra Wan Jusoh yang kritikal, di Hospital Kuala Krai

 
Kepada sahabat allahyarham Che Nuh, dan sesiapa sahaja yang mengenali beliau, kita sama-sama memaafkan beliau dan menghalalkan segalanya. Kita juga doakan agar sdra Wan Jusoh dan yang lain-lain lagi, akan sembuh kembali sepenuhnya dengan kadar segara.
Berikut tambahan gambar yang dikirimkan oleh sahabat yang lain:



Wednesday, March 25, 2015

Kuliah Undang-undang Pembinaan

Pada 26 Mac 2015, bertempat di Dewan Kuliah U, USM, Pulau Pinang:
Bilangan pelajar mendaftar: 140 orang..
Jadual kuliah Undang-undang Pembinaan (RMK354), bermula jam 10 pagi. Saya tiba jam 9.45 pagi, dan mempersiapkan persediaan berkuliah (tutup satu barisan lampu depan untuk membolehkan gamabr di skrin besar menjadi lebih jelas, buka laptop, pasang semua sambungan, buka AVA system, turunkan skrin besar, uij video dan suara, dll). Jam 9.55 saya dah bersedia... semua dah OK.

Tapi, ini kehadiran pada jam 10 pagi:


Ini pula kehadiran pada 10.15 pagi:


Dan, ini kehadiran pada 10.30 pagi:


Gambar menggambarkan sikap dan komitmen pelajar...

Saturday, March 21, 2015

Kenduri Menyambut menantu: Kak Sharipah Ahmad, Ipoh

Pada tengah hari 21 Mac 2015, sabtu, saya menyertai majlis kenduri meyambut menantu Kak Shery (Sharipah Ahmad) di Ipoh. Sempat juga bertemu rakan sekursus semasa di DPA, ITM, Shah Akam tahun 1975-1978:

 
 Atas: Paling kanan: Kak Shery
 Atas: Dari kiri, Noris=zan Mohd Sham, Fatimah Abdul Rahman, Sabariah Roslan, dan saya


 Atas: Kiri, anak perempuan Kak Shery, dan paling kanan, Zulkipli (suami Kak Shery)

Wednesday, March 18, 2015

Kenduri Perkahwinan Cucu Mak Njang Minah Di Arau

Pada tengah hari 18 Mac 2015, saya menghadiri kenduri penkahwinan cucu Mak Njang Minah yang di adakan di Dewan Masyarakat, Arau, Perlis. Meriah riuh la juga kenduri tu...Alhamdulillah... Sempat juga sahabat taulan dan saudara mara...






Monday, March 16, 2015

Perjalanan Ziarah Sahabat dan Ahli Keluarga

Mulai sekitar jam 4.50 pagi, sabtu 14 Mac 2015, saya memulakan perjalanan ziarah sahabat dan ahli keluarga. Sekitar 6.10 pagi, saya singgah di Hentian Hijau, Baling untuk solat subuh, dan meneruskan perjalanan ke Jeli. Singgah makan di sebuah warung dekat Batu Gajah, dan menyusur jalan Kasban untuk terus ke rumah seorang sahabat bernama Che Omar di Kg Tempoyak, Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat. Beliau akan mengadakan kenduri perkahwinan anak pada Isnin 16 Mac, tetapi kerana saya ada tugasan di pejabat maka sya menziarah keluarga ini lebih awal. Sebelum bertolak balik, mereka memberikan buah tangan ikan kering pelbagai jenis... Alhamdulillah...

Kemudian, saya menziarahi sahabat lama saya semasa di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan (ambilan 1972/1973) iaitu sdra Cikgu Che Kamarudin di Kampung Padang Mandol, Chabang Empat Tok Mek Ngah. Sempat makan tengah hari dengan sajian khas kerabu mempelam, ikan sepat Kedah pengkasam, masak lemak kunyit ikan keli + haruan, dll.

 Beliau memberikan saya ikan pekasam sepat Kedah dan ikan darat kering pelbagai spesis (sepat, haruan dll) .. Terima kasih Din ("Ike ni kawe cari sendiri, dan proses sendiri, Ziz," katanya kepada saya).

Sekitar 4 petang, saya memasuki Thailand melalui CIQ Bukit Bunga. Saya tinggalkan kereta di CIQ dan berjalan kaki merentas sempadan. Kemudian kakak saya, Mek Gayah dan anaknya, Rozilah menjemput saya dengan kereta Thailand. Kami singgah makan mihun sup di sebuah gerai...


Malam itu saya bermalam di rumah kakak di kampung Temesu, Buketa. Makan pagi tu, kami makan beramai-ramai pulut dengan kelapa dan ikan kering, dll.

 Di dalam bilik yang saya tidor, saya terjumpa "Catatan" ini, yang ditampalkan di dindingnya:

Kemudian saya dan abang Mamat (abang ipar) menziarahi kubur bonda (Mek Limah) yang terletak sekitar 150 meter dari rumah tersebut.



 
Sekitar jam 10 pagi, Zilah (anak saudara), menghantar saya ke CIQ sempadan. Mereka ramai-ramai mengucapkan selamat jalan sambil melambai-lambai. Rasa sayu la pula....  InsyaAllah.. panjang umor, kita jumpa lagi....


Bahagian Dalam Masjidil Haram, Makkah

Pada 12 Mac 2015, sahabat saya, Ahmad Abdullah, mengirimkan saya gambar-gambar bahagian dalam Masjidil Haram, Makkah. Gambar-gambar ini menceritakan banyak perkara....