Wednesday, May 4, 2016

Kursus “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS"

Pada Khamis, 28 April 2016, saya mengendalikan kursus/bengkel berjodol “BAIK SANGKA” SEBAGAI ASAS KEEFISYENAN TUGAS kepada 70 staf USM pelbagai peringkat/kategori dari beberapa kampus cawangan dan kampus induk USM. Kursus/bengkel dijalankan di Pusat Transformasi Insan, USM Kampus Induk.



Kursus selama satu (1) hari ini merangkumi, antaranya, menyediakan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah ke arah berbaik sangka:
          Pengenalan, isu, dan keperluan baik sangka dalam pelaksanaan tugas harian
          Elemen dan spektrum “baik sangka”  & perspektif dari diri untuk berbaik sangka
          Kecukupan fakta dalam menjadikan diri berbaik sangka
          Komunikasi yang efektif dalam mengelak atau mengurang buruk sangka
          Tanggapan, betul tempat-masa, analogi, dan munasabah & logik
Peserta akan melaksanakan beberapa “permainan pengurusan” kerja kumpulan untuk memahami aplikasi semua prinsip dan kaedah di atas.






No comments:

Post a Comment