EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Monday, June 27, 2016
Penyatuan Semula Sahabat XTI Tahun 1972-1973
Beberapa orang sahabat dalam Batch 1972-1973 (Tingkatan 4 dan 5) bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (XTI 72/73) telah mengambil inisiatif mengumpulkan seberapa ramai sahabat XTI 72/73. Alhamdulillah seramai 128 orang dapat dikumpulkan dan disatukan melalui satu kumpulan whatsapp. Maka bermulalah siri pertemuan (kumpulan kecil dan besar) antara sahabat-sahabat ini, dan salah satu kemuncaknya adalah "ReU Ke-3" yang diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu pada 7 Februari 2016. Dua bekas guru juga turut diraikan pada pertemuan tersebut. Alhamdulillah pertemuan berjalan lancar, dan membangkitkan rasa nostalgia yang mendalam, dan menghasilkan pula beberapa program dan aktiviti susulan, termasuk menubuhkan Koperasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment