Monday, March 16, 2015

Perjalanan Ziarah Sahabat dan Ahli Keluarga

Mulai sekitar jam 4.50 pagi, sabtu 14 Mac 2015, saya memulakan perjalanan ziarah sahabat dan ahli keluarga. Sekitar 6.10 pagi, saya singgah di Hentian Hijau, Baling untuk solat subuh, dan meneruskan perjalanan ke Jeli. Singgah makan di sebuah warung dekat Batu Gajah, dan menyusur jalan Kasban untuk terus ke rumah seorang sahabat bernama Che Omar di Kg Tempoyak, Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat. Beliau akan mengadakan kenduri perkahwinan anak pada Isnin 16 Mac, tetapi kerana saya ada tugasan di pejabat maka sya menziarah keluarga ini lebih awal. Sebelum bertolak balik, mereka memberikan buah tangan ikan kering pelbagai jenis... Alhamdulillah...

Kemudian, saya menziarahi sahabat lama saya semasa di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan (ambilan 1972/1973) iaitu sdra Cikgu Che Kamarudin di Kampung Padang Mandol, Chabang Empat Tok Mek Ngah. Sempat makan tengah hari dengan sajian khas kerabu mempelam, ikan sepat Kedah pengkasam, masak lemak kunyit ikan keli + haruan, dll.

 Beliau memberikan saya ikan pekasam sepat Kedah dan ikan darat kering pelbagai spesis (sepat, haruan dll) .. Terima kasih Din ("Ike ni kawe cari sendiri, dan proses sendiri, Ziz," katanya kepada saya).

Sekitar 4 petang, saya memasuki Thailand melalui CIQ Bukit Bunga. Saya tinggalkan kereta di CIQ dan berjalan kaki merentas sempadan. Kemudian kakak saya, Mek Gayah dan anaknya, Rozilah menjemput saya dengan kereta Thailand. Kami singgah makan mihun sup di sebuah gerai...


Malam itu saya bermalam di rumah kakak di kampung Temesu, Buketa. Makan pagi tu, kami makan beramai-ramai pulut dengan kelapa dan ikan kering, dll.

 Di dalam bilik yang saya tidor, saya terjumpa "Catatan" ini, yang ditampalkan di dindingnya:

Kemudian saya dan abang Mamat (abang ipar) menziarahi kubur bonda (Mek Limah) yang terletak sekitar 150 meter dari rumah tersebut.



 
Sekitar jam 10 pagi, Zilah (anak saudara), menghantar saya ke CIQ sempadan. Mereka ramai-ramai mengucapkan selamat jalan sambil melambai-lambai. Rasa sayu la pula....  InsyaAllah.. panjang umor, kita jumpa lagi....


No comments:

Post a Comment