Berikut suasana semasa persembahan (presentation) Kajian Kes (Case Study) RMB 512 Sarjana Sains Pengurusan Projek, USM:
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Wednesday, May 25, 2016
Tuesday, May 24, 2016
Ribut Dahsyat Di Perlis
Pada sekitar jam 1.30 petang sehingga jam 3 petang, selasa 24 Mei 2016, hampir seluruh Negeri Perlis dilanda ribut yang kuat.
Berikut rakaman peristiwa tersebut, yang gambarnya dikirimkan oleh beberapa sahabat di Perlis kepada saya:
Berikut rakaman peristiwa tersebut, yang gambarnya dikirimkan oleh beberapa sahabat di Perlis kepada saya:
Tuesday, May 17, 2016
Suasana Dalam Kuliah Sarjana
Berikut dirakamkan suasana dalam kuliah kursus RMT 555 Legal Environment, yang dihadiri para pelajar Sarjana Sains Pengurusan Projek, USM, sesi 2015/2016. Ceriaaaa, kannnn.....
Wednesday, May 4, 2016
Kursus “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS"
Pada Khamis, 28 April 2016, saya mengendalikan kursus/bengkel berjodol “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS kepada 70 staf USM pelbagai peringkat/kategori dari beberapa kampus cawangan dan kampus induk USM. Kursus/bengkel dijalankan di Pusat Transformasi Insan, USM Kampus Induk.
Kursus selama
satu (1) hari ini merangkumi, antaranya, menyediakan prinsip-prinsip dan
kaedah-kaedah ke arah berbaik sangka:
• Pengenalan, isu, dan keperluan baik
sangka dalam pelaksanaan tugas harian
• Elemen dan spektrum “baik sangka” & perspektif dari diri untuk berbaik sangka
• Kecukupan fakta dalam menjadikan diri
berbaik sangka
• Komunikasi yang efektif dalam mengelak
atau mengurang buruk sangka
• Tanggapan, betul tempat-masa, analogi,
dan munasabah & logik
Peserta akan
melaksanakan beberapa “permainan pengurusan” kerja kumpulan untuk memahami
aplikasi semua prinsip dan kaedah di atas.
Monday, May 2, 2016
Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi
Dengan matlamat utama mengeratkan dan mengekalkan semangat setiakawan dan persahabatan, maka sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan tahun 1972/1973 telah bersetuju menubuhkan koperasi yang mengabungkan ahli, suami/isteri, anak dan menantu. Maka pada 16 April 2016, telah diadakan Mesyuarat Agung penubuhannya, bertempat di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya. Koperasi berkenaan dinamakan sebagai KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN BHD. (KASMET). Berikut dirakamkan galagat kemesraan dan keceriaan para hadirin...
Subscribe to:
Posts (Atom)