Sunday, September 6, 2015

Menghargai Jasa Pak Din

Pak Din (Baharudin Abdul Aziz) bukanlah nama besar dan gah. Beliau cuma seorang pekerja pembersihan di apartmen Vila Seri Kenanga (VSK), Batu Uban, Pulau Pinang (tempat saya tinggal). Beliau mula bertugas di VSK sebagai Pengawal Keselamatan, dan kemudian sebagai pekerja pembersih semenjak tahun 1997. Orangnya peramah, rigan tulang dan disamping melaksanakan tugas dengan amat baik, belaiu juga membantu pengurusan apartmen dalam melaporkan kerosakan dan sebagainya, serta membantu penduduk dalam perkara-perkara lain. Ramai yang terhutang budi kepada beliau.
Usianya yang lanjut dan kudrat yang berkurang, menjadikan faktor beliau mengundur diri daripada berkhidmat dengan kami.
Pada petang selepas solat xohor, ahad 6 September 2015, kami (Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Surau dan Pengurusan VSK) mengadakan upacara khas penghargaan kepada beliau. Gambar berikut menerangkan ceritanya:









No comments:

Post a Comment