Pada selasa pagi, 29 Ogos 2017. telah diadakan sesi viva voce seorang calon PhD, iaitu Puan Narges Ahghar, dari Iran. Saya sebagai Pemeriksa Dalamannya. Dia seorang arkitek. Alhamdulillah beliau lulus dengan sedikit pembetulan.
Gambar-gambar berikut menceritakan peristiwa tersebut:
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Wednesday, August 30, 2017
Thursday, August 17, 2017
Akhirnya...Nafiu BERJAYA
Pada khamis, 10 Ogos 2017, pelajar PhD saya, Nafiu Abdullahi Zadawa, seorang pensyarah sebuah universiti di Nigeria, telah lulus viva voce tesis PhDnya. Alhamdulillah. Saya adalah Penyelia Utamanya, dan dibantu oleh Dr Atasya sebagai Penyelia Bersama. Gambar-gambar berikut menceriatakan situasi tersebut...
Pada 28 Oktober 2017, Nafiu memperoleh skrol Ijazah PhD nya. Alhamdulillah.......
Jering Relong
Pernah makan jering?
Kebanyakan jering dimakan begitu saja sebagai ulam (cicah budu atau sambal). Ada juga direbus dan dimakan bersama kelapa parut bergula, sebagai makanan ruji.
Namun jarang yang dibuat jering relong....iaitu proses merendam jering tua di dalam pasir atau tanah basah sekitar 3 atau 4 hari. Baunya? Fuh..menyengat hidung, tapi SEDAP..

Subscribe to:
Posts (Atom)