Tuesday, May 26, 2015

Mengemuka Cadangan PhD

Salah satu proses yang perlu dilalui oleh para penyelidik yang ingin melakukan penyelidikan peringkat PhD atau Sarjana adalah dengan mengemukakan CADANGAN. Semasa Pengemukaan Cadangan, para penyelidik diharapkan dapat, antaranya:
1, Mengemukakan Tajuk penyelidikan
2. Pernyataan Masaalah
3. Skop Penyelidikan
4. Objektif
5, Manfaat Penyelidikan
6. Metodologi Penyelidikan
7.  "Milestone" atau kerangka tempoh jadual pelaksanaan penyelidikan.
Semasa pembentang Cadangan ini pula, tentunya pembentangnya (Penyelidik) memerlukan berikut daripada hadirin:
1. Cadangan penyesuaian tajuk dan semua perkara di atas
2. Halatuju penyelidikan
3, Cadangan membina dan bukan menghina
4. Memberikan pandangan berasaskan bidang kepakaran
5. Berkongsi pengalaman
6. Menganalis cadangan dengan tujuan membantu Penyelidik
7. Sesi santai yang tidak tertekan
Sesungguhnya, sesi Pengemukaan Cadangan juga adalah merupakan sesi pembelajaran dan "Majlis Ilmu." Dengan itu tertib Majlis Ilmu perlulah dijaga.




No comments:

Post a Comment